Nota Ramadan: Tak Serik-Serik
Gambar dari POPIYAH.COM |
Belum
sampai seminggu berpuasa beberapa hari lalu, seluruh tanah air dikejutkan
dengan berita, seorang kanak-kanak berusia empat tahun telah kehilangan lima
buah jari, iaitu hancur akibat bermain mercun. Berlaku di Tanjung Sepat,
Banting, Selangor.
Saban
tahun perkara ini akan menjadi berita dan menjadi topik yang tiada
berkesudahan. Ramadan yang sepatutnya berlaku dengan aman damai, tenang dan
harmoni, telah dicemari babak-babak tersebut. Mungkinkah selepas ini ada lagi?.
Memang tak serik-serik!.
Boleh
dikatakan setiap tahun ada sahaja bencana yang berlaku akibat bermain mercun.
Aku sendiri pun naik meluat dan menyampah bila terjadinya perkara tersebut.
Dalam tempoh sebelum kedatangan perayaan seperti bulan Ramadan ini, tidak
adakah kaji selidik dari pihak berwajib tentang bahayanya bermain mercun?.
Setiap
kali Ramadan tiba, sudah pun tiba, ada sahaja insiden patah tangan, hancur
tangan dan lain-lain. Sebenarnya, bagiamanakah penguatkuasaan terhadap
bahan-bahan letupan seperti mercun ini.?
Aku
melihat di kaca TV dalam segmen berita, melihat berita tentang rampasan demi
rampasan terhadap mereka yang cuba membawa mercun ke dalam Negara kita,soalnya.
Bagaimana begitu mudah mereka mahu menyeludup mercun ke Negara kita?. Isu ini berlaku
tiap-tiap tahun, apakah terlalu lemah pintu masuk sempadan Negara kita?.Atau
penguatkuasaan yang sangat lemah?.
Bukankah
kita sudah ada undang-undang dan hukuman untuk mencegah orang mengedar, menjual
dan bermain mercun(Seksyen 4(2) Akta
Bahan Letupan 1957)?. Mengapa seolah-olah, undang-undang tersebut tidak
dikuatkuasakan dengan sepatutnya?.
Bahkan
menurut menteri, seperti dalam tulisan dalam kolum ‘Kopi Pahit Hujung Minggu’
Tok Perak, Sinar Harian, menteri menyatakan “tindakan ibu bapa atau penjaga
kanak-kanak yang dianiaya, diabaikan hingga boleh mendapat kecederaan fizikal
atau emosi boleh dikenakan tindakan di bawak seksyen 31(1)(a) Akta 611 yang
sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi rm20,000 atau dipenjarakan selamap
tempoh tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya.”
Nah,
sahabat semua, fikir-fikirkanlah sendiri, setiap tahun aku akan menulis perihal
ini, bila berlakunya musibah seperti yang tertulis pada awal penulisan ini.
Mungkin ini tulisan terakhir tentang menyentuh isu mercun yang tiada kesudahannya.
Harapanku
agar, semua pihak bertanggungjawab tentang amanah yang dipikul di pundak
masing-masing. Kita tidak mahu, segala yang berlaku nanti akan menjerumuskan
kita ke api Neraka yang panasnya tak terkira.
Semoga
amal ibadah, disepanjang Ramadan diterima oleh Allah S.W.T.
Comments
Post a Comment