Nota Ramadan: Buah Kurma Yang Berkhasiat
Segala puji bagi Allah, Tuhan seru sekelian alam, salawat dan salam ke
atas Junjungan Mulia Nabi saw, keluarga, para sahabat dan seluruh umat Islam.
Alhamdulillah, masih diizinkan Allah S.W.T, untuk mencoretkan sesuatu di dalam
blog ini. Mudah-mudahan, segala yang aku coretkan di sini bermanfaat untuk
semua yang sering berkunjung di sini. Kita masih di Ramadan yang mulia dan
agung ini. Terus berusaha melakukan yang terbaik untuk Ramadan kali ini.
Di mana-mana pun, berbuka puasa tidak pernah ketinggalan dengan buah
tamar atau juga dipanggil kurma. Ini jelas seperti maksud hadis di bawah;
“Dulu Rasulullah saw berbuka dengan ruthab sebelum melakukan
solat(Maghrib). Kalau ada ruthab maka berbuka dengan tamar.Kalau tidak ada maka
dengan air.”
(HR.Abu Dawud dan Ibnu Majah)
Dalam pertemuan ini, ingin aku kongsikan tentang khasiat buah kurma atau
tamar ini, sebuah artikel yang memperkatakan khasiat buah ini. Mudah-mudahan
ada manfaatnya.
10 Khasiat Kurma
Kurma
merupakan makanan kegemaran Rasulullah S. A.W dan ketika kita berbuka puasa
maka kurma akan menjadi makanan utama selain air masak. Mengapa mesti
kurma? Apa kelebihan kurma berbanding dengan makanan-makanan yang lain? Jom
baca khasiat buah kurma.
1. Buah Kurma dapat mencegah Penyakit
Kronik Seperti Jantung & Kencing Manis , amalan memakan buah kurma setiap
hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti
jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian seperti potasium,
kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah.Berdasarkan kajian
Kaum Arab Badui, yang makan buah kurma secara teratur, menunjukkan kadar
pengidap penyakit kanser dan jantung yang sangat rendah.
2. Buah kurma mampu memanaskan badan
dan merangsang kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan
wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.
3. Saidina Ali r.a. meriwayatkan
“Barang siapa yang memakan 7 butir tamar (buah kurma) setiap hari, ia akan
membunuh semua kuman di dalam badannya”.
4. Kanak-kanak digalakkan memakan
lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran,
sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.
5. Membentuk Sifat Penyabar, Bersopan
Santun Dan Cerdas Pemikiran
Maksud hadis Rasulullah s.a.w. : “Berilah makan buah kurma kepada
isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah
kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu, menjadi anak yang penyabar,
bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”
“Melentur buluh biar dari rebungnya.”
Islam mengajar kita mendidik anak sejak dari dalam kandungan ibu agar anak yang
bakal dilahirkan itu dibentuk mengikut rohaniah yang suci serta memiliki tubuh
badan yang sihat dan minda yang cerdas. Buah kurma merupakan makanan yang mampu
membentuk insan yang berperibadi luhur.
6. Mengambil Keberkatan Sewaktu
Kelahiran. Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. katanya: “Anakku lahir,
lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu baginda menamakannya dengan
nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma.”
7. Buah Kurma Makanan Yang Paling
Sempurna.Maksud Sabda Rasulullah s.a.w. : “Rumah yang tiada kurma nescaya
penghuninya kelaparan.”
8. Melalui petua tertentu, buah kurma
dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Buah kurma
dikatakan menambah tenaga seksual atau batin. Jus buah kurma mungkin baru di
negara ini, sebaliknya di negara pengeluar selain dimakan segar, kering atau
salai, buah kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah, badam atau
gajus bagi mengenakkannya. Buah kurma juga dibuat jem, sirap atau bahan
tambahan dalam aiskrim.
9. Kandungan vitamin A dan C adalah
amat tinggi apabila buah kurma di peringkat Rotab atau khalal
10. Buah Kurma kaya dengan serat yang
dapat mencegah dari mendapat barah usus.
Walaupun buah padang pasir itu sukar
dibeli dinegara ini selain Ramadhan, orang ramai khususnya umat Islam boleh
menjadikan jus buah kurma yang dipasarkan sebagai pilihan alternatif.Selain
berbuka puasa, buah kurma juga harus menjadi makanan pilihan umat Islam ketika
bersahur seterusnya menjana tubuh sehingga waktu berbuka. Banyak khasiat buah
serta tumbuh-tumbuhan yang Allah jadikan yang masih manusia tidak tahu .
Dengan sebab itulah pengambilan buah
kurma itu tidaklah sekadar penting pada bulan puasa atau ketika seseorang itu
sedang berpuasa, sebaliknya memakan buah kurma wajar dijadikan amalan harian.
Semoga ibadah puasa kita diterima Allah S.W.T.
Amin Ya Rabb...!
Sumber Artikel:http://gilerkentang.com/10-khasiat-kurma/
Comments
Post a Comment