Nota Ramadan: Sedikit Tak Mengapa
Meriah dan Imarah |
Alhamdulillah,
kerana dengan kasih sayang-Nya, aku masih diizinkan untuk bertemu bulan yang
agung penuh dengan keberkahan dan kemuliaan. Aku mengharapkan agar aku
tergolong dikalangan orang-orang yang memuliakan Ramadan kali ini.
Juga
Ramadan kali, agar menjadi Ramadan yang paling baik dari Ramadan sebelum ini.
Aku yakin, semua orang berimpian demikian. Ingin membuat terbaik dengan tetamu
yang hadir ini. Tetamu yang sangat istimewa, RAMADAN.
Hari
ini sudah masuk dua hari, namun catatan ini, merupakan catatan hari pertama.
Setiap tahun memang aku sering menulis tentang kedatangan Ramadan, sebuah
catatan harian, sejak tahun 2012, aku sudah mula mencatat, apa sahaja perkara
yang berlaku pada diriku pada bulan yang mulia ini. Tahun ini, aku juga mahu
merakamkan, detik-detik Ramadan yang aku lalui.
Kali
ini, Ramadan disambut, sewaktu aku kerja sif petang, seperti juga tahun lepas.
Apa pun, itu tidak menjadi halangan untuk aku meneruskan ibadah puasa yang
dijalankan. Sudah suratannya begitu, aku terima sahaja. Apa yang penting, puasa
tetap puasa, kerana ia kewajipan yang mesti ditunaikan.
Seperti
biasa, malam pertama Ramadan, orang ramai berpusu-pusu ke masjid atau surau,
untuk menunaikan solat Isya dan seterusnya menunaikan solat terawih. Seronoklah
mereka yang dapat meluangkan diri ke masjid dan surau. Aku yang kerja sif
petang ini, terpaksa menunaikan solat terawih hanya di surau kilang.
Walau
apa pun syukur, masih boleh untuk menunaikannya tanpa halangan, aku mengambil
kesempatan waktu rehat yang ada untuk melaksanakan solat terawih, biar pun
keseorangan. Ambil sahaja yang ringan, lapan rakaat, itu yang termampu dan
memandangkan aku dalam waktu kerja.
Bagi
aku, yang penting buat, lapan atau 20 rakaat bukan perkara yang sepatutnya
perlu dipersoalkan. Biar pun persoalan rakaat ini, akan menjadi polemic setiap
tahun bila kedatangan bulan Ramadan. Terserah kepada individu mahu berapa pun
ingin melaksanakannya.
Usah
pening-pening dan membuang masa, berpolimek yang tiada kesudahannya. Aku ikut
kemampuanku dan ikut masa kerjaku, kerana waktu kerja ku sudah begitu. Apa yang
penting dan perlu dipersolakan adalah mereka yang punya tenaga, masa yang
selesa itulah sepatutnya yang menjadi polimek, mengapa mereka tidak menunaikan
solat terawih, dari persoalkan lapan atau dua puluh yang tiada kesudahannya.
Betul tak?.
Syabas
dan tahniah kepada mereka melaksanakan solat terawih, sama ada lapan atau dua
puluh rakaat. Agar terus istiqamah sehingga penghujung Ramadan. Melihat gambar
kemeriahan malam pertama sangat mengujakan begitulah semanagat ingin
menyemarakan dan mengimarahkan Ramadan. Di mana-mana pun, di seluruh dunia,
begitulah suasananya Ramadan, sangat diraikan dan diimarahkan.
Cukuplah
sekadar perkongsian ringkas, semoga diriku dan sahabat-sahabat sekelian terus
istiqamah membuat amal ibadah dibulan yang mulia ini. Usah biarkan Ramadan pergi
nanti dengan sia-sia, tanpa kita melakukan apa-apa yang terbaik untuk diri
kita. Semoga puasa dan amal ibadah kita diterima Allah SWT.
Amin Ya Rabb…!.
Comments
Post a Comment