Monolog: Keselesaan Berkarya
Beberapa
hari yang lalu aku bebelkan tentang had umu dan tip penulisan, tentu kau setuju
dengan ingatan aku itu. Harap-harap kau tidak jemu mendengar dan membaca
bebelanku ini.
Kalau
aku lapang da nada masa, baru aku menulis kalau tidak, tunggu lama sedikit kau
mahu membaca bebelanku ini. Maaf, puasa-puasa pun mahu membebel. Aku tak kesah
kau mahu baca atau tidak tulisanku ini, tapi aku yakin kau mesti baca tulisanku
ini.
Kau
kan’ mahu menjadi seorang penulis, seorang penulis mesti kuat membaca, membaca
dan membaca. Ingat lagi kan pesanan A.Samad Said itu. Tak perlulah aku ulang
lagi di sini, aku yakin kau sudah hafal dan cuba kau praktiskan tip itu.
Kau
juga sudah baca buku tulisan A. Ubaidullah Alias dalam bukunya yang bertajuk
Ingin Menjadi Penulis?, dalam bab Kamar dan Komputer. Dua perkara asas ini
perlu untuk seseorang penulis, nampaknya kau cuba praktiskan. Baguslah!.
Sebuah Meja Tulis
Aku
lihat di rumah kau, kau sedikan sebuah bilik untuk kau berkarya, baguslah
begitu, aku lihat kau betul-betul praktiskan tip yang kau baca. Aku lihat kau
lebih selesa menulis di meja tulis yang kau sediakan di bili tersebut.
Walaupun
kelihatannya semak kanan kiri meja kau dengan buku-buku yang mejadi bacaan dan
rujukkan kau. Wah, aku sungguh bahagia melihat kau, sungguh!, bukan main-main.
Cara orang berlainan, setiap penulis punyai cara tersendiri dalam menulis karya
yang mahu ditulis dan disiapkan.
Ada
yang suka tempat sunyi, aman, damai untuk menyiapkan satu-satu karya. Ada yang
terpaksa duduk di hotel untuk menyiapkan satu-satu buku. Ada yang menulis di
khalayak, malah ada yang boleh menulis dalam keadaan suasana bising.
Ya,
itu bergantung kepada diri seorang penulis. Kau, aku lihat, suka dimeja tulis
dan dalam keadaan ada bunyi-bunyian, kau masih boleh menulis, baguslah. Apa pun
gayanya, itu terserah kepada individu seorang penulis itu. Teruskan menulis
walau apa pun terjadi.
Sebuah Komputer Riba
Aku
masih ingat lagi, sewaktu komputer riba kau rosak, kau bersusah payah menulis
menggunakan komputer pribadi yang agak lama, namun aku lihat, kau tetap
bersemangat menulis, semata-mata mahu berkongsi sesuatu di laman blog yang kau
bina itu. Kau terpaksa meminjam komputer riba isteri kau. Kau masih bertuah,
kerana kau masih bisa menggunakan computer pribadi isteri mu.
Sebuah
komputer riba yang terkini sudah pun kau miliki, pengajaran buat kau,
hasil-hasil tulisan kau, kau perlu simpan salinannya, nanti bila kejadian
kerosakan komputer riba seperti sebelum ini, kau takkan menyesal lagi, jadikan
pengjaran lalu sebagai iktibar.
Ingat
jangan lalai dan bertangguh, setelah siap semua hasil tulisan itu, terus buat salinan
di pendrive atau hardisk yang kau sudah miliki itu. Kau tentu ingat, sewaktu
kau menulis memori, kisah-kisah lama kau, komputer riba yang dulu telah rosak
dan kau pula lupa mahu membuat salinan, tulisan itu akhirnya hilang begitu
sahaja.
Jangan
ulangi saat menangis tak berlagu itu lagi. Ingat itu!
Manfaatkan
sebaik-baiknya komputer riba yang kau miliki itu, tulislah yang baik-baik, agar
ia memberi kebaikan pada diri kau satu masa nanti. Kau latihlah menulis dengan
pantas melaluinya, biasakan, nanti akan memudahkan kau,maklum sahaja usia
semakin dewasa, tenaga atau kudrat semakin berkurangan. Tulislah selalu, makin lama
makin mahir dan laju kau mengetuk papan kekunci di komputer riba itu.
Baguslah
kau, betul-betul amalkan apa yang dinyatakan oleh penulis A. Ubaidullah Alias
dalam bukunya:
“…kedua-dua
perkara ini iaitu kamar dan computer perlulah disediakan terlebih dahulu
sebelum kita memulakan langkah sebagai penulis. Tanpa dua kemudahan tadi,
proses menjadi penulis amatlah sukar.”
Oh ya, satu perkara tentang computer riba ini ialah ia
mudah dibawa ke mana-mana, setakat yang aku lihat, kau belum lagi membawa komputer
riba kau ke mana-mana untuk kau capai untuk kau menulis apa-apa sahaja. Mungkin
kesesuaian tempat dan waktunya mungkin kau tidak bawa komputer tersebut.
Mungkin dari segi keselamatan kena fikirkan. Apa pun,
sudah memadai untuk kau catatakan apa sahaja idea baru kau dalam buku catatan
atau pun simpan idea itu dalam telefon bimbit kau. Itu lagi mudah. Apa yang
penting kau terus menulis.
Sampai ketemu lagi, semoga Ramadan yang sedang kau hadapi
ini, bukan menjadi alasan untuk kau tidak menulis. Menulis terus sampai
berjaya. Itu impian kau, juga impian aku juga.
Berdoalah banyak-banyak di
Ramadan yang barokah dan agung ini.
Amin Ya Rabb…!
Comments
Post a Comment