Nota Ramadan: Program Malam Puisi Dinihari Di Sanggar Damai Abadi
Ramadan
bulan agung, bulan yang di dalamnya penuh dengan keberkahan, usah lalai leka
hingga tidak berbuat apa-apa, rugi serugi-ruginya seandainya Ramadan yang
datang ini tidak disantuni dengan amal ibadah sebanyak-banyaknya kepada Allah
S.W.T.
Mahu
tergolong dari golongan untung atau rugi, itu terserah kepada kita. Namun
sebagai, insan yang beriman, sudah tentunya kita akan merebut
sebanyak-banyaknya ganjaran yang akan
Allah S.W.T berikan kepada kita.
Bulan
Ramadan bukan bulan untuk berehat-rehat, bukan untuk bermalas-malas dan bukan
untuk beralasan tidak berbuat apa-apa kerja. Sudah pastinya, yang punya kerja,
akan tetap dengan kerjayanya, biar pun berpuasa, yang punya bisnis pun begitu
dan seumpamanya.
Kerja
tetap kerja, berpuasa tetap berpuasa, ya kecuali ada insan-insan yang tertentu,
diizinkan oleh syariat untuk tidak berpuasa. Justeru apa yang penting hasil
dari ibadah puasa yang kita kerjakan, akan menghasilkan nilai ketaqwaaan kepada
Allah S.W.T.
Maksud
Firman Allah S.W.T;
“Wahai orang-orang
yang beriman,di wajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana yang telah diwajibkan
atas ummat sebelum kamu supaya kamu bertaqwa.”
(Al-Baqarah:183)
Meriahkan Malam Moreh Puisi Dinihari Ke-9
Sehari sebelum kita menunaikan ibadah puasa tempohari, seperti biasa, aku akan menghantar pesanan ringkas melalui aplikasi whattsupp kepada rakan-rakan bagi mengucapkan salan Ramadan kepada mereka, tak terkecuali kepada penyair tersohor tanahair iaitu Pak Agi, lama benar aku tak bertemunya, hampir setahun, namun sesekali bertanya khabar melalui sms sahaja.
Alhamdulillah
Pak Agi sihat, beliau telah menghantar gambar banner berkaitan puisi moreh
dinihari, baru aku teringat tentang program tersebut. Aku hanya pernah
menghadiri program tersebut pada tahun lepas, itu pun, sebab aku kerja sif
pagi, andai aku kerja sif petang, kemungkinan, sukar untuk aku menghadiri waktu
itu.
Kini,
ia muncul lagi, banner tersebut memaparkan tiga orang tokoh penyair di tanah
air yang bakal muncul di pentas puisi moreh dinihari, antaranya, Zam Ismail,
pemenang penulisan sea 2015, Dato A.Rahman Hassan, dan Dr. Malim Ghozali PK.
Program
tersebut seperti biasa akan diadakan di rumah Dr.Ibrahim Ghafar, di Sanggar
Damai Abadi, Jalan Iskandar, Kampung Bukit Kapar. Memang setiap tahun, minggu
kedua jumaat, bulan Ramadan, program tersebut diadakan.
Wah,
seronok juga kalau dapat hadir pada malam tersebut. Jika mahu melihat para
penyair tanah air, insya’Allah, pada malam tersebut akan boleh bertemu mereka.
Mereka akan berpuisi, bergurindam, bernyanyi dan macam-macam ada. Paling
seronok, sebelum itu, berbuka puasa bersama, itu pengisian yang pertama.
Solat
terawih juga boleh dilaksanakan di surau di sebelahan rumah Dr.Ibrahim Ghafar.
Seterusnya acara kemuncak akan dilaksanakan selesai solat terawih. Kepada
sahabat-sahabat, dijemput meraikan malam tersebut.
Insya’Allah,
aku, jika tiada aral melintang juga akan turut hadir untuk menikmati bacaan
puisi dari otai-otai penyair tanah air. Aku menantikan puisi dari Pak Agi
dengan puisi TRI-V AGInya, juga dari penyair lain yang tidak kurang hebatnya.
Paling
seronok, ada jualan buku, kalau tahun lepas ada, takkan tahun ini tak ada pula
ya, harap-harap ada jualan buku dari ITBM. Apa pun ini hanya perancangan, hanya
Allah S.W.T yang menentukkan akhirnya nanti.
Harapanku,
semoga Allah S.W.T, mengizinkan aku untuk turut sama-sama memeriahkan program
tersebut
Amin
Ya Rabb…!
Comments
Post a Comment