Nota Ramadan: Jumaat Kedua Ramadan 1436H
Masjid At-Taqwa Bukit Kapar |
Cepatnya
masa berlalu,diam tak diam Ramadan sudah mahu habis satu fasa, bagaimana dengan
aktiviti bulan Ramadan kita ya, harap-harap semakin bersemangat untuk terus
merai ganjaran yang berlipat ganda.
Sekejap
sahaja sudah masuk hari jumaat, jumaat kedua dalam bulan Ramadan. Minggu ini,
aku kerja sif pagi, tiada halangan untuk menunaikan solat jumaat, seperti biasa
rehat tengah hariku sekitar jam 12.30 minit sehingga jam 2.30 minit petang.
Hari
ini hampir-hampir sahaja terbabas, sampai di rumah sahaja aku terus berehat
sekejap, melelapkan mata yang sangat mengantuk, tersedar-sedar jam sudah
menunjukkan jam 1.15 minit petang, tanpa berlengah terus ke bilik mandi,
selesai segala urusan berkemas, terus menuju ke masjid.
Hari
ini, aku bersolat di Masjid At-Taqwa Kampung Bukit Kapar. Seperti biasa aku
mengambil tempat di bahagian tingkat atas. Walaupun agak bising dengan karenah
budak-budak, aku tetap setia duduk di bahagian atas,
Seperti
biasa khutbah dibacakan oleh khatib yang bertugas pada hari ini, iaitu Ustaz
Hasal Bin Senin. Khutbah yang lancar, pendek, padat dan menarik. Menarik kerana
khutbah hari ini membawakan tajuk ‘Membaca
Ke arah Membentuk Iman Dan Taqwa’. Untuk keseluruhan isi tajuk khutbah,
nanti aku sertakan alamat ke halaman Portal Masjid, untuk memuat turun khutbah
tersebut.
Aku
kongsikan sedikit daripada pengisian khutbah tersebut di bawah ini:
“Amalan
membaca ini boleh dikira sebagai ibadah sekiranya dimulai dengan niat kerana
Allah. Malah, ia diganjari dengan pahala berganda sekiranya apa yang dibaca
dapat membantu kita mendalami ilmu-ilmu agama.
Bacalah
al-qur’an kerana ia memberikan ketenangan kepada hati-hati yang kusut.
Dalamilah maknanya supaya kita mampu menyingkap pelbagai disiplin ilmu. Untuk
itu saya berpesan kepada diri saya dan tuan-tuan untuk mengamalkan perkara
berikut dalam kehidupan seharian kita.
Pertama:
Bacalah al-Qur’an dan hadis Nabi SAW pada setiap masa. Berjihadlah
bersungguh-sungguh untuk mempelajari, menghayati dan melaksanakan isi
kandungannya dalam kehidupan seharian kita.
Kedua: Belanjakanlah
sedikit peruntukkan daripada sumber kewangan kita untuk membeli bahan bahan
bacaan agama untuk meningkatkan kefahaman terhadap agama kita.
Ketiga: Ibu
bapa perlu menggalakkan anak-anak untuk membaca bahan bacaan berfaedah, kerana
merekalah diletakkan separuh harapan sebagai pejuang agama masa kini dan masa
hadapan.
Keempat:
Pihak masjid dan institusi masyarakat digalakkan menganjurkan program-program
seperti bedah buku dan amat perlu diperhebatkan lagi kerana ia akan melahirkan
masyarakat yang minat membaca.
Kelima:
Pihak masjid, surau, balai raya dan rumah-rumah hendaklah mewujudkan pusat
sumber mini untuk menggalakkan aktiviti membaca kepada seluruh ahli masyarakat.”
Dalam
Ramadan yang agung ini, jangan pula lupa untuk memperbanyakkan membaca
al-quran, disamping membaca buku-buku yang bermanfaat untuk diri kita. Justeru
itu, amalan membaca jangan sesekali kita abaikan, ia merupakan amalan yang
sangat digalakkan dalam agama Islam. Puasa bukan alasan untuk kita tidak
membaca.
Semoga
Allah menerima amalan membaca kita sebagai satu ibadah.
Amin
Ya Rabb…!
Comments
Post a Comment