Monolog: Ingat 4 Pesanan A.Samad Said



Jika sehari lepas aku membebel berkaitan tentang istiqamah, menulis sedikit demi sedikit tapi berterusan, dengan mengambil tip penulisan dari penulis tanah air Puan Nisa Haron, hari ini aku mahu membebel lagi, tak kiralah kau mahu ambil perhatian atau tidak, aku tidak peduli itu semua, yang penting aku telah luahkan apa yang aku fikirkan baik untuk diri mu itu.

Kau sering kali perlu diingatkan, biar pun sesekali aku seolah malas mahu membebel kerap kali, takut nanti kau pula bosan dengan aku. Tapi, oleh kerana aku sayang kepada diri mu aku terpaksa juga lakukan bebelan ku terhadap diri mu.

Melihat dengan kesungguhan mu membaca pelbagai bahan bacaan, membeli buku pelbagai genre, baik buku ilmiahnya, sasteranya, dan macam-macam lagi, aku yakin kau punya pontensi untuk menulis buku.

Itu pun kalau kau bersungguh ingin merealisaikan impian yang kau sering bisikkan  ke dalam hati mu. Membaca salah satu untuk mendapatkan idea disamping mendapat ilmu.

Tidak tahulah sama ada kau masih ingat empat pesanan dari sasterawan Negara A.Samad Said kepada penulis baru, yang terkandung dalam buku tulisan Zamri Mohammad, bertajuk ‘Tip Menjadi Penulis Bestseller’, setahu aku kau baca berulang-ulangkali pesanan itu.

Dalam omelan kali ini, aku petik kembali empat pesanan itu, agar kau bersemangat dan mendapat suntikan motivasi dari kata-kata pesanan tersebut;

  1. Tidak ada cara lain melainkan saudara melengkapkan diri saudar. Bacalah!

  1. Dunia bergerak terlalu laju, jika saudara tidak membaca maka saudara akan membuat banyak accidental decision iaitu keputusan secara kebetulan dan terburu-buru.

  1. Kita tidak boleh memilih menjadi semua. Pilih satu jalan dan ketahui jalan-jalan lain.

  1. Jika hendak jadi bodoh, tidak perlu baca buku. Terlalu berjimat juga dapat menjadikan kita bodoh.

Baguslah, aku lihat di dalam bilik buku kau terdapat macam-macam jenis bahan bacaan yang berfaedah, tentunya kau punyai macam-macam cebisan-cebisan ilmu hasil dari pengembaraan pembacaan buku-buku tersebut.

Hal demikian, kau teruskanlah kerana dengan bacaan-bacaan tersebut kau akan punyai ilmu yang luas, dan kau boleh gunakan untuk penulisan yang kau tukangi. Pilihlah genre penulisan yang kau sukai, sama ada penulisan keratif atau penulisan bukan keratif. Kau tulislah, ikut di mana kecenderungan mu, minat dan kemahiran penulisan yang kau rasa kau boleh bawakan.

Apa yang penting kau terus menulis, jangan malas dan culas, ingat pesanan di atas. Cukuplah untuk hari ini, ada masa dan ketikanya nanti, aku akan membebel lagi. Ingatlah, jangan persiakan waktu-waktu terluang mu dengan membaca, apatah lagi menulis.


Teruskan penulisan mu itu!.

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi

Syair Hari Raya