Monolog: Biar Sedikit Tetapi Istiqamah
Aku
ingin berkata-kata dengan mu, itu pun jika kau mahu dan sanggup menahan telinga
mu. Aku tak kisah apa yang kau mahu perkatakan tentang diriku. Katalah apa-apa
tentang aku. Jika kau mahu kata, semahunya. Kau ingat kata-kataku beberapa bulan yang
lalu?.
Tentang
penulisan, bila kau mahu mulakan, ingatkan?. Syukurlah jika benar kau sudah
mengambil sedikit pesanan yang aku coretkan pada kau. Sekalung tahniah dan
syabas, ada sedikit perubahan. Blog yang kau usahakan untuk menjadi pemangkin
sebagai wadah penulisan sudah kau isi dengan perkongsian, baguslah begitu,
teruskan, tulislah apa sahaja yang kau mahu tulis.
Selagi
ianya tidak melanggar norma-norma perundangan, kau tulis sahaja. Cuma kau perlu
istiqamah, biar sedikit yang kau tulis, tetapi ianya berterusan. Kau tentu
masih ingat tip yang telah kau baca di Muka Buku seorang penulis, Puan Nisa Haron
bukan?. Ingat kata-kata dalam tulisannya lagi?. Oklah aku tuliskan semula di
sini, kau baca lagi.
“Untuk
berubah menjadi seseorang yang lebih baik, tidak mungkin perubahan itu datang
mendadak. Saya sendiri percaya kepada kerja yang dilakukan secara 3S :
* sedikit-sedikit
* sungguh-sungguh
* selalu
Perubahan yang sedikit tetapi dilakukan dengan sungguh-sungguh serta istiqamah membawa kesan jangka panjang. Ibarat titisan air ke atas sebongkah batu. Walaupun air itu lembut tetapi titisan yang konsisten menjadikan batu yang keras boleh menjadi lekuk.
Demikian juga dengan menulis, tulis sedikit demi sedikit, (mungkin dalam tempoh yang sedikit cuma, misalnya 15 minit sehari) tetapi dilakukan pada setiap hari. Pada setiap sesi 15 minit itu tumpuan yang diberikan ialah 100%. “
* sedikit-sedikit
* sungguh-sungguh
* selalu
Perubahan yang sedikit tetapi dilakukan dengan sungguh-sungguh serta istiqamah membawa kesan jangka panjang. Ibarat titisan air ke atas sebongkah batu. Walaupun air itu lembut tetapi titisan yang konsisten menjadikan batu yang keras boleh menjadi lekuk.
Demikian juga dengan menulis, tulis sedikit demi sedikit, (mungkin dalam tempoh yang sedikit cuma, misalnya 15 minit sehari) tetapi dilakukan pada setiap hari. Pada setiap sesi 15 minit itu tumpuan yang diberikan ialah 100%. “
Nah, kau perlu ingat kembali kata-kata di atas,
3S, itu kau perlu amalkan. Jika kau boleh amalkan 5s di tempat kerja mu,
takkanlah 3S yang ini tidak kau boleh amalkan dalam dunia penulisan yang kau
impikan ini. Terus maju jangan mundur!. Tentang perkara di atas, aku tidak mahu
panjang-panjangkan lagi, kau sudah boleh berfikir, lalu dengan itu, kau
bertindaklah segera untuk merealisaikan bidang penulisan yang kau impikan.
Jangan pandang belakang!.
Usia kau pun semakin bertambah, kedewasaan mu
sudah membolehkan kau berfikir secara matang. Apa sahaja yang kau mahu lakukan,
kau sudah bisa memikirkan. Rancanglah apa yang kau mahu tuliskan, usah gelojoh,
kelam kabut, biarlah lakukannya dengan terancang. Kau pun tahu usaha tanpa
perancangan bisa gagal, jangan kau gagal merancang. Susunlah jadual penulisan
mu sebaik-baiknya. Takkan itu pun mahu diingatkan selalu...alahai..
Rasanya cukuplah dulu untuk kali ini,
panjang-panjang sangat tulis pun takut kau tak larat membacanya. Biar sedikit
yang kau dapat, tetapi tetap kau amalkan. Kau pun tahu, masa itu emas, sangat
mencemburi kita. Setiap kali aku selesai membebel dengan kau, aku akan akhiri
dengan peringatan firman Allah SWT tersebut, moga kau tidak membuang masa mu dengan perkara sia-sia.
Akhir dari desakan ini, bacalah firman Allah SWT tersebut;
“Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang-orang
yang beriman dan beramal soleh, dan mereka berpesan-pesan dengan kebenaran
serta berpesan-pesan dengan kesabaran.”
Surah Al-Asr (1-3).
Teruskan menulis!
bersambung...
Comments
Post a Comment