Nota Ramadan: Ramadan Bulan Pengampunan
Google Image |
Syukur
tidak terhingga dipanjatkan kehadrat Allah S.W.T dengan limpah kurnia-Nya dan
kasih sayang serta nikmat melimpah ruah yang tidak terhitung. Ramdan masih di
awal, baharu masuk tiga hari kita berpuasa di dalam Ramadan yang agung.
Bulan
yang di dalamnya penuh dengan keampunan Allah S.W.T. Umat Islam amat digalakkan
sekali untuk memohon keampunan
sebanyak-banyaknya kepada Allah S.W.T,
Yang Maha Luas Pengampunannya.
Kita
sebagai hamba yang lemah, sering kali membuat salah, dosa sengaja mahu pun
tidak sengaja, sudah sewajarnya berasa malu kepada yang menciptakan kita. Kita
sering derhaka, lalai, leka dan tanpa disedari, telah banyak melanggar
perintah-perintahnya, lalu apakah kita tidak merasa apa-apa, tidak merasa
salah.
Dosa
kecil atau pun dosa besar yang kita lakukan tanpa disedari mahu pun kita
sedari, apakah kita mahu membiarkannya sahaja sehingga menggunung tinggi, tanpa
mahu meminta dan memohon keampunan kepada-Nya?. Alangkah sombongnya kita, tak
malukah kita?.
Ramadan
yang dianugerahkan kepada kita memberikan peluang seluas-luasnya untuk kita
meminta dan memohon keampunan kepada Allah S.W.T. Bukankah Nabi saw pernah
bersabda;
“Dialah
bulan yang permulaannya, rahmat, pertengahannya
pengampunannya, dan akhirnya bebasa dari api neraka.”-(Hadis Riwayat Ibnu
Huzaimah daripada Salman Al-Farisi)
Duhai
diri, muhasabahlah, dosa mu amat banyak sekali pada yang mencipta mu, mohonlah
ampunan pada-Nya, Dia Maha Baik, Maha Pengampun, usahlah kau bertangguh dalam
taubat mu, bertaubatlah segera…usahlah kau ego pada Tuhan mu, Dia yang
menciptakan mu, memberikan segala macam kesenangan di dunia ini.
Nafas
mu…kaki mu…tangan mu…telinga mu…lidah mu untuk merasa...siapa yang memberkan mu
itu semua jika bukan Dia Yang Maha Kaya, Maha Besar dan Maha Hebat. Usahlah kau
bangga denga yang kau ada, dunia yang sementara, tidak ada apa-apa nilaian di
sisi-Nya.
Bukan
itu nanti yang diminta dan ditanya…BUKAN…iman
dan taqwa nanti, nilaiannya di sana…duhai diri…bertaubatlah bersungguh-sungguh
pada-Nya…, Rebutlah peluang Ramadan kali ini, mohonlah keampunan pada-Nya…bersegeralah
duhai diri…
Renungilah
maksud Firman Allah S.W.T;
Katakanlah,
“Hai hamab-hamba-Ku yang melampaui batas
terhadap diri sendiri, janganlah kalian berputus asa dari rahmat Allah.
Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha
Pengampun Lagi Mahan Penyayang.”
(Az-Zumar:53)
Muhasabahlah
duhai diri…ambil peluang Ramadan kali ini dengan bersungguh-sungguh…
Jika
Nabi saw, yang maksum, tidak membuat dosa, bahkan dijamin masuk syurga pun
dalam sehari tujuh puluh kali memohon ampunan pada-Nya, kita ini, yang kerdil
dan daif ini, sering membuat dosa, tidakkah malu kita dengan Rasulullah saw?.
Maksud
Sabda Nabi saw;
“Demi
Allah, sesungguhnya aku benar-benar meminta ampunan kepada Allah dan bertaubat
kepada-Nya lebih tujuh puluh kali sehari.”-Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Sedikit
coretan ringkas untuk muhasabah diri, juga untuk sahabat yang mahu mengambil
ibrah darinya. Marilah kita bertaubat, usah bertangguh-tangguh lagi.
Ya
Allah, aku mohon keampunan-Mu…
Amin
Ya Rabb…!
Comments
Post a Comment