Menulis Untuk Karnival 10 Tahun Surau Darul Aman
Sampai bila mahu menulis, selagi hayat masih ada,
InsyaAllah kerja-kerja penulisan yang berterusan, mana mungkin penulisan kisah
perjalanan penulis kecil ini bisa ditukangi. Perjalanannya masih panjang,
berliku-liku di hadapannya, aku harus dan mesti lalui perjalanan yang tidak
semestinya lurus, ia pasti dan pasti akan aku lalui. Itulah mehna pada setiap
yang bernama perjuangan dalam hidup.
Kisah perjalanan penulisanku aku teruskan dengan penglibatan
aku dalam satu program yang dianjurkan oleh surau darul aman, surau tempat
kelahiranku. Ia melibatkan penulisan juga. Di mana aku telah dilantik sebagai Ahlijawatankuasa kecil sementara bahagian dokumentasi dan pameran untuk Karnival 10 Tahun
Surau Darul Aman.
Tugas aku mencari data-data dan maklumat-maklumat dari sumber
terdahulu, maknanya aku kena cari orang-orang lama berkaitan dengan sejarah
tertubuhnya surau darul aman ini. Tugas ini memerlukan aku, memewancara,
bertemu bual dengan orang-orang lama.
Aku dan Farid Azizi, kawan yang juga Ahlijawatankuasa
surau, selama sekitar tiga minggu cuba mencari, mengali apa sahaja yang
berkaitan dengan surau darul aman, bertemu orang-orang lama sekitar kariah
surau darul aman.
Aku mencatat segala apa
sahaja maklumat ( macam wartawan pula ), farid azizi bertindak menembual
mereka yang tahu tentang sejarah penubuhan surau tersebut. Bermula sejarah penubuhan surau, maklumat
imam, maklumat pengerusi surau, aktiviti surau, gambar-gambar surau lama, dan
yang berkaitan dengannya.
Tugas aku seterusnya, menulis semula maklumat yang
didapati dalam bentuk ayat yang lengkap. Aku bentukkan segala maklumat sebagai
sebuah buku dokumentasi sebelum dipamerkan isikandungannya kepada para pelawat khususnya penduduk kariah surau
darul aman.
Mesyuarat terakhir telah memastikan segala persiapan karnival sudah
diselesaikan, terutamanya bahagian dokumentasi dan pameran. Tuan pengerusi Tuan
Haji Sulaiman telah meneliti dokumentasi yang aku sediakan dalam mesyuarat
terakhir itu.
Tiada komen apa-apa darinya, aku merasakan tugas itu
selesailah bila tiada komen apa-apa dari Tuan Pengerusi surau. Tinggal tunggu
sahaja hari untuk mempamerkan hasil kerja-kerja dokumentasi itu pada hari
karnival nanti.
Aku mengharapkan usaha dokumentasi ini, akan dapat membuka
minda generasi baharu di Kariah Surau Darul Aman, betapa generasi sebelum
mereka telah bersusah payah berusaha membina surau tersebut bagi kemudahan
generasi masa hadapan, seterusnya mengimarahkan setiap apa sahaja aktiviti atau
program yang dijalankan di surau tersebut.
Akhirnya pada tanggal 25 Disember 2010, Program Karnival 10 Tahun Surau Darul
Aman telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya, aku puas hati kerana ramai yang
berkunjung di bahagian pameran, mereka menunjukkan rasa teruja melihat dan
membaca sejarah surau darul aman, juga gambar-gambar surau lama melalui grafik
3D yang diusahakan oleh anak jati Kariah Darul Aman, iaitu Encik Othman dan
Mohd Zaid Bin Othman (anak beliau).
Malah generasi baharu turut ramai yang menyaksiakn pameran
tersebut, mereka teruja melihat gambar-gambar aktiviti lama. Aku yakin waktu
itu mereka masih ada yang belum lahir. Selain dokumentasi dan pameran sejarah,
terdapat juga alat perkakasan lama dipamerkan seperti beduk, kentong, pinggan
mangkuk, dan lain-lain. Ini bagi memberi maklumat tambahan tentang sejarah
surau tersebut kepada para pelawat.
Ya, begitulah rentetan dan kisah perjalanan penulis kecil
seperti aku, diberi kepercayaan untuk menulis kembali sejarah surau yang
berpuluh tahun lalu, untuk aku dokumentasikan untuk tatapan generasi akan
datang. Semoga penulisanku itu diganjari oleh Allah SWT sebagai amal soleh
akhirnya nanti.
Amin Ya Rabb...!
bersambung...
Comments
Post a Comment