Nota Ramadan: Tinggal Kenangan
Sedikit
Renungan
Ramadan di penjuru mana pun, dirai dan
diimarahkan dengan penuh meriah, bahkan di Negara berkecamuk dengan peperangan
pun rakyatnya masih dapat memeriahkan Ramadan.
Syukur, kita di Malaysia aman dan
makmur. Walau sesekali didengari suhu politik tanah air seolah membahang, namun
atas kebijaksanaan masing-masing, dapat mengawal emosi sentiment politik
mereka.
Puasa mengajar erti sabar, ibadah
puasa yang kita jalankan sekarang, merupakan ujian diri, untuk menahan diri
dari makan dan minum serta menjauhi perkara-perkara keji yang boleh merosakkan
pahala puasa. Juga seandainya ada yang mengangui kita, cuba elakkan dengan
mengatakan, seperti yang Rasulullah ajarkan kepada kita, dalam maksud sebuah
hadis;
“Bila
seseorang menghina atau mencacinya, hendaknya dia berkata, “Sesungguhnya aku
sedang puasa.”-(Hadis
riwayat Bukhari)
Mudah-mudahan puasa kita diterima oleh
Allah S.W.T…Amin Ya Rabb…
Hanya
Tinggal Kenangan
Setiap tahun, bila menjelangnya Ramadan
agung ini, kenangan-kenangan inilah yang mengusik-ngusik hatiku. Mengenang
tahun-tahun berpuasa yang lalu, banyak memorinya, maklum sahaja, bila sudah
berkeluarga, waktu berbuka puasa boleh bertukar-tukar tempat.
Waktu itu, seminggu sekali berbuka ke
rumah emak dan bapa mertua. Meriah dan seronok sekali, bila semua anak-anak
datang berbuka puasa bersama emak dan bapa. Masa tulah, mahu jumpa
sanak-saudara, jika hari-hari biasa masing-masing dengan agenda mereka.
Bila berkumpul meriah, beraneka juadah
berbuka puasa, masing-masing datang membawa juadah, warna-warni minuman…ahhh…masih
terkenang-kenang aku memori itu. Sekarang sudah tiada lagi, hanya tinggal
kenangan.
Sekarang, hanya boleh ziarah rumah
kakak dan berbuka puasa di sana, tujuannya untuk lebih mengeratkan tali
silaturahim antara keluarga, maklum sahaja, kedua-dua emak dan bapa mertua
sudah tiada. Hanya kakak, abang dan adik-adik yang duduk merata-rata tempat.
InsyaAllah, jika berpeluang tahun ini, ingin ziarah dan berbuka puasa di rumah
mereka.
Puasa tidak mengahalangi kita untuk
terus ziarah menziarahi, berkasih sayang antara saudara se-Islam dan
lebih-lebih lagi keluaraga sendiri. Semoga kasih sayangku terhadap keluargaku
terus berpanjangan.
Amin Ya Rabb…!
Assalamualaikum. Salam singgah.
ReplyDeleteRupanya lagi banyak update dalam blog ini. Saya selalu buka blog yang lagi satu. Hee.
Alhamdulillah sehingga hari ini, saya masih dapat menikmati semua itu. Dan sebenarnya saya sendiri cuma dapat berpuasa dengan keluarga hanya dalam tempoh seminggu atau kurang. Sebab sejak tingkatan satu saya tinggal di asrama dan sehingga kini, puasa saya lebih banyak dihabiskan di tempat orang berbanding tempat sendiri. Maka kalau nak diceritakan tentang pengalaman puasa, pelbagai yang saya ada. :)
Salam Ramadan.
Walaikumsalam Wan. Salam Ramadan juga dari saya, kenanagan yang tak bisa dilupakan. Terima kasih sudi singgah.
ReplyDelete