Nota Ramadan: Jom Ulangkaji
Google Image |
Sudah
masuk hari ke lapan kita berpuasa pada hari ini. Diam tak diam fasa pertama
bulan Ramadan akan meninggalkan kita, fasa kerahmatan, seperti yang nabi saw
sabdakan;
“Dialah
bulan yang permulaannya, rahmat, pertengahannya pengampunannya, dan akhirnya
bebasa dari api neraka.”
(Hadis
Riwayat Ibnu Huzaimah daripada Salman Al-Farisi)
Terus
bersemangat untuk berbuat amal ibadah sepanjang Ramadan, untuk diriku dan
teman-teman, agar terus merai dan imarahkan Ramadan. Fasa yang pertama,
moga-moga Allah S.W.T, menurunkan kerahmatan untuk kita semua.
Dalama
pertemuan hari ini, aku mahu kongsikan atau ulangkaji semula,untuk ingatan
bersama tentang perkara-perkara yang membatalkan puasa dan perkara makruh
ketika puasa. Walaupun ibadah puasa sudah berlalu beberapa hari, namun tidak
salah rasanya untuk saling ingat mengingati sebagai panduan bersama.
Perkara-Perkara Yang Membatalkan Puasa
1.Memasukkan
sesuatu kedalam rongga dengan sengaja
2.Memasukkan
sesuatu ke dalam dubur atau qubur
3.Muntah
dengan sengaja.
4.Bersetubuh
dengan sengaja, sekalipun tidak keluar mani.
5.Mengeluarkan
mani dengan sengaja.
6.Datang
Haid
7.Gila.
8.Mabuk
atau pengsan sepanjang hari dari terbit fajar hingga terbenam matahari.
9.Bersalin.
10.Murtad
Perkara Makruh Ketika Berpuasa
1.Menggosok
gigi selepas tergelincir matahari.
2.Merasa
Makanan.
3.Mencium
atau mengucup isteri.
4.Banyak
berkumur-kumur.
5.Mengeluarkan
darah seperti berbekam.
Perkongsian
ringkas ini, mudah-mudahan ada manfaatnya. Agar kita dapat bersama-sama
memastikan beberapa perkara yang tertulis di atas bisa kita hindari, dengan
harapan agar Allah S.W.T, akan menerima ibadah puasa kita.
Amin
Ya Rabb…!
*Bahan rujukkan: Buku bertajuk 'Ramadan Kedatanganmu dinanti Pemergianmu ditangisi', terbitan Jabatan Mufti Negeri Selangor.
Comments
Post a Comment