Sajak: Kerana Mati Itu Tiba-Tiba

Google Image



Kerana Mati Itu Tiba-Tiba

Kerana mati itu tiba-tiba
hidup perlu senantiasa berwaspada
pada nilai kehidupan
harus ditambah sebaiknya.

Kerana mati itu tiba-tiba
amal taqwa mesti dipertingkat
amal soleh dikerja selalu
untung nasib di barzah nanti
diri sendiri tanggung tak siapa peduli
justeru usah lalai leka
pada dunia fana  menipu daya.

Kerana mati itu tiba-tiba
tiap saat waktunya usah dipersia
kebaikan terus diperlaku berterusan
ingat Allah selalu,
biar dalam saat  susah mahu pun suka
kerana mati itu tiba-tiba.

Masshah
12062015
Meru.

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi

Syair Hari Raya