MENULIS SELAGI MASIH ADA HAYAT

Monday, March 26, 2012

Sajak: Tiada Maaf Bagimu


TIADA MAAF BAGI MU

Minta maaf..minta maaf..minta maaf.
Tapi dalam masa sama rakyat terus di tipu
media terus dikongkong
Apco tetap jadi penasihat
royalti rakyat kelantan tidak diberi
Samseng-samseng halal terus menganggu ceramah PAKATAN
hubungan dengan Israel terus
projek-projek tak masuk akal terus
tol terus bayar,minyak dan harga barang terus tinggi
gaji pekerja tetap haprak..mana swasta punya?
nak bagi gaji minimum pun teragak-agak
MINTA MAAF?
Lawak dan lakon-lakon saja
MACAM ITU KE MINTA MAAF?
Cakap tidak serupa apa mahu bikin
Minta maaf setelah rakyat sudah muak,nyampah dan nak termuntah...uweekk!!!
malulah sikit(banyakk)
50 tahun perintah
50 tahun banyak kerosakan
50 tahun Melayu tetap merempat dan melarat
MINTA MAAF?
Sudah-sudahlah berlakon
sudah-sudahlah mengemis
sudah-sudahlah SUDAHHHH..
MINTA MAAF?
kena ada tindakannya
kena ada buktinya
Tangan kanan memberi
tangan kiri tetap dengan racunnya
Ahli-ahli dan pendokong parti tidak di nasihati
ditarbia...Tetap macam Samseng Halal'
Ugut sana-ugut sini
politik baharu?
transformasi?
Cukuplah..permitaan maaf yang tiada bermakan
Rakyat kata:
'TIADA MAAF BAGI MU'
CUKUPLAH 50 TAHUN MENDERITAKAN RAKYAT,
MERANAPKAN AGAMA DAN BANGSA..
SEKALI LAGI:
'TIADA MAAF BAGI MU'


Suara Rakyat,
MERU 2012,5:18PTG,8/3/2012.

Sajak: Jom Berubah


Jom menuntut perubahan


Jom berubah

Ayuh ganti baju lama dengan baju baru
Ayuh ganti kerajaan lama dengan kerajaan baru
Ayuh tukar PM lama dengan PM baru
Ayuh tukar undang-undang lapok dengan undang-undang Tuhan
Ayuh tukar parti lama dengan parti baru
Ayuh tukar takut dengan berani
Ayuh usah ragu,usah malu...usah takut
Ayuh yakin Malaysia boleh berubah
Ayuh bangsa Melayu tinggalkan karat-karat fikiran khurafat hanya keris mampu memerintah
Ayuh..Ayuh..Ayuh..
berubah untuk semua.


Suara Rakyat,
MERU 2012,5:30PTG,9/3/2012.

HATI YANG CELIK




HATI YANG CELIK

KALAU bukan kerana-Mu Tuhan
Tidak mungkin aku wujud di dunia ini
Kalau bukan rezeki-Mu Tuhan
Tidak mungkin aku boleh makan dan minum di dunia ini
Aku boleh hidup kerana nafas turun naik,
Engkaulah yang menganugerahkannya
Begitu besar ertinya nafas kepada manusia dan aku
Jika Engkau tarik nikmat nafas
matilah manusia dan aku serta-merta
Nafas sahaja pun tidak boleh dinilai dengan mata benda
Ia penentu hidup mati manusia dan aku
Betapalah nikmat yang Engkau anugerahkan
lebih banyak dari itu
Bagaimana boleh manusia dan aku
melupakan Engkau
Siapa yang boleh melupakan Tuhannya
Sungguh kejam dan zalim manusia itu
Tidak ada yang lebih zalim
selain orang yang melupakan Tuhannya
Rupanya manusia ini dengan mata sahaja
belum menjamin dia bersyukur
Juga dengan akal manusia belum tentu
dia boleh berterima kasih kepada Tuhannya
Melainkan hatinya yang celik yang boleh
merasa segala nikmat itu adalah dari Khaliqnya
Jadi orang yang memuja Tuhannya
bukan kerana mata dan akalnya
Tapi kerana hatinya yang jaga itulah
yang mengingat Tuhannya
Jiwanya yang celiklah dia memuja
dan membesarkan Penciptanya
Jiwa yang celik adalah jiwa yang
sentiasa rasa bertuhan
Bila rasa bertuhan ada maka
rasa kehambaan pun tajam
Jadi dari rasa bertuhanlah
membuahkan rasa kehambaan

Menjelang tidur
14 - 11 - 1999

Sajak: Oh Palestin


Bebaslah oh Palestin..!



Oh Palestin


Oh Palestin..!
Oh Palestin..!
Oh Palestin..!
64 tahun dicengkam derita
rejim Yahudi Zionos laknatullah.
namun undur setapak tidak
demi mempertahankan tanahair
agama tercinta.

Nyahkan rejim
humbankan rejim
syahid matlamat akhir yang suci.

Oh Palestin..!
Oh Palestin..!
Oh Palestin..!
derita dan sengsara mu
derita dan sengsara kami di sini.

Doa dan harapan kami
kau bebas
kemenangan pasti
milik kita bersama.

Masshah 2011
9/12/2011
Jumaat.

Sajak: Serah Pada-NYA


Segalanya ku serahkan pada-Mu Rabb


Serah Pada-Nya

Hidup teruskan
Jangan kecewa
Jangan sengsara
Jangan takut
Jangan bimbang
Jika perintah tuhan dilaksana
Ikhlas menuntut reda-nya semata-mata.
Tuhan pasti membela
Jika kita sepenuh keyakinan
Hanya dia tempat bergantung.
Pasti kejayaan dan kebahagia
Menunggu di sana.


Masshah 2012-03-17
Meru-12:14mlm

Salam Sastera

Salam ukhwah,salam sastera

Semoga Allah meRahmati kita selalu.

Selamat Datang Ke Blog Baharu;)

Ole-Ole Dari Karnival Gudang Akhir Tahun 2017 Karangkraf

Beberapa buah buku  untuk koleksi bacaanku dan bilik buku. Hari kelima, hari terakhir Karnival. Buku-buku untuk cenderahati Hari ...