MENULIS SELAGI MASIH ADA HAYAT

Monday, January 30, 2017

Satu Perjalanan Dalam Dunia Pembacaan Masshah









Dunia buku Masshah, masih lagi berjalan seperti biasa, biarpun penulisan blognya agak perlahan, tiada perkongsian setakat ini. Kini di laman ini, segala aktiviti dan coretan berkaitan dunia bukuku aku nukilkan di sini. Buku tetap menjadi sahabat setiaku.

Insyallah, selagi diberi waktu untuk membaca, aku akan terus membaca tanpa malas dan jemu, jika malas dan jemu, tak jadi apa, fikiran kusut, minda beku kerana tidak mahu baca buku.

Aku tidak mahu jadi begitu, aku mahu jadi aku yang sentiasa membaca, membaca melorongkan aku ke dunia yang lebih membahagiakan dengan buku.

Tanpa buku, dunia ini akan gelap kehilangan cahaya panduan. Membacalah jika anda mahu tahu mengapa perlu membaca. Dan apa nikmatnya dunia pembacaan buku.

Jika ditanya bila masa aku mula membaca, aku akan jawab, sejak mula mengenal huruf dan nombor, belajar di sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah, syukur, dengan izin Allah SWT,aku diberikan kebolehan untuk mengenal huruf dan seterusnya membaca buku. Sehinggalah aku jatuh cinta dengan membaca dan dunia buku.

Aku cuba mengingat-ingat kembali sejarah bermulanya aku benar-benar suka membaca buku, membeli buku, mengumpul buku, buku pertama yang dibeli, minat buku apa, dan macam-macam lagi. Aku akan cuba mendokumentasikan sejarah bagaimana bermulanya aku jatuh cinta dengan membaca.

Penulisan yang seterusnya nanti, aku akan kongsikan perjalananku dalam dunia buku, insan kecil yang minat dengan buku dan dunia membaca. Seorang insan yang hanya berkelulusan sekolah menengah, dan bekerja di sektor swasta.

Kini dalam usia empat puluh tahun masih terus membaca, membaca dan membaca. Berimpian mempunyai bilik buku sudah tercapai, biar sederhana tetapi membangkitkan diri untuk terus cinta dalam dunia pembacaan buku.

Semoga, aku diberikan kekuatan untuk menulis detik sejarah dalam dunia pembacaan buku ini, agar rakaman dokumentasi ini akan merangsang khususnya buat anak-anak dan seterusnya masyarakat di luar sana.

Tujuan untuk menyemarakkan agar masyarakat suka dengan dunia pembacaan. Harapan agar rakaman sejarah perjalanan dunia pembacaanku ini dapat aku selesaikan sehingga ke penghujungnya nanti.


Sampai jumpa lagi!

Menyediakan Waktu







Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa”

Sajak: Teman Yang Tak Pernah Mengecewakan







Teman Yang Tak Penah Mengecewakan

Buku itu teman setiaku
tatkala aku ditinggal Sang Kekasih Hati
teman berbual bicara
teman meninjau mengembara ke serata
teman berfikir menajam minda
ia tak pernah mengecewakan
ia sangat setia...sungguh
kesetiaanya padu.

Buku itu teman setiaku
setelah kepenatan membanting tulang
mengerah kudrat empat keratku
menatapnya menenangkan
setiap detik dan waktu
setianya tak pernah pudar
di mana pun ku pergi
ia tetap setia menunggu aku.

Ia teman yang tak pernah mengecewakan.

Masshah
30hb 01 2017
Meru.

Sajak: Aku Di Sini



Aku Di Sini

Teman
kini aku di sini
mengisi wadah ini
sebagai teman sendiri
menulis merakam sejarah diri
buat pribadi jua untuk dikongsi
moga ada ibrah dalam kehidupan.

Di sinia mencoret rasa hati
menukilkan aktiviti sendiri jua famili
realiti kehidupan masakini yang dilalui
coretan diri, putera puteri, isteri
kerjayaku, bisnesku…segalanya.

Merakam waktu yang berlalu
buat mengimbau masa lalu
mengisi waktu-waktu terluang
semoga ada faedah dan kebaikannya
di baca sendiri atau teman yang sudi
hanya coretan insan biasa-biasa
bukan siapa-siapa…terserah.

Teman
sudilah mampiri wadah ini.

Masshah
30012017
Meru.

Tekad Dan Azam



Mulai saat ini, aku akan coretkan segala kegiatanku di blog ini, ya…blog ini. Aku mahu fokus pada satu wadah tetapi pelbagai coretan akan dikongsi di sini. Aku tidak mahu celaru dan keliru sehingga menyesakkan mindaku.

Sehingga semua ditinggal kosong tanpa ada sebarang coretan dan perkongsian. Blog ini, permulaan untuk tahun 2017 setelah sekian lamanya tidak menukilkan apa-apa coretan di sini.

Telah berjanji pada diriku sendiri, mulai saat ini blog ini akan ku penuhi dengan segala coretan yang telah aku lalui dan yang telah lama bersarang di minda ini, segala kenangan akan aku nukilkan di sini.

Aku sudah nekad, sama ada blog ini dibaca orang ataupun tidak aku akan tetap mencoretkan nukilan di sini…aku tidak perduli lagi…ini tekad dan azamku.

Membaca status-status para penulis yang berjaya membuatkan aku ingin bermula sekali lagi, biar lambat asalkan sampai, aku akan terus gagahi impian ini.

Berjaya ataupun tidak itu kemudian hari hasilnya, yang penting saat ini dan hari ini, aku akan cuba dan terus mencuba mencoretkan apa-apa sahaja yang bermain di mindaku ini.

Dari kegiatan atau aktiviti familiki, pribadiku, dunia bukuku, dunia puisiku, anak-anakku, kerjayaku, bisnes ku dan segala macam warna-warni kehidupan akan ku rakamkan di wadah ini. Kata penulis yang berjaya, menulislah dan terus menulis.

Jadi, hari ini dan saat ini akan ku mulai kerja-kerja menulis!


Sampai ketemu lagi!

Sajak: Hancur



Hancur

Engkau akan mati
musnah segala
hancur legasi
pasti sedang hampiri
semakin realiti
saksikanlah...


Masshah
27112016
Meru.

Sunday, January 29, 2017

Sajak: Marak


Image may contain: text


Menjulang marak
meraung mengelupur
rentung hangus...

Masshah 2016
27112016
Meru

Sajak: Engkaukah Yang Berbaju Merah Itu

No automatic alt text available.


Engkaukah Yang Berbaju Merah Itu

Engkaukah yang berbaju merah itu
beranimu hanya wang ringgit
nilai pribadimu murah sekelumit
berpura pertahan harmoni negara
cuma hanya tak punya apa
gersang dan tandus jiwa juangmu
pertahan kuasawan sakit
engkau sendiri ringgit sikit.

Engkaukah yang berbaju merah itu
menangis pilu jika ahli keluargamu tahu
bukan sedikit yang sesak sakit perit
dari desa ke kota bandaraya semua tersepit
kedurjanaan kecelakaan kesialan engkau
diam bisu bicarmu kelu tak mampu
tetapi engkau cuba sekat si kuning berani
memprotes kedurjanaan politikus bacul.

Engkaukah yang berbaju merah itu
tanpa segan silu mencemar 
kehalusan budi budaya bangsa agama
malu tiada...cuma upah yang sedikit maruah hanyut
terpedaya si bacul tolol samseng upahan
sudahlah...cukuplah...tanggalkanlah bajumu
elapkan peluh sia-siamu itu...baju merah itu
campakan bersama kedurjanaan politikus
yang tak pernah kenal makna erti derita marhean.

Masshah
2Oktober 2016
Meru.


Serba Tak Kena







Image result for gambar duduk keseorangan

Seharian dan semalaman aku asyik di dalam bilik bacaan ku, tetapi sebuah buku pun tidak aku habis hadami. Entah resah apa tiba-tiba menerjah kalbuku.

Sana sini serba tidak kena, melihat buku-buku yang tersusun di hadapan mataku pun rasa tidak ada apa-apa, tidak seperti selalunya.

Ya ada apa ya dalam benak fikiranku ini. Apa yang menganggui segmen minda ini. Mahu bercinta dan bercakap bersama buku-buku pun seleranya tiada…Allahuakbar…

Astaghfirullah al-Azim, berkali-kali aku menyebut naman-Nya.

Cuba menenangkan kalbu ini. Aku buka laptopku pagi ini, aku cuba mencoretkan apa yang aku rasa…entah apa-apa aku ini…lama aku tidak mencoretkan apa-apa makna warna-warni hidup ini.

Entah apa yang mahu ditulis, agak lama aku tidak memberi pengisian di dalam blog, menulis puisi apatah lagi…entahlah aku buntu..tak tahu mahu tulis apa. Aku biarkan tulisan ini tergantung di sini…


Hanya berserah pada yang lebih memahami…Allahuakbar…AstaghfirullahAl-azim!!!

Tulislah Apa-Apa

Image may contain: 1 person


Dah lama tidak menulis, tak tahu nak tulis apa, pagi ni cuba-cuba nak tulis lagi. Tenaga semakin berkurang tetapi semangat berkobar.

Nak tulis soal perasaan…perasaan siapa pula yang aku mahu tulis? Perasaan diri sendiri, sakit hati, geram, benci, meluat, dan macam-macam. Perlukah ditulis?

MLM?

Entahlah…tulis lainlah…apa kata tulis fasal bisnes? Bisnes apa pula yang aku mahu tulis? Nak kata jual nasi lemak, kuih muih pun tidak, ermm…apa kata tulis fasal bisnes MLM? Bagus juga tu…tapi bukanlah aku orangnya yang nak memperkatakan soal bisnes MLM ni.

Nanti ramai yang meluat bila kita tulis fasal MLM ni. Kan ramai yang bertanggapan negatif bila cakap bisnes melalui MLM ni. Pernah tak dengar bila sebut MLM, ramai orang akan kata negatif…macam-macam mereka cakap. MLM?...eeiii…tak naklah…kena cari orang, pergi meting…kena bercakap…takutlah…bencilah…meluatlah…untungkan orang atas sahaja.

Kita yang kerja keras, orang atas pula yang kaya raya? Hah! Kan…macam-macam tanggapan mereka yang tidak faham fasal bisnes MLM ni kan? Semua itu sebenarnya berbalik kepada ilmu, hanya sekadar dengar-dengar cakap dari orang yang kecewa kerana gagal dalam bisnes MLM terus reject MLM…itu pentingnya belajar, mesyuarat dan yang penting komitmen atau kerajinan.

Kalau masuk MLM sekadar isi borang, tak mahu buat apa-apa tindakan untuk menjayakannya, memanglah tak menjadi. Sudahlah tak mahu belajar timba ilmu…bila tak mencapai apa-apa berfikiran negatif pula, salahkan syarikat, salahkan produk, salahkan, upline…seminggu sekali belajar buat pertemuan pun tiada, nak berjaya macam mana?

Kan…bila cakap bisnes MLM macam nilah…kau gerak sungguh berjaya, kau gerak separuh masak, hasilnya pun tak ke mana. Mahu salahkan siapa? Salah diri sendirlah…cukuplah, TITIK.

Dunia Luar

Melihat perkembangan dunia pula, amacam, agak-agak boleh tak?...tulis sahaja…peperangan, penindasan, penderitaan, huru-hara di mana-mana terjadi. Tidak semestinya di luar Negara, dalam Negara apa kurangnya. Betul tak? Ke luar Negara dululah…lihat dunia arab…Palestin, Syria, Iraq, Mesir dan banyak lagi.

Peperangan dan penindasan berhari-hari, terbaharu di Aleppo, pengeboman dan pembunuhan tanpa rasa belas kasih. Simpati? Berdoalah untuk mereka…sumbangan? Ya…dermalah, sumbanglah apa yang kita ada sebagai tanda solidariti kita kepada saudara kita di sana.

Buatlah doa qunut nazilah samada secara Jemaah mahupun secara individu, meminta pertolongan dari YANG MAHA KUASA.

Semoga kedamaian akan terserlah, kecamukan akan sirna.

Aaamiin Ya Rabb!

Suka Buku

Nak tulis apa lagi…ni yang paling aku suka, BUKU ya BUKU! Tak tahulah ada orang yang tidak suka buku, bila tidak suka buku bermakna tidak suka membaca, betul ke? Harap-harap tiada yang begitu.

Buku sumber ilmu, rujukan untuk orang tidak tahu. Membaca buku, apa pun buku, nilai kebaikan apa yang ditulis oleh penulis itulah yang akan menjadi panduan pembaca, bagi diguna untuk kehidupan mereka, betul ke? Iyalah tu agaknya…orang yang membaca akan tahu apa yang dibacanya.

Bukan sekadar hobi harian tetapi lebih daripada itu, ianya tuntutan yang amat digalakan dalam agama.Iqra, bacalah! tentunya ada ganjarannya.

Syabas diucapkan kepada mereka yang suka buku, suka membaca. Membaca gedung ilmu!

Apa-apa pun terima kasih kerana membaca tulisan ringkas ini. Ada masa tulis lagi.

Ini sebenarnya latihan menulis…


Sampai ketemu lagi!

Ole-Ole Dari Karnival Gudang Akhir Tahun 2017 Karangkraf

Beberapa buah buku  untuk koleksi bacaanku dan bilik buku. Hari kelima, hari terakhir Karnival. Buku-buku untuk cenderahati Hari ...