Tulislah Apa-Apa
Dah lama tidak menulis, tak tahu nak tulis apa, pagi ni cuba-cuba nak tulis lagi. Tenaga semakin berkurang tetapi semangat berkobar. Nak tulis soal perasaan…perasaan siapa pula yang aku mahu tulis? Perasaan diri sendiri, sakit hati, geram, benci, meluat, dan macam-macam. Perlukah ditulis? MLM? Entahlah…tulis lainlah…apa kata tulis fasal bisnes? Bisnes apa pula yang aku mahu tulis? Nak kata jual nasi lemak, kuih muih pun tidak, ermm…apa kata tulis fasal bisnes MLM? Bagus juga tu…tapi bukanlah aku orangnya yang nak memperkatakan soal bisnes MLM ni. Nanti ramai yang meluat bila kita tulis fasal MLM ni. Kan ramai yang bertanggapan negatif bila cakap bisnes melalui MLM ni. Pernah tak dengar bila sebut MLM, ramai orang akan kata negatif…macam-macam mereka cakap. MLM?...eeiii…tak naklah…kena cari orang, pergi meting…kena bercakap…takutlah…bencilah…meluatlah…untungkan orang atas sahaja. Kita yang kerja keras, orang atas pula yang kaya raya? Hah! Kan…macam-macam tangg...