Posts

Showing posts with the label Luahan Hatiku

Membaca Di Manapun

Image
Saat bercuti bukan bermakna membaca pun ikut bercuti,  membacalah selagi ruang untuk membaca masih ada.  Semua itu terpulang pada diri sendiri.Orang yang suka membaca tidak pernah menghiraukan di mana pun tempatnya.

Bila Usia 44 Tahun Menjengah

Image
  1) Syukur kepada Allah SWT dengan kasih sayang dan rahmat-Nya masih bisa bernafas dan mengharungi hidup ini. Terima kasih Tuhan Yang Maha Baik! 2) Ibu bapa, nsan yang sangat berjasa dalam hidup. Tanpa keduanya, tanpa cinta dan kasih sayang mereka mungkin aku tidak lahir ke dunia. Sekalung doa buat buat kedua ibu bapaku. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa mereka berdua, dalam lindungan Allah SWT selalu. DI lanjutkan usia, diberi kesihatan yang baik dan ketenangan dalam hidup dalam meniti usia yang berbaki...Aamiin Ya Rabb!!! 3) Insan yang tersayang isteri dan anak-anak. Merekalah penghibur hati.Susah senang dalam mengharungi dunia kehidupan. Ada manis, ada pahit, sedih, gembira...itulah warna-warnai kehidupan yang kita lalu...pada akhirnya hanya distinasi yang kekal adalah Negara Abadi, nun di sana.Terima kasih Isteri(kekasih hatiku  Mashitah Ibrahim  ) dan anak-anakku. 4) Jumaat berkat, moga usiaku juga diberkati dan dirahmati Ilahi.Hidup dalam rahmat...

Menulis Bersemangat

Image
Menulis itu kadang-kadang bersemangat,  kadang-kadang lambat sangat...alahai...

Sedarlah

Image
Sedar-sedarlah kita, tempat yang kita tumpangi ini hanya sebentar  dan sementara. Ada lagi tempat yang kekal abadi untuk kita tumpangi.

Ke Segenap Penjuru

Image
Berjalanlah ke segenap penjuru dunia, kamu akan tahu apa di situ.  Maka bertebaranlah kamu di mana-mana yang kamu mahu.

Yang Pasti

Image
Jangan bohongi dirimu dengan sesuatu yang tidak pasti, percayailah yang pasti itu akan memberikan kau kebahagian dan yang pasti itu juga akan memberi kecelakaan. Pilihlah kebenaraan, nescaya yang pasti memberi kejayaan. Jika kebatilan pilihanya, yang pasti kecelakaan menunggu di sana. Percayalah YANG PASTI ITU PASTI!.

Selagi Terdaya

Image
Sebenarnya jika mahu ditulis tentang kehidupan ini memang terlalu banyak. Ada suka, ada duka, ada gembira, ada tenang bahagia, ada ujian...dan bermacam-macam lagi. Namun, itu menuntut kesungguhan untuk dinukilkan sebagai tulisan atau karya. Justeru, selagi terdaya lakukan semampunya

Hamba Yang Bersyukur

Image
Pagi yang indah dan damai, syukur Alhamdulillah masih diberi nikmat udara yang nyaman, denyut nadi masih berdenyut, mata bisa lagi menatap putih awan di langit, keindahan waktu pagi, hiruk pikuk, kenderaan bersimpang siur...indah bukan?  Nikmat  Allah SWT mana lagi yang mahu didustakan? Segala-gala milik-Nya. Sebagai insan kita wajib mensyukuri apa yang ada. Lihat pagi ini, mentari masih lagi mahu memancarkan cahayanya.  Suri rumah masih boleh menjemur pakaian, penoreh getah tersenyum syukur hujan tidak turun pagi ini.  Dan, aku...aku bisa pulang rumah setelah habis kerja dengan bahagia, Allah...Allah...Allah, besarnya nikmat yang diberi dan dipinjamkan.  "Jangan Engkau jadikan aku, insan yang engkar, sombong, ego...maafkanlah aku andai terselinap sifat-sifat keji tersebut Ya Rabb! Ampunilah hamba-Mu ini. Jadikanlah aku hamba yang bersyukur." Aamiin Ya Rabb!!!

Januari Pergi Fabuari Datang

Image
Pantasnya masa berlalu, Januari meninggalkan tempatnya, kini febuari mengambil tempat untuk memberi ruang kepada insan terus melalui hari-harinya. Segala yang lepas sudah berlalu, ia takkan terulang lagi.  Hanya boleh diperbaiki yang terkurang, dipertingkatkan dan terus istiqamah. Hari ini, bulan baru, berjanji dan berikrar pada diri sendiri agar kehidupan terus diberkati dan diredhai Ilahi.  Segenap penjuru perjalana hidup ini, moga terus dipandu dan disuluhi oleh cahaya kebenaran sehingga nafas terakhir. Susah senang, tenang bahagia mengharap pada Ilahi. Ia sumber kekuatan dalam kehidupan tanpanya hidup pasti terumbang-ambing, kerana insan sangat lemah perlukan kekuatan dan kebergantungan Sang Pencipta. Akulah itu, insan yang lemah... "YA Rabb! Ampunilah dosa-dosaku, pimpin dan bimbinglah aku dalam cahaya kebenaran-Mu. Hanya Kau tempat bergantungku...tiada daya dan upayaku hanya dengan bantuan dan pertolongan-Mu..." Aamiin Ya Rabb!!!