Posts

Showing posts with the label Sajak Bulan FEBUARI 2013

Sajak: Kau Insan Pilihan-Nya

Image
Asri Ibrahim Kau Insan Pilihan-Nya ( Buat Kejora Sinar Zaman Asri Ibrahim) Kau pergi meninggalkan kami kau pergi meninggalkan famili kau pergi tak akan kembali lagi kau insan pilihan-NYA. Hanya gemersik suara mu yang terdengar-dengar selalu alunan zikir munajat memuji-muji ilahi, sayu dan pilu hati kami menitis air mata tanda rindu kami pada mu duhai insan pilihan-Nya. Terimbau memori yang lalu terhias indah senyuman di bibir masih bermain-main di ruang ingatan kami. sungguh, insan istimewa seperti mu sukar dicari ganti. Duhai jiwa-jiwa seni Ingatlah semua ini Janji-janji ilahi, Yang pergi tetap pergi. Kaulah insan seni berjiwa sufi. Masshah 2013 Bilik buku Meru.

Sajak: Cukuplah Sekali

Image
Cukuplah sekali Cukuplah sekali jangan sampai dua kali kerana bicaranya tidak boleh dipercayai cukup sudah yang dulu-dulu, Jangan cuba melulu fikir-fikir dulu walau dengan kata ‘cuba dulu’ itu semua tidak perlu. Ingat pada cerita dulu selepas berpadu bersatu, bersama tapi tidak sebulu akhirnya ditendang, kecundang cukup meradang. Masshah 2013 Bilik buku Meru 15.02.2013/12:38 tengahari.

Sajak: Bila Hukum Allah Di Ketepi

Image
Bila Hukum Allah Di ketepi Bila hukum Allah diketepi macam-macam berlaku buruk tingkah laku, bencana dan tragedi semakin menjadi-jadi. Antara yang sudah terjadi ramai yang sudah menyaksi antara anak, suami dan isteri saling menderhakai rumahtangga tiada harmoni satu sama lain mementingkan diri sendiri hilang rasa cinta dan kasih sayang ini semua mesti dijauhi. Dalam sebuah Negara atau negeri pemerintah tidak kira halal dan haram semua diceburi yang penting ekonomi menjulang tinggi arak dan judi merata dan melata, amanah tidak ditunai kezaliman, tindas-menindas, korupsi dan banyak lagi semakin menjadi-jadi, tidak dipeduli rakyat menderita hilang kasih sayang, janji tinggal janji namun ditaburi di sana sini tetap tidak ditepati ini semua perlu direformasi. Dalam kehidupan bermasyarakat saling dengki mendengki, mementingkan perut sendiri yang susah diketepi tanpa dibantui yang kaya terus kaya, yang miskin terus papa ...

Sajak: Masuk Kubur

Image
Masuk Kubur Mati itu pasti dan mesti. mati mengakhiri, tamatlah riwayat kehidupan insani dimandikan dikapankan disembahyangkan dikebumikan terus masuk kubur selamanya sendiri. Masshah Bilik buku Meru 25/12/2012-selasa

Sajak: Pesanan Buat Permata Hatiku

Image
Pesanan Buat Permata Hatiku Anak-anakku, abi, umi nenek dan atuk serta semuanya, satu masa akan pergi usahlah ditangisi kerana ianya janji yang pasti barang sesaat tidak pernah memungkiri untuk kekal menuju ke negeri abadi. Masshah 2013 Tempat kerja Meru 6.02.2013/ 12:19 tengah malam.

Sajak: Degar Menikus

Image
Degar Menikus Politikus berdegar-degar berdentum-dentum bagaikan guruh, halilintar dan petir sambar menyambar, tiba-tiba rasa hilang kagum diajak debat diam tidak bersambut hilang terus menikus. Masshah 2013 Tempat kerja Meru.

Sajak: Ayuh Berubah

Image
Ayuh berubah Ayuh ganti baju lama dengan baju baharu Ayuh ganti kerajaan lama dengan kerajaan baharu Ayuh tukar PM lama dengan PM baharu        Ayuh tukar undang-undang lapuk dengan undang-undang kukuh (Undang-undangTuhan) Ayuh tukar parti lama dengan parti baharu Ayuh tukar takut dengan berani Ayuh usah ragu, usah malu...usah takut Ayuh yakin Malaysia boleh berubah Ayuh bangsa Melayu tinggalkan karat-karat fikiran khurafat, hanya keris mampu memerintah. Ayuh...Ayuh...Ayuh...! berubah untuk semua. Suara Rakyat, MERU 2012 5:30PTG, 9/3/2012. Scorpions - Wind Of Change Mp3

Sajak: Apa Sudah Jadi

Image
Apa sudah Jadi Negara ini kan’ demokrasi setiap rakyat punyai hak asasi melaungkan suara ke pelusuk negeri tanpa halangan dan hipokrasi. Rakyat ingin mendengari setiap bicara pemimpin oposisi namun setiap peluang tidak diberi semua diguna dan dikuasai bagai hak sendiri. Kekayaan Negara diboloti, untuk anak-anak dan isteri tidak ketinggalan saudara-saudari dan para kroni. Setiap inci dari projek negeri ada laba untuk hak isteri dan diri tidak kesah korupsi  semakin menjadi-jadi yang penting poket penuh sendiri. Pada setiap negeri ditaburi dan dijanji, pelbagai bantuan segera diberi ambil hati untuk undi. Apa sudah jadi dengan Negara ini pemimpinya bersifat keji, mementingkan diri dan tidak pernah mahu bermuhasabah diri kini sudah tidak dihargai itu pun masih tidak sedar diri. Masshah 2013 Tempat kerja Meru 14.02.2013.

Sajak: Indahnya Ulamak Perintah Negeri

Image
Indahnya Ulamak Perintah Negeri Alangkah indahnya bila ulamak jaga negeri rakyatnya satu hati, tidak berdengki tidak kira Melayu, Cina, India, Sikh, Serani dan Benggali hidup aman harmoni tiada sengketa dan iri hati. Pada bangsa,agama dan budaya semua dijagai, masing-masing saling menghormati masing-masing saling menghayati inilah berkat khidmat ulamak perwaris nabi. Pada kebijaksanaanya mengurus negeri pentadbiran diolah dengan saksama dan bistari agama Islam dijulang tinggi serta dihormati raja memayungi, ekonomi tiada monopoli baik nepotisme, korupsi dan kroni dijauhi sama sekali. kehidupan sederhana menjadi contoh dan dikagumi ingin bertemunya tiada birokrasi rumahnya sederhana tidak berpagar ilmunya menerangi setiap pelusuk negeri. Demi iman dan taqwa perjuangan suci, tiada galang ganti biarpun dicela dan dikeji oleh setiap musuh yang anti namun hanya Tuhan tempat pengaduan yang lebih mengerti. Begitul...

Sajak: Ingatlah Lubang Kubur

Image
Ingatlah Lubang Kubur Pada tubuh yang kian uzur ingatlah selalu lubang kubur ia memangil-manggil tidak pernah jemu setiap saat dan waktu. Pada diri yang takbur ingatlah selalu lubang kubur buang sikap ego dan angkuh sebelum jasad terkubur. Pada setiap kata yang ditutur ingatlah selalu lubang kubur jangan memungkiri bila janji ditaburi. Maka sering-seringlah ingat selalu lubang kubur itulah laluan pasti terang, gelap atau pun kabur yang pasti masuk lubang kubur. Masshah 2013 Bilik buku Meru 15.02.2013/12:12 tengahari.