Posts

Showing posts with the label Sajak Bulan MAC 2014

Sajak: Harapan

Image
Harapan ( Untuk bapa yang sedang sakit...agar cepat sembuh ) Sakit itu ujian keimanan sabar serta redha  berserah pada Tuhan mohon ampunan menadah tangan moga sembuh diberi kesihatan  dan kesejahteraan yakin sepenuh jiwa itulah harapan. Masshah2014 5032014 Meru.

Sajak: Kau Mahu Bunuh Mereka

Image
Kau Mahu Bunuh Mereka ( ...buat 529 Ikhwanul Muslimin yang bakal dihukum bunuh(digantung)... ) Kau tak punya jiwa nurani kau mewarisi sikap  firaun keji kau tak kenal erti sebuah kematian kau insan zalim berjiwakan saitan. Kau mahu bunuh mereka yang jiwanya merdeka kau mahu bunuh mereka yang beriman bertaqwa kau gila segila-gilanya persis maha firaun kau hilang arah askar kau kerah juga mahkamah. Kau mahu bunuh mereka ikhwanul muslimin doa-doa kerabat mereka sedang diamin, kau mahu bunuh mereka tanpa belas kasih kerna kau lupa pada yang Maha Pengasih. Kau mahu bunuh mereka kau lupa seantero buana sedang menyaksi kau si kejam laknat jeneral al-sisi menanti pasti kau pasti mati. Masshah 2014 27032014 Meru.