Puisi Panjang Dari Pak Agi

Pak Agi masih terus menerus berkongsi dengan apa yang beliau kongsikan di Muka Bukunya kepada ku. Beliau menghantar mesej ini sekitar jam 4.36 petang. Aku membukanya agak lewat ketika itu. Seingat aku hari itu aku kerja shif sebelah pagi. Bila Pak Agi menghantar mesej padaku, aku rasa gembira, kerana masih tidak pernah lupa padaku. Sebagai peminatnya aku sangat menghargainya. Siapa yang tidak gembira bila seorang penyair mengirimkan pelbagai kisah dan cerita dikongsi bersama peminatanya. Syukur! Terima kasih Pak Agi, setiap mesej yang kau hantar pasti ada kebaikan yang aku perlu fikirkan. Untuk hari ini (10/9/2017), Pak Agi mengirimkan kepadaku sebuah puisi panjang berkaitan kecintaannya kepada Tanah Air Malaysia sebagai kampong halaman yang sangat di cintainnya. Penyair seorang yang sangat sayangkan negaranya dan bersifat petriotik. Nah! Sama-sama nikmati dan hayati puisi panjang beliau ini. PUISI TAHUN 1966 INI KUKARANG SEMASA BERUMUR 23 TAHUN.INILAH ...