MENULIS SELAGI MASIH ADA HAYAT

Saturday, July 6, 2019

Cerita Dua Minggu Lepas


Imej mungkin mengandungi: 1 orangImej mungkin mengandungi: 1 orang

Imej mungkin mengandungi: makananTiada penerangan foto disediakan.

Tiada penerangan foto disediakan.

Semalam punya ceritalah,balik beraya di Ijok terus ke Aeon Bukit Rajah,Klang.Ronda-ronda sekejap, singgah Kedai Buku Popular.
Sebab masa tak banyak,tak sempat sangat nak pilih buku dapatlah Dua buah buku dan majalah Gila-Gila Raya tu.Anak-anak pun dapat bahagian mereka.
1).Travelog Maaghribi-Hazamin Inteam-Terbitan Inteam Publishing

2) Cerita Abang Kadi-Imran Burhanuddin-Terbitan-Komrad Buku
3) Majalah Gila-Gila Edisi Super Meletop Aidilfitri
4) Tiga buah buku (Komik) untuk Dania Dan Anas, Dan sebuah buku Didi and Freiinds untuk Huzaifah.

Friday, July 5, 2019

Buku: Ideologi Sebuah Memoir






Buku: Ideologi Sebuah Memoir
Tulisan: Zin Mahmud
Terbitan: Republik Buku
Muka Surat: 121 Muka Surat
Cetakan Pertama: Mac 2019

Membaca buku ini terasa indahnya,merasai dan menikmati kehidupan seorang yang berjiwa kental dan bersemangat dengan buku dan ilmu.Semuda umur 12 tahun sudah punyai pemikiran kiri(sosialisme) yang membentuk minda pemikirannya.

Ya…benarlah kata-kata ini;

“Kamu adalah apa yang kamu baca”

Penulis seorang yang gigih mencari ilmu dengan membaca buku-buku yang diminati,terutamnya berkaitan dengan perjuangan sosialisme.

Melalui buku-buku yang dibaca, penulis merakamkan dan mengongsi apa yang  beliau dapati dari hasil pembacaanya.

Biarpun, sosialisme ini terdiri daripada beberapa bentuk pemikiran, namun penulis mengakui bahawa beliau lebih memilih sosialisme yang berbentuk kedamain,aman dan bukan kekerasan.

Apa yang aku dapati dari buku ini, sebahagian yang menurut pemahaman aku, penulis seorang yang rajin seawal usia muda dalam mencari ilmu dengan membaca buku dan bersemangat gigih dalam mencari dan mengali maklumat berkaitan sosialisme.

Sehinggalah,dalam usia dewasanya menjadi wartawan dan banyak menulis didada akhbar juga majalah.Memoir ini sebahagian kehidupan yang pernah dialaminya.

Buku ini seharusnya dibaca oleh anak-anak generasi masakini,baca dan tirulah atau contohi penulisnya dalam menggali ilmu dalam satu—satu bidang yang diingini.

Kecekalan dan kegigihan!

Syabas kepada penulis ini.

Membaca Dapat llmu Dan Tuhan

Imej mungkin mengandungi: orang duduk dan dalaman

"Membaca bukan sekadar memberimu ilmu tetapi Tuhan...
Maka bacalah dengan nama Tuhan-Mu Yang Menciptakan"

Buku Peneman Dikala Kebosanan


Tiada penerangan foto disediakan.

"Kebosanan dan kesunyian pasti hilang, bila buku menjadi peneman setia.Bila sedang asyik bersamanya,bagai tak terasa pantasnya masa berlalu.Bagai tidak mahu melepaskannya."

Thursday, July 4, 2019

Sajak:: Fitnah Memusnah




Fitanah Memusnah

Fitnah ada dimana-mana
Dibawah diatas
Didepan dibelakang
Dikanan dikiri
Dalam terang
Dalam gelap
Siang dan malam.

Fitnah merata-rata
Yang terkena terseksa
Yang memfitnah ketawa
Yang sebar buat tak apa
Yang membaca senyum.

Fitnah memusnah
Hilang amanah
Tergadai maruah
Terseksa di Barzakh

Masshah 2019
Meru.

Menulislah Pedulikan Nama

"Betulah kata-kata, menulis bukan kerana nama,memang betulah tapi jika penulis tiada nama susah juga mahu maju kehadapan,tapi itu se...