Janji
Hari-hari yang dilaluinya kian hari kian kusut dan tidak bermaya,tidak tahu apa lagi yang dia mahu lakukan.Segala yang terjadi menimpa dirinya bagai tiada lagi boleh di ubah dan di perbetulkan.Seolah-olahnya beban yang menimpa kehidupannya sekarang tidak boleh di perbaiki dan jalannya terlalu sukar dan suram untuk dia lalui sekali lagi. Segalanya musnah dan hancur sekelip mata.Segala keindahan dan kehebatannya selama ini hilang dan jauh hilang entah ke mana.Apa salah dan dosanya hingga begitu malang nasib hidupnya kini.Segala-galanya hilang musnah bagai di tiup badai. Satu persatu dia cuba mencari-cari apa kesilapan dan kehilafan yang dia pernah lakukan sebelum ini,namun jiwanya yang kian lesu seolah-olah sudah tidak mampu mahu mengingatinya semua...Namun dalam detik hatinya yang kian suram dan lusuh itu,ada rasa hening bila dia bertanya hatinya...di mana Tuhan selama ini aku letakkan?.Tiba-tiba detik hatinya terasa sesuatu yang menyelinap...Tuhan..ya Tuhan..itu...