MENULIS SELAGI MASIH ADA HAYAT

Thursday, February 20, 2014

Sajak: Perpaduan Impian


Perpaduan Impian

Indahnya perpaduan
jika benar olahan
merujuk pada kebenaran
pada nurani insan
kesetian jua kejujuran.

suci terpatri dalam
setiap persamaan ikatan
walau apa ribut gelisah
resah melanda keamanan
kembali pada satu kebenaran
bertunjang keimanan.

Biar bersipongang
sepanjang zaman
perpaduan indah milik
bersama satu impian
walau sekadar retorik
bicara dan bunyi keriuahan.

berdentum dentum
sekadar omong-omongan,
yakinlah suatu masa
keikhlasan perpaduan
jika benar nubari insan
bertunjang kejujuran.

Masshah 2014
19022014
Meru.

Sajak: Hentikanlah Fitnah Itu


Hentikanlah Fitnah Itu

Cukuplah sudah fitnah yang membarah
kerana ia membangkitkan resah amarah
saling sering bertikam lidah tidak sudah
membikin gawat  hidup hati gelisah resah.

Hentikanlah pertikaman lidah bawa padah
fikiran kacau buntu membuat hidup susah
kerna gelisah fitnah memfitnah aib terdedah
segera hentikanlah sebelum segalanya musnah.

Adat perlawanan ada menang ada kalah
majoriti kurang itu petanda orang marah
banyak sangat skandal seleweng harta serta rasuah
jangan ingat itu semua orang tidak ambil kesah.

Sedar-sedarlah mereka yang sedang memerintah
jangan diikuti nafsu amarah membawa punah ranah
segeralah beringat kerna bumi sudah berasa marah
cukup sudah derita rakyat mengalah serta beralah.

Masshah 2014
18022014
Meru.

Sunday, February 16, 2014

Sajak: Tentang Bangsaku



Tentang Bangsaku

Bangsaku melayu marilah bersatu
dibawah panji-panji Islam yang satu
hindari benci membenci elakkan seteru
baharulah hidup harmoni perpaduan jitu.

Bersatulah wahai bangsaku melayu
hubungkan kasih sayang saling tolong bantu
lupakan sengketa bermasam muka biarkan berlalu
kelak nanti dipandang tinggi, jika mahu.

Bersatu dan berpadu menuju ke mercu
pasti gemilang, terbilang, cemerlang bangsaku
bangsaku melayu punyai jati diri padu
kerna agama tunjang tonggak mesti berpadu.

Bangsaku melayu mestilah bergerak laju
punyai minda pemikiran kelas satu
akrabkan tekad bersatu berpandu ilmu
itulah bangsaku bangsa penyatu.

Masshah 2014
15022014
Meru.

Saturday, February 15, 2014

Sajak: Kasih Sayang Anugerah



Kasih Sayang Anugerah

Kasih sayang itu suci
kasih sayang itu murni
kasih sayang itu sejati
kasih sayang itu anugerah Ilahi.

Jangan sesekali kasih sayang itu dicemari
kerna ia milik insan punyai hati nurani
cinta abadi cinta sejati sewangi kasih Rabbul Izati
hanya milik pribadi mulia insani.

Ia tidak bisa ditawar dijual beli
sekalipun dengan timbang harga tinggi
sesama insan bersatu hati
bukan hanya slogan tetapi diingati.

Kasih sayang cinta hari-hari bukan sekali-sekali
jua bukan bermusim cuma di bulan febuari
ia bukan ikut-ikutan tetapi lahir dari fitrah diri
demikianlah kasih sayang penting tak terperi.

Masshah 2014
12022014
Meru.

Thursday, February 13, 2014

Sajak: Selangorku Negeriku








Selangorku Negeriku

Selangorku kini selangorku sensasi
negeri terkaya sangat diidami
bukan yang dahulu tapi yang terkini
penuh harmoni sangat didambai.

Melayu, india, cina serta benggali
sungguh harmoni bersatu hati
demi pertahan keamanan dijagai
nyahkan kelompok sakit hati pendengki.

Semua kaum dapat merasai
setiap inci hasil bumi sama dikongsi
punyai mb bijak urus negeri penuh bistari
terkunci bisu kelompok sakit hati.

Dari utara hingga ke selatan sudah diakui
selangorku kini penuh harmoni
walau sesekali bergelora seolah runtuh negeri
syukur semua itu dapat ditangani.

Memanglah ini negeri melayu mewarisi
jangan pula bangsa lain dilupai
saling hormat menghormati mempercayai
bukankah termaktub dalam perlembangaan negeri.

Bersatu hati membangun jati diri
agar terbina budi akhlak pribadi
negeri pasti diberkati Ilahi
agama sebati dijunjung dijulangi.

Itulah secoret seloka tentang negeriku
Selangorku kini negeriku.

Masshah 2014
13022014
Meru.

Wednesday, February 12, 2014

Sajak: Orang Itu



Orang Itu

Cukuplah sudah bicara nakal itu
tidakah belum puas selama bertakhta
disinggahsana kuasa sementara
menempa nama sejarah riwayat hidup
diagung-agungkan wira adijagat
mujahid dan entah apa lagi pujian melambong tinggi.

Tidak cukupkah fitnah konspirasi bersemarak keji
hingga terperosok ke jeriji besi teman akrab
dihenyak dihina dibogel dimalukan seantero dunia
itupun masih tak merasa apa-apa lagi
dihujung senja usia, lagi berbicara kosong bohong
sedikit keinsafan belum terlihat terjelma.

Apakah tidak cukup lagi apa yang dicari
belum lagikah kukuh empayar yang dimahu
atau apakah keinginan kembali bertakhta bersemayam
bicara nakal terus-terusan dihambur sesuka hati
tanpa ada bersalah rasa, sesal atau insaf
apa takdir hidupnya demikian begitu

Sedang teman akrab sudah bisa memaafkan
yang sudah-sudahlah tidak mengapa
itu tanda tulusnya hati biar dicerca dihina
namun jiwa besar pejuang sedia memaafkan
lalu kecewa hampa berputik dijiwa lagi
kerna melihat orang itu masih tidak bisa
menyimpan amarah kesumat dendam benci
yang amat mendalam ke lubuk hati keji itu.

Apakah mungkinkah episod ini berterusan
selagi nyawanya masih panjang berjela
itukah suratan takdir akhir kehidupannya
atau apakah masih ada lorong bercahaya
agar kehidupannya beroleh taufik hidayah-NYA.

Masshah 2014
13022014
Meru.

Sajak: Janji Kita

     


Janji Kita

Janji kita janji peduli
Janji setia satu hati
Janji-janji ditepati
Janji-janji tak dimungkiri

Janji kita janji ditunai
Bukan janji kosong tak berisi
Janji amanah janji suci
Bukan janji semata mahu undi

Janji kita janji yang pasti
Bukan janji lama ditunggui
Janji sekali terus bagi
Bukan janji-janji basi

Janji kita janji ditepati
Bukan janji sama kroni
Janji semua rasa merasai
Janji saling punya mempunyai

Janji kita janji murni
Setulus hati seindah mimpi
Janji dari otak bistari
janji kita diizin oleh Ilahi.

Masshah 2014
12022014
Meru.

Monday, February 10, 2014

Sajak: Koreksi Diri


Koreksi Diri
(Menjelang umur 40tahun...)

Januari pergi febuari menjelang lagi
begitulah setiap yang mula akan diakhiri
insan di dunia begitulah jua
ada terus pergi tidak kembali
ke negeri abadi janji Ilahi
perbanyakanlah muhasabah koreksi diri.

Pada usia yang semakin tinggi
usah dilupai setiap detik waktu dilalui
setiap langkah setapak walau seinci
kelak pasti akan dituntut ditanyai
untung rugi nasib diri di barzah menanti
baik buruk bakal ditimbang diadili pasti ,
mahsyar menunggui.

Begitulah hidup pasti ketemui mati bukan mimpi
angan-angan segunung tinggi hidup lama lagi
itu hanya nostalgia mimpi ngeri
cukuplah apa yang dimilki
janji bahagia diri hidup harmoni
tidak menyakiti, dengki mendengki irihati
takbur, sombong serta busuk hati
itu semua penghalang menuju firdausi.

Pada insan  punyai visi
dalam mengharug kehidupan ini
penuhilah poket saksi pasti
agar persoalan demi persoalan akan dijawapi
kelak akan nanti tidak menyesali
kerna janji-janji Ilahi mesti
begitulah bahgaianya diri
seandainya janji-janji dilafazi
pada setiap bicara iftitah ditunai.

Masshah 2014
10022014
Meru.






Sunday, February 9, 2014

Sajak: Kajang Sudah Realiti



Kajang Sudah Realiti

Suara-suara murah
bawa padah serta amarah
berdesing-desing fitnah membarah
desas desus Kajang terajang ditelanjang
aduh...mereka tidak pernah sedar mahu terus edan
enggan insaf diri nyata tidak muhasabah
terus ego, melulu serta angkuh.

Mana punyai harga diri
mana punyai jiwa berani
mana punyai setia janji
mana punyai kredibiliti.

Kajang mahu diguna pribadi
kempen basi tak punya isi
nyata dengki masih menyelubungi
kuasa angkuh minoriti tak sedar lagi
dipunggah kekayaan hanya segelintir rakyat punyai
itu pun masih tidak mahu menginsafi
diperguna hak awam sesuka hati
untuk kempen tipu sana sini
seluruh dipasak janji-janji konon ditepati
hanya hati pengundi Kajang bijak bistari mengerti.

Kajang permulaan henti politik keji
seputar fitnah pernah diperguna tak lali
cukuplah  janji-janji kosong menteri
gula-gula untuk pelali pengundi
kerna semua itu tak diperlui
bukan itu semua disukai
politik janji keji mengeji caci maki
hak pribadi cukup sudah diungkiti
ingatlah sedari diri kelak dimurkai
janji-janji Ilahi usah dilupai.

Kajang bukan lagi mimpi
kini memang sudah realiti
kajang hak pengundi
kini terserah hak punya diri.

Masshah 2014
10022014
Meru.

Sajak: Bantah Terus Bantah



Bantah Terus Bantah

Bantah terus bantah
jangan mereka anggap kita masih mentah
tidak punya harga diri dan maruah
jangan kita disangka tidak amarah
bila janji mereka tidak amanah.

Bantah terus bantah
jangan sesekali undur walau selangkah
biar ada agamawan kata kita ‘bughah’
panas dan hujan sekalipun kita sanggup redah
kerana kita tahu perjuangan ini benar tidak salah.

Bantah terus bantah
kita pertahankan tanahair ini jangan sampai punah ranah
dek’ kerana janji tidak ditepati harapan hancur musnah
tamak dan haloba bermaharajalela hingga harga tidak murah
walaupun hidup dikata bumi bertuah tapi masih ramai rakyat susah.

Bantah terus bantah
usah dikesah penguasa hilang arah
rasa diri susah resah dan gelisah
akibat tidak amanah dan banyak rasuah
masuk ke perut bumi akhirnya juga ditimbus tanah.

Masshah 2014
Bilik Buku
Sabtu
4/01/2014-11.01.2014
Meru.

Friday, February 7, 2014

Buku Sastera: Kontal Kantil- Karya-karya Terpilih Ismas Saring

TERHANGAT DIPASARAN






Miliki Sekarang: Hanya RM25.00 Sem.Malaysia/ RM30 Sabah/Sarawak. Terbitan ITBM-PENA

Karya-karya terpilih Ismas Saring ini mengandungi penulisan keratif beliau sepanjang menjadi penulis, sekarang pun beliau penulis. Orang lama yang tidak 'punya apa-apa', sebenarnya 'punya apa-apa', kaya dengan pengalaman hidup. 

Buku ini sepenuhnya merupakan catatan kehidupan beliau dari dulu hingga sekarang. Dihiasi gambar-gambar yang penuh nostalgia, walaupun hitam putih, namun buku ini tetap menawan. Buku ini sedang diperkatakan dan dibicarakan oleh para peminat sastera tanahair.

Kepada para peminat penulisan keratif, seharusnya miliki buku ini, Ia merupakan khazanah yang bakal menjadi rujukan sekarang dan pada masa akan datang. Ada puisi, cerpen dan manuskrip drama yang sungguh popular pada masa lalu.

Apa lagi, milliki sekarang di gedung-gedung buku yang berdekatan dengan anda.