MENULIS SELAGI MASIH ADA HAYAT

Thursday, February 20, 2014

Sajak: Hentikanlah Fitnah Itu


Hentikanlah Fitnah Itu

Cukuplah sudah fitnah yang membarah
kerana ia membangkitkan resah amarah
saling sering bertikam lidah tidak sudah
membikin gawat  hidup hati gelisah resah.

Hentikanlah pertikaman lidah bawa padah
fikiran kacau buntu membuat hidup susah
kerna gelisah fitnah memfitnah aib terdedah
segera hentikanlah sebelum segalanya musnah.

Adat perlawanan ada menang ada kalah
majoriti kurang itu petanda orang marah
banyak sangat skandal seleweng harta serta rasuah
jangan ingat itu semua orang tidak ambil kesah.

Sedar-sedarlah mereka yang sedang memerintah
jangan diikuti nafsu amarah membawa punah ranah
segeralah beringat kerna bumi sudah berasa marah
cukup sudah derita rakyat mengalah serta beralah.

Masshah 2014
18022014
Meru.

2 comments:

  1. Cantik susunan rima belakangnya. Perutusan sajaknya juga bernas.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih, sudi membacanya cikgu;)

    ReplyDelete

Jangan Berhenti Membaca