MENULIS SELAGI MASIH ADA HAYAT

Monday, February 15, 2016

Program Dailog Dan Pelancaran Album Mathnawi Rumi






Kami dengan segala hormatnya menjemput Tuan/Puan ke Dialog & Pelancaran Album Mathnawi Rumi Nyanyian Kopratasa yang akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 16 Februari 2016 (Selasa)
Masa: 9:00 pagi
Lokasi: Institut Integriti Malaysia. Persiaran Tuanku Syed Sirajudin, Off Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur

Tetamu kehormat: Y.B. Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Dato’ Dasuki (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri)

Panel dialog:
- Dato’ M. Nasir (Pengarah Urusan Luncai Emas Sdn. Bhd.)
- Encik Mohd Nizam Mohd Ali (Institut Integriti Malaysia)
- Dr. Suzana Suhailawaty Md Sidek (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia)

Album Mathnawi Rumi ini dihasilkan berdasarkan puisi daripada karya agung Mathnawi Jalaluddin Rumi (terjemahan oleh Profesor Dr. Sayyid Ajmal Al-Aidrus) terbitan ITBM. Kumpulan Kopratasa telah menghasilkan lima (5) buah lagu yang dimuatkan dalam album khas terbitan bersama ITBM dan Luncai Emas ini.

Untuk pertanyaan lanjut, Tuan/Puan boleh menghubungi Norzaiti Abdul Talib di talian 019-390 6349, e-mel: norzaiti@itbm.com.my atau Sarima Sharif di talian 019-225 3879, e-mel sarima@itbm.com.my.


Teks Asal sumber dari: ITBM 

Sunday, February 14, 2016

Mahu Yang Haq



Mahu yang haq atau pun yang batil itu merupakan pilihan akal waras yang ditunjangi iman...iman pasti mahu yang haq."

Masshah
2016

Saturday, February 13, 2016

Timbun Dan Kumpul



"Timbun dan kumpullah apa yang ada di pelusok dan penjuru bumi ini, jika ianya dapat menempatkan kita di tempat yang aman di sana."

Masshah
2016

Monday, February 8, 2016

Sajak: Sudahlah Hentikanlah






Sudahlah Hentikanlah

Ahli agama bertelingkah khilaf sesama mereka
yang khilaf dipanjang-panjangkan di bida’ahkan
siapa lebih wahabi siapa lebih alul sunnah waljamaah
perbezaan sedikit menjadi rumit bertelingkah
cabar mencabar menjadi lumrah...murah
siapa menang siapa kalah benarkah…benar.

Apa salahnya duduk semeja berjiwa besar
kurangkan berdegar-degar banyakkan sabar
tenangkan jiwa manfaatkan perbezaan
bukankah perbezaan itu satu rahmat
bukankah itu sunnah yang utama
perlu apa lagi kalian bertelingkah tak sudah.


Cukup-cukuplah agamawan budiman
muhasabah diri itu lebih diutamakan
hentikan cabar mencabar kalah menang
itu bukan ukurannya kebenaran yang diperjuang
ummah lagi sedang berkecamuk
pelbagai onar tentera dajjal mula berkeliaran
kalian lagi bertempik terlolong
bida’ah membida’ahkan.

Aduh…sudah-sudahlah
hentikanlah leraikanlah
ummah sudah cukup menderita
sambut salam kasih sayang sesama
kita satukan dibawah payung Ilahi
quran dan sunnah panduan sejahtera.

Masshah
07012016
Meru.

Sunday, February 7, 2016

Sajak: Kita-Kita Mereka-Mereka




Kita-Kita Mereka-Mereka

Kita boleh tulis apa-apa sahaja
kita boleh bicara apa-apa sahaja
namun harus kita siap siaga waspada
kerana di belakang kita ada mata-mata.

Mencari-cari kesalahan kita
mencuri-curi bicara cerita kita
mereka tidak senang dengan cara kita
mereka tidak suka pendirian kita.

Kerana kita bukan lembu yang setia
kerana kita punya mata yang cerah
kerana kita punya minda fikir yang nyata
kerana kita adalah kita punya prinsip
beranilah mereka kerana dibayar untuk mengintip.

Salahkah kita membenci kedurjanaan
salahkah kita membongkar kebejatan
salahkah kita mentertawa kebodohan
salahkah kita mengnyahkan kepandiran
salahkah kita mengoyak rabak kezaliman.

Bukankah itu untuk keamanan mereka
bukankah itu untuk kesenangan mereka
bukankah itu untuk kebahagian mereka
bukankah itu untuk ketenteraman mereka
bukankah itu untuk cahaya menerangi mereka.

Biarlah mereka dengan kerjayanya
kita terus sahaja menulis apa adanya
kerana kita juga punya hak sepertinya
selagi tidak melanggar undang-undangNya
kita terus akan menulis dan berbicara seadanya
kita-kita mereka-mereka pedulikannya.

Masshah
07022016
Meru.


Saturday, February 6, 2016

Sajak: Berpekik Terlolonglah



Berpekik Terlolonglah

Berpekik terlolonglah
keseantero benua mana
telanjangkanlah kedurjanaanya
takkan diendahkan itu semua
tetap gagah dipuncak kuasa
bagai tiada apa-apa
bagai bersih murni suci
bagai fitrah dilahirkannya semula.

Berpekik terlolonglah
semua itu semakinkan kebal
diterajang dan ditunjal kebobrokannya
semakin berbisa cengkaman
angkuh menyelimuti tiada peduli
menyakitkan menyesakkan
semakin derita terbeban
sedikit pun tiada perubahan.

Berpekik terlolonglah
merayu meronta minta dipeduli
secebis simpati pun tiada
nalurinya keji menunjangi
apa dipeduli dibawahnya
janji kuasa terus dimiliki
pusaka negara dihakmilik sendiri.

Masshah
07012016
Meru.

Friday, February 5, 2016

Ruangan Sastera Di Akhbar





Keratan akhbar ruangan sastera dan sanggar keratif  dari akhbar  Berita Harian dan Berita Minggu yang dikumpul.


Satu ketika dulu, memang aku sangat anti dengan akhbar arus perdana, tahu-tahu sendirilah akhbar yang mana satu. Oleh kerana disebabkan cara pemberitaan yang berat sebelah terutamanya berkaitan laporan berita politik dan cerita politik bagi pihak oposisi.

Mahu tengok pun meluat dan menyampah, ketika itulah. Secara pribadi, aku memang suka membaca perkembangan politik tanah air, baik dari pihak kerajaan mahu pun pihak oposisi. Itu dululah…akhirnya aku perlu akur, mahu tidak mahu, aku kena beli dan baca.

Kini, aku beli dan baca lebih kepada ruangan sastera dan perkembangannya. Walau pun aku bukan aliran sastera ketika belajar dahulu, entah mengapa jiwa ini minat dalam perihal cerita sastera. Ruangan sastera di akhbar Berita Harian (setiap hari, sabtu dan Ahad) menjadi kegemaranku.

Juga di akhbar Mingguan Malaysia, ruangan sastera dan budaya menjadi pilihan hati. Membaca karya-karya penulis dan penyair memberikan suntikan motivasi dan inspirasi buat diri ini.

Malah akhbar Sinar Harian Kini pun sudah ada ruangan sastera. Satu perkembangan yang sangat baik dan tentunya ia akan memberi ruang kepada penulis dan penyair untuk berkarya.

Bukan sekadar membacanya, malah aku akan menyimpan sisipan ruangan sastera untuk aku kumpul dan boleh dibuat rujukkan jika perlu. Satu masa nanti, mungkin boleh dibaca dan menjadi bahan rujukkan anak-anak aku. Sekurang-kurangnya, tidaklah terbuang bahan-bahan yang bermanfaat itu.

Harapan aku, semoga ruangan-ruangan sastera di akhbar-akhbar akan terus dikekalkan sampai bila-bila dan jika boleh ada pertambahan muka surat. 

Thursday, February 4, 2016

Perkampungan Penulis 2016M





FORUM: ISU TERKINI DUNIA PENERBITAN

Panelis 1: Tuan Arief Hakim Sani, Timbalan Presiden MABOPA (Malaysian Book Publishers Association).

Panelis 2: Puan Sri Diah Shaharudin, Pengurus Besar Editorial Grup Buku Karangkraf.

Bukan calang-calang orang mereka ini. Sarat dengan pengalaman dan pengetahuan terkini tentang industri.

Maka beruntunglah siapa yang hadir nanti!

Ayuh mendaftar di

http://bit.ly/perkampunganpenulis     

Takziah Dan Al-Fatihah Buat Almarhum Zailiani Taslim


Kita kehilangan lagi sebutir mutiara dalam dunia penulisan sastera tanah air, seorang penulis yang berasal dari Meru, Klang dan sekian lamanya tinggal di Negeri Trengganu Darul Iman. Semalam dikhabarkan Almarhum telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital. Jenazahnya akan dikebumikan pada pagi ini di Ajil, Trengganu.

Al-Fatihah buat Almarhum Cikgu Zailiani Bin Taslim, semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkan Almarhum dikalangan mereka yang beriman dan mutaqqin

Dan Takziah buat seluruh ahli keluarga Almarhum, agar bersabar dan tabah dengan ujian
yang diberi ini.

Aamiin Ya Rabb!




Almarhum Cikgu Zailiani Taslim


Sebahagian buku-buku karya Almarhum



Gambar-gambar sumber dari: Mukabuku Zailiani Taslim

Wednesday, February 3, 2016

Semuanya Tidak Abadi




"Apa yang kita miliki semuanya tidak abadi, 
ia akan hancur musnah kecuali iman dan taqwa bekalan 
yang bakal berhadapan dengan Yang Maha Kekal."

Masshah
Meru.

Tuesday, February 2, 2016

Takziah Buat Penyair Puzi Hadi

Secara pribadi aku mengucapkan takziah buat Penyair Puzi Hadi yang kematian isteri beliau Almarhumah Puan Zaidah Sharif, Almarhumah telah menghembuskan nafas terakhir pada 3.45 petang semalam. Jenazah juga telah selamat dikebumikan di  tanah Perkuburan Taman Uda selepas isyak.

Semoga Almarhumah di tempatkan dikalangan hamba-hambanya yang beriman dan mutaqqin. Juga diharapkan agar Tuan Puzi Hadi serta keluarga bersabar dan tabah dalam ujian ini.

Aamiin Ya Rabb!





Penyair Tuan Puzi Hadi

MALAM BACA PUISI PENA FEBUARI 2016




Sumber: FB PENA

Monday, February 1, 2016

Pangkat Dan Darjat Bukan Jaminan

Sekadar gambar hiasan dari 'Google Image'

"Tinggi atau pun rendah pangkat 
dan darjat seeorang itu, belum tentu menjamin kebahgaian di akhirat sana."

Masshah
Meru.

Ole-Ole Dari Karnival Gudang Akhir Tahun 2017 Karangkraf

Beberapa buah buku  untuk koleksi bacaanku dan bilik buku. Hari kelima, hari terakhir Karnival. Buku-buku untuk cenderahati Hari ...