Sajak: Kita-Kita Mereka-Mereka




Kita-Kita Mereka-Mereka

Kita boleh tulis apa-apa sahaja
kita boleh bicara apa-apa sahaja
namun harus kita siap siaga waspada
kerana di belakang kita ada mata-mata.

Mencari-cari kesalahan kita
mencuri-curi bicara cerita kita
mereka tidak senang dengan cara kita
mereka tidak suka pendirian kita.

Kerana kita bukan lembu yang setia
kerana kita punya mata yang cerah
kerana kita punya minda fikir yang nyata
kerana kita adalah kita punya prinsip
beranilah mereka kerana dibayar untuk mengintip.

Salahkah kita membenci kedurjanaan
salahkah kita membongkar kebejatan
salahkah kita mentertawa kebodohan
salahkah kita mengnyahkan kepandiran
salahkah kita mengoyak rabak kezaliman.

Bukankah itu untuk keamanan mereka
bukankah itu untuk kesenangan mereka
bukankah itu untuk kebahagian mereka
bukankah itu untuk ketenteraman mereka
bukankah itu untuk cahaya menerangi mereka.

Biarlah mereka dengan kerjayanya
kita terus sahaja menulis apa adanya
kerana kita juga punya hak sepertinya
selagi tidak melanggar undang-undangNya
kita terus akan menulis dan berbicara seadanya
kita-kita mereka-mereka pedulikannya.

Masshah
07022016
Meru.


Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi