Cuti-Cuti Malaysia
Dari Meru: Bertolak bercuti ke Homestay Hj Dorani...mencari kelainan...singgah kedai endon...cari lauk untuk makan nanti.Nasi Umi dah masak di rumah tadi. Skrg nak bertolak...bismillah... 3:15 petang Kami sampai di Inap Bondang, homestay yang terletak ditengah-tengag sawah, tapi padi sudah dituai hanya pemandangan kosong, kelihatan burung-burung putih berkaki panjang sedang berehat-rehat kelihatan dari jauh. Aku ambil beberapa gambar di sekitar kawasan homestay. Menarik juga sesekali bercuti ditempat macam ni. Memang seronok. Cuaca sangat panas...anak-anak kelihatan gembira. Oh ya, sampai sahaja, adik ipar sudah sampai. Dia bersama keluarganya lebih awal. Kami memang sudah berjanji untuk bercuti bersama. Tujuan utamanya untuk servey tempat family day yang akan diadakan pada bulan 12 nanti. Bagi aku sangat sesuilah untuk program itu nanti. Aku ke bahagian belakang untuk meninjau. Tetdapat kolam ikan keli. 2 anak abg ipar sedang berkubang untuk menangkap ikan ke...