Posts

Showing posts with the label Monolog Hati

Teruskan Momentum Menulis

Image
Sungguh aku sangat gembira tatkala melihat kau makin ghairah menulis. Setiap hari aku lihat kau menulis dengan memanfaatkan perisian di telefon bimbitmu. Aku lihat kau sudah tidak ada masalah untuk menulis di mana-mana. Sungguh, sesungguh-sungguhnya aku amat gembira! Meskipun begitu, aku harap momentum dirimu terus menerus hangat untuk terus menulis. Bagiku jangan dikesah sangat tentang khalayak. Pasti hatimu terdetik, apakah yang kau tulis orang baca atau tidak, usah dilayan perasaan-perasaan itu. Kau teruslah menulis. Aku yakin jika kau terus menulis kau akan melupakan itu semua. Orang baca atau tidak itu perkara kedua, yang penting kau mesti menulis. Ya...menulis perkara utama. Selagi tiada gangguan untuk kau tidak menulis kau wajib terus menulis. Kau kata kau mahu menerbitkan buku hasil dari tulisan-tulisanmu nanti. Jadi usahlah kau berhenti menulis. Aku percaya dan yakin, seandainya kau konsisten dengan apa sahaja penulisan yang kau tukangi, aku pasti buku p...

Mulakanlah Menulis

Image
Mengapa kau tidak terus menulis? Menulislah, tulislah apa-apa sahaja yang terlintas difikiranmu itu. Bukankah kau bercita-cita ingin menuliskan perjalanan penulisanmu selama ini? Sampai bila kau mahu menangguh-nanguhkan kerja-kerja penulisanmu itu? Bukankah kerja-kerja menulis ini satu kerja  keabadian?. Kau pun tahu bila menulis yang baik-baik yang ada manfaatnya pasti ada imbalan terbaik dari yang Maha Pemberi. Dia tahu apa yang kau tulis, bila niat mu baik pasti bantuan akan kau terima. Teruslah menulis, masa untuk mu amat singkat sekali. Umurmu pun semakin senja, bukan makin muda belia, bila-bila, di mana-mana, Dia pasti menjemputmu. Selagi ada masa dan kesempatan yang ada manfaatkan ruang-ruang kosongmu itu dengan kerja-kerja penulisan yang tertangguh itu…ya…mulakanlah…apa lagi yang kau mahu tunggu. Membaca, kau sudah banyak sekian buku-buku yang kau baca, berpuluh buah malah ratus buku kau sudah pulun kau hadam. Takkan tiada satu pun idea, ilham yang kau pe...

Menulis Terus

Image
Hampir sebulan juga aku tak menegur kau, nampaknya kau masih tidak bermula lagi, walau pun kau sering mengemaskini blog sastera mu. Aku agak kagum juga dengan usaha kau untuk menulis aktiviti kau sepanjang Ramadan lalu. Sehari boleh dikatakan kau menulis sebuah catatan. Catatan yang kau namakan ‘Nota Ramadan’ memang kau sering tulis setiap Ramadan kunjung tiba. Kalau tidak silap aku sudah hampir empat tahun kau masih tetap mahu menulis aktiviti kau sepanjang Ramadan. Aku rasa kalau catatan tersebut itu dibukukan, rasanya sudah cukup tebal. Tahniahlah dengan semangat yang kau tunjukkan itu. Bukan senang mahu tulis satu hari satu perkongsian di dalam blog. Sementelahan pula kau punyai empat buah blog, yang mana kalau diikutkan kau perlu mengisi blog tersebut dengan bermacam perkongsian. Cuma aku lihat, kau tidak konsisten dalam mengemaskini blog tersebut. Ada yang sudah hampir dekat sebulan, tiada satu pun tulisan yang kau kongsikan dalam blog tersebut. Kau asyik tertu...

Monolog: Keselesaan Berkarya

Image
Beberapa hari yang lalu aku bebelkan tentang had umu dan tip penulisan, tentu kau setuju dengan ingatan aku itu. Harap-harap kau tidak jemu mendengar dan membaca bebelanku ini. Kalau aku lapang da nada masa, baru aku menulis kalau tidak, tunggu lama sedikit kau mahu membaca bebelanku ini. Maaf, puasa-puasa pun mahu membebel. Aku tak kesah kau mahu baca atau tidak tulisanku ini, tapi aku yakin kau mesti baca tulisanku ini. Kau kan’ mahu menjadi seorang penulis, seorang penulis mesti kuat membaca, membaca dan membaca. Ingat lagi kan pesanan A.Samad Said itu. Tak perlulah aku ulang lagi di sini, aku yakin kau sudah hafal dan cuba kau praktiskan tip itu. Kau juga sudah baca buku tulisan A. Ubaidullah Alias dalam bukunya yang bertajuk Ingin Menjadi Penulis?, dalam bab Kamar dan Komputer. Dua perkara asas ini perlu untuk seseorang penulis, nampaknya kau cuba praktiskan. Baguslah!. Sebuah Meja Tulis Aku lihat di rumah kau, kau sedikan sebuah bilik untuk kau berkarya, ...

Monolog: Had Usia Dan Tip Penulisan

Image
Maafkan aku, kalau kau tak suka tentang apa yang akan aku bebelkan lagi kepada diri mu. Puasa-puasa pun nak membebel, kau tentu tak suka, agaknyalah. Oh ya, sebelum itu, aku ingin mengucapkan selamat berpuasa buat kau dan kawan-kawan kau yang sering bertandang di halaman ini, halaman yang kau ciptakan untuk penulisan mu. Kau kata mahu menjadi penulis kan, moga tercipta dan tergapai apa yang kau impikan. Aku cuma ingin memberi ingatan sahaja, kau tentu masih ingat lagi sewaktu kau mengikuti bengkel penulisan yang diajnurkan oleh IBH KHIDMAT, rasa-rasa kau ingat lagi, aku pun masih ingat lagi, tentang kau bertanyakan soalan kepada Dr.Ibrahim Ghafar, berkaitan usia bagi seseorang mahu menjadi penulis. Kau ada tuliskan tip-tip yang diutarakan oleh Dr.Ibrahim Ghafar, ada beberapa perkara penting yang kau dapat dari butiran percakapan Dr.Ibrahim Ghafar. Untuk lebih kau ingat lagi. Biarlah aku coretkan kembali di sini, biar kau sentiasa ingat beberapa perkara tentang tip-tip ...

Monolog: Ingat 4 Pesanan A.Samad Said

Image
Jika sehari lepas aku membebel berkaitan tentang istiqamah, menulis sedikit demi sedikit tapi berterusan, dengan mengambil tip penulisan dari penulis tanah air Puan Nisa Haron, hari ini aku mahu membebel lagi, tak kiralah kau mahu ambil perhatian atau tidak, aku tidak peduli itu semua, yang penting aku telah luahkan apa yang aku fikirkan baik untuk diri mu itu. Kau sering kali perlu diingatkan, biar pun sesekali aku seolah malas mahu membebel kerap kali, takut nanti kau pula bosan dengan aku. Tapi, oleh kerana aku sayang kepada diri mu aku terpaksa juga lakukan bebelan ku terhadap diri mu. Melihat dengan kesungguhan mu membaca pelbagai bahan bacaan, membeli buku pelbagai genre, baik buku ilmiahnya, sasteranya, dan macam-macam lagi, aku yakin kau punya pontensi untuk menulis buku. Itu pun kalau kau bersungguh ingin merealisaikan impian yang kau sering bisikkan  ke dalam hati mu. Membaca salah satu untuk mendapatkan idea disamping mendapat ilmu. Tidak tahulah sam...

Monolog: Biar Sedikit Tetapi Istiqamah

Image
Aku ingin berkata-kata dengan mu, itu pun jika kau mahu dan sanggup menahan telinga mu. Aku tak kisah apa yang kau mahu perkatakan tentang diriku. Katalah apa-apa tentang aku. Jika kau mahu kata, semahunya. Kau ingat kata-kataku beberapa bulan yang lalu?. Tentang penulisan, bila kau mahu mulakan, ingatkan?. Syukurlah jika benar kau sudah mengambil sedikit pesanan yang aku coretkan pada kau. Sekalung tahniah dan syabas, ada sedikit perubahan. Blog yang kau usahakan untuk menjadi pemangkin sebagai wadah penulisan sudah kau isi dengan perkongsian, baguslah begitu, teruskan, tulislah apa sahaja yang kau mahu tulis. Selagi ianya tidak melanggar norma-norma perundangan, kau tulis sahaja. Cuma kau perlu istiqamah, biar sedikit yang kau tulis, tetapi ianya berterusan. Kau tentu masih ingat tip yang telah kau baca di Muka Buku seorang penulis, Puan Nisa Haron bukan?. Ingat kata-kata dalam tulisannya lagi?. Oklah aku tuliskan semula di sini, kau baca lagi. “Untuk berubah menja...

Monolog: Bila mahu mula menulis?

Image
Macam-macam buku penulisan sudah kau baca, sudah kau hadami tetapi bila masa kau mahu memulakan proses penulisan mu itu. Apa yang menghalangi mu dari terus mahu menulis?. Bukankah segala panduan yang ada itu kau telah catat dalam buku dairi mu jua di kepala otak kau, kau telah simpan. Mengapa kau tidak mulakan dari sekarang?. Jangan-jangan kau cuma mahu berangan-angan mahu menjadi penulis tetapi sampai sekarang, tidak satu buku pun kau tulis… MENGAPA? . “Penulis kerjanya menulis, bukan angan-angan menulis” Jika asyik angan-angan, sampai bila pun kau tak akan dapat menulis, menulislah…catat idea yang kau dapat dalam buku catatan. Bukankah mencatat itu sebahagian daripada tip penulisan sebagaimana yang kau baca dalam buku penulisan yang kau baca berulangkali, mengapa tidak dicatat, catatlah setiap kali lintasan idea yang datang di kepala otak kau.  Mahu tunggu apa lagi?. Usia kau semakin meningkat, kudrat kau pun sudah mahu berkurangan, mulakanlah dari sekarang...