Menulis Terus





Hampir sebulan juga aku tak menegur kau, nampaknya kau masih tidak bermula lagi, walau pun kau sering mengemaskini blog sastera mu. Aku agak kagum juga dengan usaha kau untuk menulis aktiviti kau sepanjang Ramadan lalu. Sehari boleh dikatakan kau menulis sebuah catatan. Catatan yang kau namakan ‘Nota Ramadan’ memang kau sering tulis setiap Ramadan kunjung tiba.

Kalau tidak silap aku sudah hampir empat tahun kau masih tetap mahu menulis aktiviti kau sepanjang Ramadan. Aku rasa kalau catatan tersebut itu dibukukan, rasanya sudah cukup tebal. Tahniahlah dengan semangat yang kau tunjukkan itu. Bukan senang mahu tulis satu hari satu perkongsian di dalam blog. Sementelahan pula kau punyai empat buah blog, yang mana kalau diikutkan kau perlu mengisi blog tersebut dengan bermacam perkongsian. Cuma aku lihat, kau tidak konsisten dalam mengemaskini blog tersebut.

Ada yang sudah hampir dekat sebulan, tiada satu pun tulisan yang kau kongsikan dalam blog tersebut. Kau asyik tertumpu pada blog sastera mu sehingga kau tinggalkan blog-blog yang lain. Blog-blog tersebut, aku yakin kau masih sayang, jika masih sayang, kau perlu kuatkan semangat lagi untuk menulis. Menulis tanpa rasa culas dan malas, kau kata mahu menjadi penulis?.

Teruskan Menulis Di Blog

Mengapa tidak kau terus menulis di blog-blog tersebut. Anak-anakmu pun sudah kelihatan makin membesar, mengapa tidak kau teruskan cerita-cerita tentang anak-anakmu di blog Nur Dania Balqis itu, banyak sekali kau boleh tuliskan tentang perkembangan anakmu yang pertama itu. Aku lihat semakin hari semakin menarik perkembangan anak yang pertama itu, dari sekolah pra sekolah mulai empat tahun hingga ke enam tahun, aku lihat hasil pendidikan di sekolah pra sekolah sudah menampakan hasil.

Begitulah seorang anak, bila dididik dari awal ia akan mudah dilentur, seperti buluh, bukankah buluh yang muda mudah dilentur?. Cuba bayangkan buluh yang sudah tua, mudah atau susahkan untuk kita lentur?. Bagaimana?, bukankah banyak yang kau mahu tulis, jika kau benar-benar mahu menulisnya untuk dikongsikan kepada pengunjung blog mu itu. Keseriusan dan kesungguhan dalam penulisan blog yang kau miliki tidak menampakan kesungguhan yang sangat memberangsangkan, apakah kau mahu ikut teman-teman blogger lain, yang kini sudah tidak lagi menulis di blog masing-masing?.

Masa Yang Berlalu Takkan Kembali

Sedangkan aku melihat, kau masih ada keinginan untuk menulis, jika tidak mengapa perlunya kau membaca buku-buku panduan untuk menulis, baik buku panduan menulis cerpen, menulis novel, menulis buku dan sebagainya, aku lihat kau semua miliki, itu menunujukkan kau masih mahu menulis. Cuma mengapa kau masih bertangguh dan tertangguh lagi. Masa terus berjalan, yang sudah lepas tidak bisa lagi kembali, yang masih di hadapan inilah kau kena kejar sungguh-sungguh.

Kudrat Semakin Berkurang

Memanglah usia bukan ukuran untuk seseorang itu menjadi penulis, tetapi kudrat kau semakin hari semakin berkurangan, tangan, kaki, telinga, mata dan sebagainya, makin lama akan berkurangan kudratnya, maklum usia semakin meningkat.

Pelbagai penyakit boleh hinggap dalam diri mu. Jadi, teruslah menulis, usah ditangguh-tangguh. Usaha terus untuk merealisasikan keinginan dan impian mu mahu menjadi penulis. Banyak buku-buku panduan penulisan sudah kau baca, menulislah terus.

Aku cuma mengingatkan sahaja, maklum sahaja, namanya manusia ini seringkali lupa dan terleka, maka teguran demi teguran perlu dilakukan agar kau tidak terus lali dengan matlamat dan impian yang ingin kau gapai. Bangkit dan menulislah terus.

Seperti biasa sebelum mengakhiri teguran dan bebelan ini, aku sering memetik maksud firman Allah S.W.T di bawah tersebut untuk ingatan diri kau. Biar ianya berulang-ulang agar ianya sentiasa dalam ingtan kita, tentang pri pentingnya masa dalam kehidupan kita.

“Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.”

Surah Al-Asr (1-3).



Comments

  1. Assalamualaikum. Terima kasih atas sokongan yang tidak pernah padam. Teruskan menulis- selagi ada manfaatnya, selagi itulah tulisan itu akan menjadi bekalan untuk ke syurga. Amin.

    ReplyDelete
  2. Walaikumussalam orang muda, mudah-udahan begitulah hendaknya, Amin Ya Rabb!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi