MENULIS SELAGI MASIH ADA HAYAT

Wednesday, August 12, 2015

Sajak: Merdeka Lagi



Merdeka Lagi

Teriakkan merdeka terdengar lagi
mengimbau kenangan lalu
tanah air dijajah diterjah
bangsa penjajah menjerkah
menjerut merenggut kebebasan.

Itu 58 tahun yang lampau
perit getir perwira pertiwi tanah air
berjuang memperjuangkan kemerdekaan
haluan kanan haluan kiri
punya matlamat suci
demi tanah air tercinta

Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!

Teriakan keramat
berkumandangan
tanda hari merdeka datang lagi

Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!

Merdeka lagi!

Masshah
30072015
Meru.




No comments:

Post a Comment

Jangan Berhenti Membaca