Posts

Showing posts with the label Sajak Bulan FEBUARI 2016

Sajak: Sudahlah Hentikanlah

Image
Sudahlah Hentikanlah Ahli agama bertelingkah khilaf sesama mereka yang khilaf dipanjang-panjangkan di bida’ahkan siapa lebih wahabi siapa lebih alul sunnah waljamaah perbezaan sedikit menjadi rumit bertelingkah cabar mencabar menjadi lumrah...murah siapa menang siapa kalah benarkah…benar. Apa salahnya duduk semeja berjiwa besar kurangkan berdegar-degar banyakkan sabar tenangkan jiwa manfaatkan perbezaan bukankah perbezaan itu satu rahmat bukankah itu sunnah yang utama perlu apa lagi kalian bertelingkah tak sudah. Cukup-cukuplah agamawan budiman muhasabah diri itu lebih diutamakan hentikan cabar mencabar kalah menang itu bukan ukurannya kebenaran yang diperjuang ummah lagi sedang berkecamuk pelbagai onar tentera dajjal mula berkeliaran kalian lagi bertempik terlolong bida’ah membida’ahkan. Aduh…sudah-sudahlah hentikanlah leraikanlah ummah sudah cukup menderita sambut salam kasih sayang sesama kita satukan dibawah p...

Sajak: Kita-Kita Mereka-Mereka

Image
Kita-Kita Mereka-Mereka Kita boleh tulis apa-apa sahaja kita boleh bicara apa-apa sahaja namun harus kita siap siaga waspada kerana di belakang kita ada mata-mata. Mencari-cari kesalahan kita mencuri-curi bicara cerita kita mereka tidak senang dengan cara kita mereka tidak suka pendirian kita. Kerana kita bukan lembu yang setia kerana kita punya mata yang cerah kerana kita punya minda fikir yang nyata kerana kita adalah kita punya prinsip beranilah mereka kerana dibayar untuk mengintip. Salahkah kita membenci kedurjanaan salahkah kita membongkar kebejatan salahkah kita mentertawa kebodohan salahkah kita mengnyahkan kepandiran salahkah kita mengoyak rabak kezaliman. Bukankah itu untuk keamanan mereka bukankah itu untuk kesenangan mereka bukankah itu untuk kebahagian mereka bukankah itu untuk ketenteraman mereka bukankah itu untuk cahaya menerangi mereka. Biarlah mereka dengan kerjayanya kita terus sahaja menulis apa ...

Sajak: Berpekik Terlolonglah

Image
Berpekik Terlolonglah Berpekik terlolonglah keseantero benua mana telanjangkanlah kedurjanaanya takkan diendahkan itu semua tetap gagah dipuncak kuasa bagai tiada apa-apa bagai bersih murni suci bagai fitrah dilahirkannya semula. Berpekik terlolonglah semua itu semakinkan kebal diterajang dan ditunjal kebobrokannya semakin berbisa cengkaman angkuh menyelimuti tiada peduli menyakitkan menyesakkan semakin derita terbeban sedikit pun tiada perubahan. Berpekik terlolonglah merayu meronta minta dipeduli secebis simpati pun tiada nalurinya keji menunjangi apa dipeduli dibawahnya janji kuasa terus dimiliki pusaka negara dihakmilik sendiri. Masshah 07012016 Meru.