Posts

Showing posts with the label Pesan Bijak Pandai

Makanan Rohani Yang Baik

Image
Benarlah kata-kata Ulama tersohor Nusantara, Buya Hamka.Pabila kita membaca buku-buku yang baik, ertinya buku yang berkualiti, isikandungannya menyuntik jiwa kita sebagai pembaca,  menyedarkan kita tentang erti kehidupan, memperbaiki diri, mengenal kebesaran Ilahi dan kesan dari membaca buku-buku yang baik ini, dapat membentuk jati diri seorang pembaca.  Maka, benarlah kata hamka, membaca buku-buku yang baik adalah makanan rohani. Sebagai pembaca, pilihlah bahan bacaan yang bagus untuk diri kita.  Ya...demikianlah mengikut kefahamanku tentang maksud yang diutarakan oleh Buya Hamka.

Pesan Untuk Menulis

Image
Tiada apa lagi mahu diperkatakann pesan bijak pandai ini. Sungguh ianya sangat menusuk kekalbuku, pesan menulis untuk aku dan kita. 'Tanpa permulaan tidak ada kesempurnaan' , jika tidak dimulakan proses penulisan bagaimana kita mahu tahu sesuatu tulisan itu baik, bagus dan kesempurnaan jua hasilnya. Jika tidak dimulakan dengan kesungguhan dan keyakinan diri sendiri untuk memulainya bagaimana impian menjadi penulis bisa direalisaikan. Kegagalan setiap permulaan itu pasti, itulah kejayaan pertama kerana keberanian mencuba, tanpa keberanian mana mungkin kejayaan akan tercipta.  Menulislah...tulislah,  'jangan takut gagal, 'takutlah kalau kita tidak memulakan' .

Bukan Untuk Layan Naluri Sendiri

Image
Aku yakin pesan ini bukan untuk penulis, penyair dan sasterawan sahaja, sesiapa sahaja boleh menerima ingatan dan teguran ini. Sebagai pembaca juga terasa dengan ingatan dan teguran dari tokoh sasterawan tersohor ini. Bukan sekadar membeli dan membaca sahaja di pojok bilik-bilik tetapi haruslah terjun ketengah masyarakat. Sama-sama menegur, menyebarkan kebaikan kepada masyarakat. Harus berani menyatakan kebenaran...begitulah maksud tersirat dari teguran Datuk A.Samad Said.

Pesan Hassan Al-Banna Kepada Keluarga Muslim

Image
Semoga aku dapat merealisasikan pesan dari seorang Mujadid Ulung ini. Satu pesanan yang sangat baik dan seharusnya disahut dan dilaksanakan oleh semua keluarga muslim.  Ayoh...kita bina perpustakaan di rumah.