MENULIS SELAGI MASIH ADA HAYAT

Monday, November 3, 2014

Sajak: Ambil Sentuh Baca



 Ambil Sentuh Baca

Genggam erat usah dilepas
manual keramat penuh hikmah
penyuluh hidup insani di semesta
hilang jika longlai iman di dada
penyuluh cahaya kegelapan
petunjuk jalan kebenaran
peganggan elak kesesatan.

Tika atma dirundung resah gelisah
ambil sentuh buka lihat baca
penuh khusyuk dan tawadhuk
dirikan bahagia tenang sedamainya,
andai berselisih bertelagah
ambil panduannya, jernihkan
segala kekusutan pasti hilang,
tika hilang punca mahu menghukum
buka rujuklah segalanya ada
pasti terbuka pintu keadilan.

Percaya serta yakin
telah disabda rasul mulia
berpegang teguh padanya
pasti hidup insan
takkan lara tersesat
maka ambil sentuh baca
kitab suci panduan sejati
al-quran dustur Ilahi
menjadi teman sejati selamanya.

Masshah 2014 
19102014

Meru.

Ole-Ole Dari Karnival Gudang Akhir Tahun 2017 Karangkraf

Beberapa buah buku  untuk koleksi bacaanku dan bilik buku. Hari kelima, hari terakhir Karnival. Buku-buku untuk cenderahati Hari ...