MENULIS SELAGI MASIH ADA HAYAT

Wednesday, January 31, 2018

Tulis Yang Baik-Baik



Tulisan tetap akan menjadi tulisan.Jika yang ditulis itu kebaikan beruntunglah penulisnya, andai sebaliknya padahlah akibatnya. Maka tulislah yang baik-baik untuk diambil ibrah kepada pembaca. Beruntunglah menjadi penulis andai tulisannya memberi berjuta manfaat buat seluruh umat.Tulislah kerana Allah, Allah pasti menilai segala penulisanmu itu. 

Segalanya Ketentuan Ilahi




Hari ini, saat ini, atau esokah, aku tidak tahu akan nasibku.Apakah aku bisa lagi menukilkan bait-bait puisiku atau coretan-coretan bisikan hatiku lagi...ku serahkan segalanya pada ketentuan Ilahi. 
Itu bukan kerja aku, aku hanya melaksanakan apa yang terbaik buatku. Untuk bekalan ke sana nanti. Andai ini coretan terakhir buatku, maafkanlah aku...kerana sumbanganku sekecil hama, tidak nampak. 
Namun kebaikan sekecil mana sekalipun ia tetap ada nilai disisi-Nya. Kebaikan, bahkan keburukan sekecil pun pasti dinilai dan ada balasannya. Aku...terus berharap meminta dan memohon pada-Nya.

Aamiin Ya Rabb!!!

Januari Pergi Fabuari Datang





Pantasnya masa berlalu, Januari meninggalkan tempatnya, kini febuari mengambil tempat untuk memberi ruang kepada insan terus melalui hari-harinya. Segala yang lepas sudah berlalu, ia takkan terulang lagi. 

Hanya boleh diperbaiki yang terkurang, dipertingkatkan dan terus istiqamah. Hari ini, bulan baru, berjanji dan berikrar pada diri sendiri agar kehidupan terus diberkati dan diredhai Ilahi. 

Segenap penjuru perjalana hidup ini, moga terus dipandu dan disuluhi oleh cahaya kebenaran sehingga nafas terakhir. Susah senang, tenang bahagia mengharap pada Ilahi.

Ia sumber kekuatan dalam kehidupan tanpanya hidup pasti terumbang-ambing, kerana insan sangat lemah perlukan kekuatan dan kebergantungan Sang Pencipta. Akulah itu, insan yang lemah...

"YA Rabb! Ampunilah dosa-dosaku, pimpin dan bimbinglah aku dalam cahaya kebenaran-Mu. Hanya Kau tempat bergantungku...tiada daya dan upayaku hanya dengan bantuan dan pertolongan-Mu..."

Aamiin Ya Rabb!!!

Gerhana Hati



Gerhana Hati

Biarlah bulan sesekali gerhana usah hati kita gerhana sepanjang masa nanti hilang tenang dan bahagia. Hati walang gunda gulana.Siang petang malam berduka lara.Gerhana cinta luka jadinya.

Sajak: Dingin Tapi Hangat



Dingin Tapi Hangat

Berpakaian tradisional hanbok
memori indah bersama kekasih
Gyeongbok Palace menjadi saksi
pelbagai aksi merakam memori
bagai putera dan puteri bertemu
sekian lama tidak ketemu
akhirnya di sini
berdua bersemi cinta nan terpatri
lihatlah...bersaksilah...dingin
namun hangat bersemarak kasih ini.

Masshah18.


Tiap Hari Kena Tulis



Bagaimana aku mahu mulakan semangat ini. Sekejap ok sekejap tidak, turun naik macam bursa saham, jika nak disamakan, pun tidak juga. Aku bukanlah seorang penulis yang benar-benar fokus menulis.

Menulis di blog pun sekadar coretan-coretan kecil. Entah dibaca orang atau tidak, aku pun tidak tahu. Tapi aku masih sayang dengan medium tersebut.

Walaupun kadang-kadang semangat itu tinggi, kadang-kadang merudum. Masa ini, rasa bersemangat lagi. Entah bila aku boleh terus fokus dan bersemangat untuk menulis.

Konon untuk menulis memoir diri sendiri pun masih terkial-kial,masih suam-suam.Menulis puisi pun entah apa-apa, tapi bila ilham datang untuk puisi, aku terus tulis, tanpa dieram lama aku terus terbit di blog.

Malas aku nak simpan lama-lama, tulis dan terus terbit. Dibaca atau tidak terpulang.Begitu pun, aku tetap ada salinan untuk puisi-puisi tersebut, aku kumpulkan di fail untuk rujukan dan semakan diri sendiri.

Bila tulis suka-suka hasilnya pun hanya suka-suka. Bila mahu serius dan fokus? Kehilangan fokus menulis. Fokus mahu tulis apa?, mahu cerita apa?, mahu kongsi apa? Aku hilang fokus?

Entahlah, apa yang aku tulis ni pun macam hilang fokus.

Bila aku tanyakan kepada seorang penulis yang juga seorang editor, tentang fokus menulis, dia hanya jawab.

“Tiap-tiap hari kena tulis…Tulis jugak…”

Ya, terus menulis, hari-hari,  tapi nak tulis APA?


Ha…ha…ha…

Fokus Menulis Dengan Menulis




Kehilangan fokus ketika menulis? 

Aku tanyakan perkara ini dengan seorang penulis novel, juga seorang editor dan beliau pernah bertugas di Ana Muslim.

Aku bertanyakan soalan tersebut melalui mesej 'WhatsApp'. Jawapan beliau cukup ringkas dan tepat. Itu tip fokus menulis menurut beliau...

[18:15, 1/28/2018] +60 13-379 8684: Aslkm kak...bgi tips nak fokus menulisπŸ˜‰...sifuuu...hu3....

[18:40, 1/28/2018] Kak Saodahlasim: Tiap2 hari tulis πŸ˜ƒ
[18:40, 1/28/2018] +60 13-379 8684: Lagi
[18:41, 1/28/2018] Kak Saodahlasim: Memang ituje.menulis πŸ˜…
[18:42, 1/28/2018] Kak Saodahlasim: Selagi tak habis novel ke apa ke, tulis
[18:42, 1/28/2018] Kak Saodahlasim: πŸ‘πŸΌ
[18:43, 1/28/2018] +60 13-379 8684: Tq kakπŸ˜„

[20:57, 1/28/2018] Kak Saodahlasim: Kena tulis jugak


Membacalah...Bacalah!



Satu masa aku pernah ditanyai oleh kawan sekerjaku berkaitan dengan membaca.

"Macam mana nak tanamkan suka membaca?"

Lalu jawabku dengan ringkas

"Membacalah...bacalah, itu sahaja..."

Aku tidak menambah apa-apa lagi untuk tips membaca. Itu sahaja jawabanku.

Keunikan Kepelbagaian




Kepelbagaian kaum, agama dan budaya merupakan sesuatu yang unik.Saranan Al-quran agar saling kenal mengenal antara satu sama lain amatlah dianjurkan tanpa ada sempadan geografi.

Keunikan kepelbagaian kaum di Malaysia diwarnai dengan pelbagai perayaan kaum mereka masing-masing. Sikap toleransi, hormat menghormati merupakan salah satu penguat perpaduan antara kaum. 

Mereka berhak meraikan, mengamalkan kebebasan beragama, budaya dan sebagainya tanpa ada gangguan mana-mana kaum lain. Semua ini sudah termaktub dalam perlembagaan negara kita. 

Justeru itu, usahlah kepelbagaian ini dicemari dengan anasir-anasir yang boleh mengguggat perpaduan dan keamanan serta keselamatan negara. Ketahuilah, mencintai negara sebahagian daripada iman...

Monday, January 29, 2018

Mereka Pewaris Nabi


Mereka adalah obor buat ummah selepas ketiadaan Nabi. Mereka menyebarkan risalah kebenaran seperti yang diamanahkan olehnya. Ummah sewajarnya menghormati kedudukannya sebagai penyambung lidah nabi. Mengapa mesti ada suara-suara kebencian dikalangan kita. Itulah pertembungan antara haq dan batil, ia terus berkesinambungan dari dulu hingga kini. Mereka, para ulama' adalah pewaris para nabi. Justeru, ikutilah mereka selagi kebenaran yang disampaikan, menepati dua rujukkan utama, al-quran dan al-hadis(assunnah).

Kematian Bila-Bila


Dari lahir, kanak-kanak, remaja, dewasa hingga ke tua dan akhirnya mati. Adalah ketentuan dari Allah SWT. Muda ke, tua ke...kaya, miskin, semua akan mati menuju ke kubur. Tidak kira usia berapa, kerana usia bukan syarat kematian. Bila-bila, di mana-mana, jemputannya tidak diundang tiada tarikh yang ditetapkan kerana tidak tahu. Maka bersedia pada bila-bila masa sahaja. Persiapkan sahaja bekalan untuk ke sana.

"SETIAP YANG BERNYAWA PASTI MENEMUI KEMATIAN"

Tekad Dan Yakin



Gunung takkan didaki
jika langkah mula tak dimulai.Langkah mula cerminan keyakinan tinggi ingin menggapai apa diimpi.Maka lakukan dengan tekad dan yakin. Pasti boleh!

Sunday, January 28, 2018

Tips Menulis Oleh Stephen King



Melihat kepada tips penulisan tersebut tidak perlu lagi dihuraikan, cukuplah sebagai ingatan diri kepada setiap penulis. Untuk diriku yang konon mahu menulis tetapi tidak tertulis-tulis apa yang mahu ditulis. Apa pun tips ini masih bisa membangkitkan semangat dan motivasi diri ini untuk terus cuba menulis sesuatu. 

JOM MENULIS!

Saturday, January 27, 2018

Yang Disayangi Semua Ditinggal




Apa sahaja yang disayangi, satu masa pasti ditinggalkan, suami,isteri, anak-anak dan ahli keluarga serta perkara-perkara yang disukai dan disayangi. 
Itu semua sementara,ia pasti dan pasti tidak dapat membantu disana. 
Hanya tiga perkara yang telah disabda oleh Junjungan Besar Nabi SAW, boleh membantu kita, anak yang soleh-solehah, sedekah jariah dan ilmu yang bermanfaat. 
Justeru, persiapkanlah tiga perkara tersebut.

Masshah18

Bersyukurlah


Setinggi manapun kini berada, jangan dilupai orang-orang yang pernah berjasa. Tanpa mereka belum tentu kepuncak sana. Setiap dari mereka ada jasanya tersendiri, jangan sesekali dilupai.Tidak mampu beri kebendaan, doakanlah mereka setiap doa yang dipohon. Penting dari itu Tuhan yang memberikan jangan sesekali dilupai walau Dia tidak meminta sedikit pun. Bersyukurlah, itu yang Dia mahu.

Masshah18

Sajak: Bahagia Sengsarakah




Bahagia Sengsarakah

Dedaunan itu terkulai layu
Jatuh ke bumi, begitulah
Begitukah nanti nasibku
Andai saatnya tiba
Kaku beku membisu
Tak terdaya terkunci bicara
Hanya amal baktiku
Amal soleh dan taqwaku
Bekalan menyelamat diri
Bahagiakah sengsarakah
Nasibku belum tahu
Maafkan aku Tuhan.

Masshah 2018
Meru.

Sajak: Kumengharap




Kumengharap

Dalam setiap diamku
ada ingatanku pada-Nya
dalam doaku mengharap 
merintih memohon
kerna Dialah segala-Nya
untuku tempat pergantungan
yang teguh Maha Pengasih.

Masshah2018
Meru.

Friday, January 26, 2018

Sajak:KuPasrah




KuPasrah

Aku berlari laju
engkau mengejarku
Inginku hindari
namun kutak mampu
disetiap saat dan detik
engkau mengintai-ngintai
tanpa kuperasan walau 
di mana kuberada
segala takdirku ditangan Tuhan
kupasrah kumenyerah
andai masanya tiba untukku.

Masshah18
Meru.

Wednesday, January 24, 2018

Sajak: Indahnya


Indahnya

Mengintai dari balik tirai
hujan salji turun
indahnya ciptaan Tuhan
bibir membisikan
kalimah nan suci
syukur atas nikmat-Mu.

Masshah 18
Seoul,Korea

Monday, January 22, 2018

Pilihan Dania


Seperti biasa pilihan Dania bila disuruh memilih bahan bacaan kesukasnnya. Sebuah majalah terbitan ANA MUSLIM dan Buku Komik.Bagi aku apa sahaja pilihannya, tidak kesah yang penting pengisiannya bagus dan Dania terus suka membaca.


Tiga Buku Untuk Bilik Buku

Tiga buah lagi buku baru untuk bacaanku di bilik buku. Ketiga buku tersebut aku beli di MPH, Setia City Mall, Setia Alam, Shah Alam.

1) Nota Terjahit, tulisan Nik Madihah.
2)Melakar Damai Dihati, tulisan Ustaz Pahrol Joui
3)Dia Bukan Malaikat, tulisan Mohd Iqbal Samsuddin.


MEMBACA TERUS!

Sunday, January 21, 2018

Belian Pertama 2018M

Sebuah buku travelog menjadi pilihan. Buku pertama dibeli untuk tahun 2018M, belum baca pun. Alhamdulillah, masih ghairah dan bersemangat dengan buku. InsyAllah peruntukkan untuk buku pada tahun ini masih perlu dan tidak akan dimansuhkan.

 Selagi ada nadi berdenyut, membaca tetap menjadi pilihan. Harapan dan impian untuk diri sendiri seperti yang tertulis di tulisan beberapa hari lalu akan direalisasikan.

Aamiin Ya Rabb!!!


MEMBACA TERUS!

Santai Hujung Minggu




Santai-santai hujung minggu
Bersama famili ceria selalu
Senyum selalu senda gurau
Gelak ketawa setakat perlu

Saturday, January 20, 2018

Sajak:Anak-Anak Dan Buku






Anak-Anak Dan Buku

Anak-anak
bahagialah bersama buku
Kau akan tenang 
mengembara di dalamnya
sumber ilmu tiada tepian.

Anak-anak
selagi hela nafas ada
santunila buku kerana
memandai dan membijakanmu.

Anak-anak
andai kalian meninggalkannya
ketinggalanlah kalian
dalam banyak segala hal.

Anak-anak
jadikan setiap lembarannya
ilmu kau amalkan
selangkah ke mana jadikan panduan.

Masshah 2018
Meru.

Sajak: Hanya Kau



Hanya Kau

Hanya kau kucinta
hanya kau kusayang
hanya kau kukasih
hanya kau kurindu
hanya kau kumilik
hanya kau kuminta
hanya kau kuada
hanya kau kutinggal
hanya kau kukau.

Masshah 2018
Meru.

Kejayaan Dan Tindakan




"Setiap kejayaan dimulai dengan niat, perancangan, target, sasaran dan penting dari itu TINDAKAN berterusan dengan kesungguhan dan kegigihan. Lebih penting dari itu doa dan pengharapan dan pergantungan dengan Allah SWT diperkuatkan. Lalu, bertawakalah setelah usaha-usaha itu dilakukan. Berjaya atau tidak, yang penting sudah mencuba. Segala-galanya dari Allah SWT."

Sajak: Entah Bila




Entah Bila

Esok entah hari ini
atau bila-bila masa
denyut nadi terhenti
tidak tahu bila masanya
siangkah
malamkah
petangkah
saat jaga
saat lena
saat terleka
biar sedetik
biar seminit
tidak tahu apa-apa
bila?

Masshah 2018
Meru.



Friday, January 19, 2018

Sajak:Dingin Kota Seoul



Dingin Kota Seoul

Dingin kota Seoul
tenang menyapaku
damai indah disanubari
jauh seketika dari kesibukan rutin.

Dingin kota Seoul
memberiku seribu makna
dalam sinaran mentari
ada kedinginannya amat damai
ada kebesaran-Nya.

Dingin kota Seoul
datang dan pulangku
memberi sejuta rasa
ada rinduku di sana.

Masshah 18.

Kenangan Terindah Pembukaan 2018M



Pembukaan 2018M yang indah dan manis buat diriku.

Kenangan paling indah dan menyeronokkan, takkan ku lupakan sepanjang hidupku.

Perjalanan selama enam jam melalui ruang udara malam, ke Korea Selatan memberiku seribu makna.

Musim sejuk di bumi Korea sungguh mengujakanku, hujan salji di siang dan malam betapa memperlihatkan kebesaran kekuasaan yang Maha Esa.

Maha Besar dan Maha Hebatnya Allah SWT yang menciptakan segala-galanya untuk direnung dan disyukuri.

Sungguh, bumi Seoul, Korea memberikan kedamaian dan ketenangan buatku.

Maka nikmat Allah mana lagi yang aku mahu dustakan!

Hamba mohon keampunan-Mu duhai Yang Maha Baik!

Tahun 2018 Dan Dunia Bukuku



Sepanjang tahun 2017 secara jujurnya, membeli lebih banyak dari membaca namun sasaran membacanya masih tercapai.

Apa pun dan bagaimana pun ia akan berterusan selagi denyut nafas ini. Dunia membacaku akan tetap bergerak seperti biasa.

Buku tidak dapat dipisahkan dari diri ini. Satu keindahan dan keseronokkan bila melihat buku-buku ada di mana-mana.

Tetapi bagi aku, aku lebih suka buku ditempatkan di satu tempat yang tersendiri. Di sebuah bilik khas di dalamnya terletak pelbagai genre buku ada.

Syukur, walau ruang tidaklah sebesar mana, aku dapat menghimpunkan dan mengumpulkan koleksi buku-bukuku di dalam bilik khas di rumahku.

Ia menjadi tempat yang paling tenang dan menyeronokkan buat aku dan anak-anakku.

Dari bulan ke sebulan makin bertambah koleksi buku-buku tersebut, entah bagaimana lagi aku mahu menyusunnya. Kekemasan dan keaturannya tidak lagi berseni walau sering dikemaskini.

Namun begitu ia masih tidak lagi mengecewakan, melihat buku-buku tersebut makin seronok banget.

Kini, sudah ditahun 2018, aku juga punya impian dan harapan untuk dunia bukuku.

Antara yang aku impikan;

1)Bertekad dan berazam untuk terus membaca sebanyak boleh.

2)Terus memberi contoh tauladan yang baik kepada anak-anaku agar membaca perlu untuk diri kita.

3) Terus membeli buku untuk anak-anak agar mereka rasa dihargai dan menyukai buku...seronok sekali bila anak-anak pun turut suka dengan buku apatah lagi membacanya.

4) Juga ingin terus membanyakkan pelbagai bahan bacaan dalam bilik bukuku.

5) Sekiranya diberi rezeki dan ditambahkan rezeki dari-Nya, ingin menambah ruang untuk buku-buku tersebut.

Apa yang di rancang apa yang diimpi semua bergantung kepada tindakan dan kesungguhan diri sendiri.

Ya...mudah-mudahan ia akan terus menjadi realiti selagi denyut nadi ini berfungsi.

Aamiin Ya Rabb!!!.

Tahun 2018M Dan Harapanku






Sudah hari yang ke dua puluh dalam kalendar 2018, sekejap rasanya sudah mahu hampir ke penghujung Januari.

Pejam celik pejam celik begitulah hakikatnya kehidupan yang harus dilalui. Usia pun semakin menginjak ke satu takah lagi.

Hari ini, esok...hanya Allah SWT yang Maha Tahu. Hidup mesti diteruskan.

Rutin harian seperti biasa...perjalanan hidup sebagai insan di muka bumi-Nya dan segala kewajipan sebagai hamba-Nya harus terus dilaksanakan.

Bekalan ke sana harus mesti dipertingkatkan, tiada bekalan terbaik selain bekalan amal soleh dan ketaqwaan akan dipersembahkan dihadapan-Nya nanti.

Tahun 2018, bagiku adalah tahun untuk terus mengubah dan memperbaiki kehidupan diri dan hubungan dengan yang Maha Besar.

Disamping kehidupan dunia masih bersisa sementara bernafas lagi.

Biar apa pun terjadi warna-warni kehidupan ini mesti dan pasti aku lalui dan hadapi.

Segalanya mengharap dengan rahmat dan berkat Ilahi.

Kerana Dialah tempat bergantungan yang terbaik buatku.

"Tiada daya dan upayaku malainkan dengan pertolongan dari Allah SWT..."

Aamiin Ya Rabb!!!

Masshah 2018

Menulislah Pedulikan Nama

"Betulah kata-kata, menulis bukan kerana nama,memang betulah tapi jika penulis tiada nama susah juga mahu maju kehadapan,tapi itu se...