MENULIS SELAGI MASIH ADA HAYAT

Saturday, December 1, 2018

Membaca Mencerahkan Fikiran




KATA Ulama tentang faedah membaca, 

"Membaca dapat menghindari seseorang agar tidak tenggelam dalam hal-hal yang batil. Dapat mengembangkan akal, mencerahkan fikiran dan membersihkan hati nurani. Buku yang baik juga adalah pendorong jiwa yang paling agung dan menambah keimanan kepada Allah SWT."

Thursday, November 29, 2018

Baru Nak Mula


Image may contain: 1 person, smiling

Hampir dua bulan buku ini dibilik buku, malam ni baru saja memulakan. Baru habis kata pengantar. Bermuka surat 728 muka surat. Berbahasa Melayu Indonesia.

Usah ditanya bila aku boleh habis baca ini.Tanyalah diri bila aku mahu mula membaca? kik3...( kan dah kena)

InsyAllah, boleh habis, sikit-sikit lama-lama jadi bukit!. Tak banyak mana pun.

Ini sebuah buku Autobiografi. Kisah Gandhi dan eksperimen-eksperimen beliau berkaitan kebenaran.

Jangan salah faham, bukan kitab agama Hindu, he3. Jangan risau dan sasau.

Nak cerita buku ini,aku belum baca habis. Jadi aku coretkan kata-kata Mahatma Gandhi ni:

"Tak ada hal baru yang bisa kuajarkan kepada dunia. Kebenaran(truth) dan antikekerasan (non-violence) sama tuanya dengan gunung-gunung."

"...Tuhan adalah kebenaran."

"...Orang yang tidak murni hatinya tidak dapat melihat Tuhan.Karena itu, proses pemurnian diri tentu harus diupayakan dalam perjalanan hidup. Dan proses pemurnian diri akan mudah mempengaruhi orang-orang di sekitarnya."

Itu kata Ghandi, apa kata awak?


Nak cari buku ni, hubungi Bro Benz Ali.

Hadiah Sastera Selangor 2018


Image may contain: 3 people

Dania Menerima Anugerah Nilam 2018



Tanpa salam, tiba-tiba pintu bilik buku ditolak kuat,rupa-rupanya si Dania muncul dihadapanku,sedang aku menatap skrin laptop yang berada di meja.

“Abi,ni kita dapat ni”

Aku mencapainya,sebuah sijil dan hadiah.

“Wow”

Kataku tak semena-mena terpancul dari mulutku,aku ucapkan tahniah dan sambil memeluk Dania. Sijil Anugerah Gangsa (NILAM). Dania menerima anugerah tersebut.

“Tahniah kakak,hebat kakak,tahun depan dapatkan lagi”

Kataku memberi semangat agar Dania gembira dan bersemangat untuk terus membaca. Tak sia-sia,usaha untuk membaca buku yang aku belikan,tiap kali selesai dibaca,setiap kali itulah Dania akan mencatatkan kedalam buku NILAM.

Salah satu untuk menggalakkan anak-anakku gemar membaca,aku menyediakan rak buku mereka,Selesai baca,buku tersebut boleh disusun dirak tersebut.

Perkara yang mesti ialah setiap bulan aku membelikan mereka bahan bacaan,sama ada mereka yang memilih atau aku yang pilih.

Jadi, usaha pihak kerajaan(Kementerian Pendidikan) mengadakan projek NILAM ini sangat menarik dan cukup bagus sekali untuk menggalakkan para pelajar suka membaca buku.

Tuesday, November 20, 2018

Salam Maulidurrasul






Macam-Macam Malaysia Baharu


Mahu tak mahu kena ambil tahu juga, apa yang berlaku disekeliling kita. Dalam diri, keluarga, masyarakat  dan seterusnya dunia luar. Macam-macam berlaku dan terjadi,ekonomi, politik,agama, budaya,cuaca dan pelbagai lagi.

Selagi yang bernama kehidupan,beginilah yang akan dirasai dan dihadapi oleh semua manusia di muka bumi ini. Melihat keadaan situasi politik dalam Negara ini, pasca pemerintahan baharu, aku melihat pelbagai isu timbul dan sungguh tidak menyenangkan secara pribadiku.

Bermulalah dari al-kisah janji-janji politik melalui manifesto yang dijanjikan,penghakiman skandal-skandal durjana terdahulu, kedangkalan minda ahli politik, isu agama, kaum,bahkan isu yang terkini(isu ICERD)membuatkan sebahagian masyarakat amarah.


Belum lagi nak cerita masalah kehidupan rakyat yang seolah tidak berubah lagi dari segi ekonominya. Barang terus mahal, minyak pun tidak turun-turun apatah lagi tol yang diwar-warkan akan ditiadakan juga kini sudah dikatakan tidak boleh dimansuh.

Belum lagi janji PTPTN, nasib mahasiswa dan mahasiswi yang berhutang, 
sebelum PRU janji mansuh,kini dikatanya kena bayar…aduhai,alahai…kena kaji semula?Pusing-pusing begitu juga.

Apa yang aku utarakan ini,dah klise tapi bagi aku masih releven dibicarakan, dan rasanya rakyat masih ada yang berbicara berkaitan dengannya.

Bagaimanalah corak Malaysia Baharu yang didendangkan beberapa bulan ini?

Betullah yang aku dengar,tentang rasuah mahu dihapuskan, pentadbiran Negara dengan tatakelola lebih baik.Jika begitu baguslah, usah hanya manis berbicara dan sebaliknya. Jika benar mahu perbaiki sistem kehakiman Negara, ya! Bagus.

Dari pelbagai aspek kepincangan yang ada dari kerajaan terdahulu jika sememangnya ada wujud, aku sebagai warga Negara Malaysia amatlah bersetuju dengan segala macam pembaharuan yang ingin dilaksanakan.

Perkara baik niat murni,siapa yang tidak sokong? Harap-harap,apa yang dikatakan Malaysia Baharu ini biarlah telus,khususnya untuk rakyat yang memberi kepercayaan kepada kerajaan baharu ini.

Lakukanlah demi rakyat yang mahu kehidupan mereka terjamin.Usah hanya menyalahkan kerajaan terdahulu,jika memang ada segala kedurjanaan kerajaan terdahulu adililah mereka yang banyak melakukan songlap keatas harta Negara ini.

Bagi aku, jika ada kes dan bukti usah dilewat-lewatkan segera dibawa ke pengadilan. Jika didapati bersalah hukum dan humban ke dalam penjara. 

Rakyat mahu lihat itu semua,tiada dolak-dalik,tiada tarik tali.

Kepada para YB dan menteri,bertugaslah dengan amanah, tugas anda bukan tugasa main-main,tugas anda akan dipersoalkan diakhirat terutamanya para menteri Melayu beragama islam.

Jangan ingat kamu diberi kuasa,kamu menongkat langit dengan kuasa yang ada.Tunaikan apa janji-janji yang kamu janjikan sewaktu berkempen beberapa bulan yang lalu.Ingat rakyat boleh menghukum kamu, kuasa yang ada bila-bila masa boleh hilang jika Allah SWT kehendaki.

Tugas membangkang dikalangan para pembangkang juga harus dilaksanakan dengan bijak. Para pembangkang punyai tugas yang lebih untuk menyakini rakyat jika mahu rakyat mempercayai perjuangan kalian.

Baik pemerintah atau pembangkang sewajarnya jangan suka ponteng sidang parlimen yang diadakan. 

Ingat titah sultan! Duduk jangan lari!

Jika itu pun tidak faham lagi,baik letak jawatan sebagai YB atau Menteri.

Rakyat menilai anda semua.Baik pemerintah dan pembangkang,kini anda sedang disaksikan oleh jutaan rakyat yang peka,prihatin dan tidak buta atau pekak.


Awas! Kuasa yang anda miliki milik Allah SWT.

Monday, November 19, 2018

Bertemu Pak Latip



Sebagai pembaca,sesuatu yang sangat mengembirakan bila dapat bertemu dengan penulisnya sendiri. Sewaktu berkunjung ke Ulangtahun Bandar Islam GISBH Ke-18, di Country Home Rawang.

Disebalik gerai-gerai yang terdapat di Karnival tersebut terdapat sebuah gerai penulis tersohor ini, beliau ialah Pak Latip@Abdul Latip Talib.Seorang penulis Novel Islami dan Tokoh-Tokoh Sejarah Islam dan Nasionalis. 

Seorang penulis yang hebat,buku-bukunya laris dan diminati oleh masyarakat. Berpeluang berbicara sekejap sudah cukup mengembirakan hatiku. Maklum sahaja, sebelum ini, cuma berinteraksi di Media Sosial,bila bertemu berhadapan terasa teruja.

Bila aku perkenalkan diriku kepadanya,dan menyebut namaku, beliau kenal,dan mengangguk-anggukan kepalanya. Dan aku pernah membeli buku secara talian darinya. Begitulah hubungan seorang pembaca dan penulis biar jarang berjumpa tetapi sesekali bertemu, segar mesra.



Sebuah buku tulisan beliau terbitan ITBM bertajuk Di Sini Kasihnya Tumpah, aku beli sebagai ole-ole dari karnival tersebut.

Thursday, November 15, 2018

Melihat Buku Menyenangkan



"Buku merupakan barang yang jika anda melihatnya, maka akan semakin menambahkan kesenanganmu, buku dapat mengasah otakmu, menyerdehanakan pembicaraanmu sehingga mudah difahami, dapat memperbaiki tugas-tugasmu, mengagungkan ucapanmu,menjadikan dirimu nyaman, memanjangkan umurmu, menghadiahkan penghargaan besar bagimu dari orang awam, dan dapat menjadikanmu sebagai kepercayaan penguasa."

Petikkan dari buku 'Ke Arah Keperbadian Unggul', tulisan Dr.Zulkfli Mohammad Al-Bakri, terbitan Pustaka Cahaya Kasturi, 2017. Muka surat 38.

Himpunan Untuk Para Penulis


Image may contain: 21 people, people smiling, text

Buku Bulan November 2018

Aku dan buku memang tidak boleh dipisahkan lagi.

Setiap bulan aku beli buku untuk diri aku dan anak-anakku.Mereka pun sudah minat dengan buku.Harap-haraplah sampai usia tua mereka suka dengan buku.Biar mereka ikut langkah aku.

Setiap bulan beli buku, ikutlah juga pendapatan bulanan,kalau banyak,banyaklah juga buku dibeli,kalau sederhana pendapatannya,sederhana jugalah buku yang dibeli. 

Banyak atau sedikit yang penting ada buku setiap bulan. Biar bertambah koleksi buku dalam Bilik Bukuku ini.

“Buku adalah teman yang paling istimewa buat diriku”

Bulan November, empat buah buku sahaja yang aku beli, dua dah habis dibaca,dua lagi tunggu giliran.Sebenarnya banyak lagi yang menunggu giliran tu…biasalah,banyak membeli dari membaca.Tetapi membaca tetap terus membaca.

“Baca buku boleh dapat apa-apa,tidak membaca tak dapat apa-apa.”


Oklah, inilah buku-buku untuk bulan November yang aku beli.

No automatic alt text available.


Image may contain: 2 people, people smiling


No automatic alt text available.

Buku: Buku Kumpulan Puisi Parabel Tubuh

Aku bersama Penyair Taufiq Roslan

Pening juga baca tajuk buku puisi karya Taufiq Roslan,memang jarang sangat dengan perkataan Parabel, Parabel Tubuh?.

Memang begitu sifatnya sesebuah puisi,dengan ungkapan bahasa yang puitis dan bombastik.Setiap penulis juga seorang penyair punyai kelainan dalam penulisan karya puisinya.

Sebenarnya dalam buku ini penulis telah memberikan maksud dari apa yang dibicarakan dalam Kata Pengantar;

“Parabel bermakna kisah alegori pendek yang direka untuk menggambar atau mengajar beberapa kebenaran, pelajaran moral atau kesedaran kepada keagungan Tuhan.”

Oh, itu maksudnya, aku baca dari satu puisi ke satu puisi.

Memang selayaknya pun Kumpulan Puisi ini  memenangi Anugerah Finalis Sayembara Puisi Kata-Pilar.

Aku tidak bermaksud untuk mengulas,kerana untuk mengulas puisi ini,bukan selayaknya pembaca seperti aku.

Aku cuma pembaca yang menikmati hasil karya penyair. Lain pembaca lain pemahaman , begitu sifatnya puisi,semakin sukar difahami semakin asyik untuk diuliti dan dinikmati.

Bagusnya dalam buku ini,penulisnya menyertakan glosari  bagi memberikan  makna istilah-istilah saintifik bagi memudahkan pembaca memahami maksud tersebut.

Yang pastinya membantu pembaca seperti aku.

Aku punya persepsi sendiri tentang puisi;

“Puisi itu adakalanya sukar untuk difahami tetapi terlalu asyik dinikmati.”


Apa pun tahniah kepada penulis dan juga penyair Taufiq Roslan kerana penghasilan karya ini dan memenangi anugerah pula.


BUKU: Abah Dan Mak Poi Iceland Dan UK

No automatic alt text available.A


Aku tak tahu nak tulis apa. Sama ada tulisan ini sekadar pengenalan,ulasan atau resensi(rasa-rasa tak memenuhi kategori resensi).

Membaca buku ini,secara pribadi bagiku tidak menjemukan, tulisan dengan bahasa mudah dan sangat menyeronokan.Pengembaraan yang sangat indah dan mempersonakan.

Percayalah, bila anda membaca buku ini, mulut anda pasti akan melontarkan kata-kata suci Maha Suci Allah, atau dalam kalimah bahasaArabnya,SubhanAullah.

Mengapa aku katakkan demikian? Mengapa tidaknya, bila melihat gambar-gambar pemandangan indah yang dipaparkan dalam buku ini,terpacul kata-kata indah ini.

Bukankah kehebatan  selayaknya dipuji hanya untuk Dia yang Maha Hebat. Aku yakin bila baca buku ini dapat pahala.Pahala mudah,itu yang aku lalui bila baca buku ini.

Kalau tak salah aku, inilah buku kedua bercorak pengembaraan yang pernah aku baca selepas buku Kembara Sastera tulisan Nisa Haron.Buku yang penuh gambar,tapi bukan buku gambar tau!

Buku yang aku maksudkan, buku ‘Abah Dan Mak Poi Iceland Dan UK’, tulisan Abah Zino.Buku terbitan CK Publication, cetakkan Ogos 2018. Bermula muka surat 6 hingga ke muka surat terakhir 228, gambar-gambar berwarna yang menarik.

Apa yang ada dalam buku ini? Sudah pasti pengembaraan dua orang insan, suami isteri, pun begitu ada dua orang pemandu, selaku yang membawa mereka berdua. Oleh kerana buku ini ditulis,mengisahkan keindahan dan keseronokkan mereka berdua, maka kisah ini adalah kisah mereka berdua.

Melihat mereka dalam musim sejuk di Iceland,terkenang aku lewat beberaa bulan yang lalu bila ke Korea dalam musim sejuk, perghhh,sejuk gila.Bila baca buku Abah Zino ni,rasa nak mengembara lagi, kononlah tu.

Apa ada lagi dalam buku ini? Cerita banyak-banyak nanti, tak beli pula,Oklah kalau nak tahu lebih lanjut kisahnya. Cari buku ini, baca, baca dan baca.

Apa pun, tahniah buat Abah Zino, pengembaraan yang indah ini didokumentasikan denga baik dan menarik sekali. 

Tahniah juga kepada penerbit Ck Publication,harap-harap ada lagi buku bercorak sebegini lagi pada masa akan datang.


Selamat membaca!

Wednesday, November 14, 2018

Menulis Dan Cuti Sakit




Ikutkan hati memang sudah malas mahu menulis diblog ini. Tak macam dulu-dulu masa tengah bersemangat menulis.Apa saja mahu ditulis,orang baca ke tidak tak peduli.Janji ada isi dalam blog.

Seronok bukan main bila dapat menulis lepas itu terbitkan dalam blog. Ini pun disebabkan ada semangat, kalau tidak belum tentu ada perkara yang mahu dikongsikan. Sekadar masukkan gambar buku yang dibeli, itu sahajalah.

Bila duduk-duduk di dalam bilik buku ini, lihat sekeliling buku-buku, bersemarak dan bersemangat pula mahu menulis, seperti ada aura.

Tapi memang betulah, bila lama tidak menulis, terasa payah pula mahu memulakannya.Ini pun aku paksa-paksa diri menulis.Sambil minum kopi

Entah apa yang aku mahu tulis.

Masuk dua hari ini,aku cuti sakit.Gara-gara jatuh motor sewaktu balik kerja dua hari lepas. Walau tak cedera tapi sakit dibahagian tulang rusuk terasa amat. 

Jadi cuti-cuti begini, sambil berehat, cuba buka blog yang semakin bersawang.

Entah ada tetamu menjenguk atau tidak. Biarlah…yang penting masih ingin berkongsi cerita.

Kata isteri malam tadi, sakit itu penghapusan dosa, moga aku reda dengan ketentuan-Nya. Mungkin ada dosa-dosa yang dilakukan, Allah SWT beri sedikit ujian dan musibah untuk aku berfikir dan bermuhasabah diri.

Maklum, manusia tidak pernah sunyi dari berbuat dosa. Moga Allah SWT mengampuni dosa-dosaku.

Aaamiin Ya Rabb!!!

Apa lagi nak tulis?


Buku Autobiografi Mahatma Gandhi

Belian melalui online, buku terakhir yang aku beli dalam bulan oktober 2018. Buku Autobiografi Mahatma Gandhi, Kisah tentang eksperimen-eksperimen Mahatma Gandhi berkaitan kebenaran.Setebal 728 muka surat, berharga RM120.
Image may contain: 1 person, smiling

No automatic alt text available.

Baca Apa-Apa



Orang yang membaca akan dapat apa-apa yang dibaca,
orang yang tidak membaca tidak dapat apa-apapun,maka membacalah jika kita mahu mendapat apa-apa, bacalah apa-apa bacaan pun agar berfaedah untuk kita.

Sunday, November 11, 2018

Membaca Kena Sungguh-Sungguh



 


Membaca kalau tidak dipaksa dengan sungguh-sungguh beginilah jadinya. Tidak seperti bulan lepas, bulan September.Aku memang menetapkan sasaran yang banyak untuk bulan tersebut.

Kesungguhan dan masa yang terluang memang dimanfaatkan sebaiknya.
Pantang ada masa, aku ambil masa untuk membaca, tidak seperti bulan Oktober. 

Kesungguhan, matlamat dan sasaran yang dimahukan tidak ditulis.Maka hasil kuantiti buku yang dibaca hanya enam buah buku. Enam buah buku terlalu sedikit dari segi kuantiti dalam masa sebulan.

Namun begitu, sebenarnya terpulang kepada seseorang pembaca, mahu menetapkan berapapun dalam tempoh sebulan untuk membaca buku. Betullah, kuantiti bagi seorang pembaca adalah rekod pribadi dalam dairi dunia pembacaan mereka, ya itu juga penting bagi seorang pembaca.

Namun begitu lebih penting adalah kualiti hasil dari pembacaan buku yang dibaca. Adakah ia memberi impak dalam diri pembaca? Hasil pembacaanya itu dapat memberikan input dalam dirinya.

Ya, begitu juga dengan aku, membaca mengharapkan ada nilai tambah dalam kehidupan pribadiku. Ilmu dan ibrah dari pembacaan dapat menghasilkan sesuatu kebaikan dalam diri sendiri.

Ya sekali lagi, itulah yang sangat penting hasil dari membaca berbanding dari kuantiti buku yang banyak dibaca. Apapun, semua itu bergantung kepada nawaitu pembaca, apa matlamat dan tujuan mereka membaca.

Membacalah selagi ada daya dan masa.

Wednesday, October 3, 2018

Rindu ANIS

Image may contain: 2 people, people smiling, text Image may contain: Siti Mahfuzah Ibrahim

Image may contain: Siti Mahfuzah Ibrahim Image may contain: 6 people, including Zaman Shah Saiyan and Siti Mahfuzah Ibrahim, people sitting

Rindu kat Anis, sejak beberapa bulan ni tak jumpa, tak tahu apa khabarnya Anis.

Petang ini disebabkan rindu sangat dengan Anis terpaksalah aku cari gambar(majalah Anis) yang lama-lama...betul ke Anis dah tak ada?
Sedih tau!😊😢

Belek Anis, Mei 2007, Khas Hari Ibu...ada cerita dan kisah keluarga sebelah isteri. Ada wajah ibu mertua dan bapa mertua(Alfatihah untuk mereka).

Terimbau pula kenangan lalu...

Belek-belek ada juga gambar aku dan isteri di situ.Ada juga gambar dalam majalah...

Sewakti Team Galeri Ilmu bertandang di rumah emak Bukit Lancung, kebetulan aku dan isteri juga di rumah emak.

Mereka ada sisi temuramah dengan ahli keluarga untuk isu khas hari ibu untuk keluaran Anis bulan mei 2007.

Kisah ibu ayah membesarkan 13 orang anak...ada kisah mimpi emak, ada cerita arwah abang Asri,ada tips jaga badan lepas bersalin dari Arwah Emak.

Banyak lagi kisahnya....😊


Alfatihah buat Almarhum Ibrahim bin Busro, Almarhumah Hajah Rubiah binti Hj Ehsan dan Almarhum Mohd Asri Ibrahim.

Sunday, August 26, 2018

LGBT Hangat Di Pasaran


No automatic alt text available. Image may contain: text
No automatic alt text available.

Isu hangat dan panas sejak beberapa minggu ini. Mungkin ramai yang sudah lupa tentang kisah Nabi Lut...LGBT...
"...perjuangan para nabi penuh pahit getir dan suka duka. Mereka tidaklah berjalan di atas karpet merah ditabur bunga dipuji orang melainkan berjuang mengorbankan tenaga, diancam nyawa dan dibenci orang. Kisah para nabi sudah berlalu ribuan tahun. Namun adakah masih releven pada zaman kini."
Syed Azharul Asriq, buku Nabi Lut Melawan LGBT, Nabi Syuib Melawan Kapitalis dan Kisah-kisah lain,2017.




Buku Baru Benz Ali

No automatic alt text available.
No automatic alt text available.


Belian secara online melalui FB dan Whatsupp terus kepada penulisnya. Dua buah buku terbitan Republik Buku, Benz Ali selamat sampai semalam. Buku M.A.H.A.T.H.I.R , Sebuah Fiksyen Politaik dan Khutbah Alternatif.
Sebuah buku percuma,'Akhirnya Ku Temui Kebenaran.'
Apapun buku siapapun penulisnya selagi namanya buku, aku baca.Gunakan kebijaksanaan ketika membaca.😊👍💖

Saturday, August 25, 2018

Melayu Bangsa Pendatang?

No automatic alt text available. Image may contain: 1 person, text
Image may contain: text No automatic alt text available. No automatic alt text available.

Marah dengan kenyataan ini? Sudah tentu ramai yang marah. Kau dan aku, sensitif tak?
Beberapa hari ini timbul isu ini yang dilontarkan oleh seorang menteri, yang barangkali sudah banyak khatam pelbagai buku sejarah berkaitan bangsa-bangsa dunia.
Lalu dengan yakin melontarkan kata-kata ini. Tapi sejurus dari itu beliau telah menafikan selepas sudah viral kenyataannya yang dilaporkan akhbar.
Sama ada menteri kata begitu atau tidak, kenyataanya telah membuatkan sebahagian bangsa Melayu terasa hati.
Apa perlunya kenyataan ini dibangkitkan. Rasanya tidak perlu dan memang tidak perlu. Disaat konon katanya ingin membina Malaysia Baru, apa perlunya semua itu.
Jagalah sensitiviti semua bangsa. Melayu, Cina, India, Iban,Kadazan dan lain bangsa yang ada di Malaysia.Kau mahu rakyat hidup aman damai dan harmoni tapi kau sendiri tidak begitu.
Menteri fokus dan tumpu pada tugas serta kerja yang dilakukan sudahlah. Tak perlulah mengeluarkan kenyataan yang menyumbang kearah keretakan hubungan kaum.
Cukup-cukuplah nak kata, bangsa aku datang dulu dari bangsa kau, kau tu bangsa...bla...bla...bla...
Hah! Marah... hah! Tepuk...
Jadi, setiap bangsa ada sejarahnya, cukuplah jangan gaduh-gaduh. Masing-masing boleh cari buku sejarah bangsa masing-masing. Baca bukan untuk mencari siapa dulu tapi baca untuk mencari kebenaran.
Baca!
Sejarah tak pernah menipu, cuma mungkin penulis sejarah yang tidak jujur boleh menipu prihal fakta sejarah yang benar.
"Bangsa yang tidak Mempelajari sejarah, lalu sejarah akan mengajarnya kembali."
Cukuplah! Bercakap prihal sensitif seperti ini bukan semua suka kan. Kau bangsa pendatang ke bukan pada hakikatnya memang kita ini bangsa yang didatangkan oleh Allah SWT dengan Ibu dan bapa yang sama iaitu Adam dan Hawa.
(Mohon perbetulkan jika tulisan ini tidak betul)
Dibawah ini petikan dari buku-buku yang aku miliki tentang sejarah bangsa Melayu. Ditulis oleh mereka yang sememangnya sangat berautoriti.
"Sebuah bangsa yang tidak mengenali sejarahnya sendiri tidak mungkin dapat melangkah jauh ke hadapan. Tanpa penghargaan terhadap kegemilangan yang pernah dicapai oleh nenek moyang mereka, bangsa Melayu Muslim ini hanya akan menjadi pentaksub kepada bangsa lain sama ada Inggeris di Barat, mahu pun bangsa Arab yang sudah pudar kegemilangannya."
Rohidzir Rais. dalam tulisan Prakata dalam buku Biografi Agung Syeikh Arshad Al-Banjari. Buku tulisan, Abdul Rahman Hj.Abdullah.
"Penemuan baru bahawa kedatangan Jepun ke Tanah Melayu mempunyai hubungan dengan Kerajaan Turki Uthamaniah yang bekerjasama untuk menghalau penjajah Inggeris dari bumi umat Islam."
Petikan dari buku: Gerakan Pe-Jihad Menghadapi Konspirasi Penjajah Dan Manipulasi Sejarah. Tulisan Abdul Rahman Hj.Abdullah.
"Bangsa yang tidak Mempelajari sejarah, lalu sejarah akan mengajarnya kembali."
Petikan dari buku: MALAYONESIA Kerdipan Bintang Melayu Di Langit Melayu. Tulisan Mat Rofa Ismail.
"...dosa paling besar yang dilakukan penjajah adalah apabila mereka sengaja merampas sejarah agung sebuah bangsa Melayu Muslim di Tanah Melayu!
Petikan dari buku: Kerdipan Bintang MELAYU Di Langit TURKI. Tulisan Mat Rofa Ismail.
"Dalam sejarahnya Melayu itu pengembara lautan. Melorongkan jalur sejarah zaman. Begitu luas daerah sempadan. Sayang...kini segalanya kehilangan."
-Usman Awang-Sasterawan Negara
Petikan dari buku: Membongkar DUNIA MELAYU-Pribumi Asia Tenggara Menjawab Kekeliruan Sejarah. Tulisan oleh, Srikandi,Al-Semantani Ibnu Rusydi.

Koleksi Sasterawan A.Samad Said

No automatic alt text available. No automatic alt text available.
No automatic alt text available.

Sebahagian kecil buku-buku karya sastera, Sasterawan Negara A.Samad Said yang dapat aku miliki dalam bilik bukuku.
Tentunya masih banyak lagi yang aku belum miliki. InsyAllah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Menulislah Pedulikan Nama

"Betulah kata-kata, menulis bukan kerana nama,memang betulah tapi jika penulis tiada nama susah juga mahu maju kehadapan,tapi itu se...