Macam-Macam Malaysia Baharu


Mahu tak mahu kena ambil tahu juga, apa yang berlaku disekeliling kita. Dalam diri, keluarga, masyarakat  dan seterusnya dunia luar. Macam-macam berlaku dan terjadi,ekonomi, politik,agama, budaya,cuaca dan pelbagai lagi.

Selagi yang bernama kehidupan,beginilah yang akan dirasai dan dihadapi oleh semua manusia di muka bumi ini. Melihat keadaan situasi politik dalam Negara ini, pasca pemerintahan baharu, aku melihat pelbagai isu timbul dan sungguh tidak menyenangkan secara pribadiku.

Bermulalah dari al-kisah janji-janji politik melalui manifesto yang dijanjikan,penghakiman skandal-skandal durjana terdahulu, kedangkalan minda ahli politik, isu agama, kaum,bahkan isu yang terkini(isu ICERD)membuatkan sebahagian masyarakat amarah.


Belum lagi nak cerita masalah kehidupan rakyat yang seolah tidak berubah lagi dari segi ekonominya. Barang terus mahal, minyak pun tidak turun-turun apatah lagi tol yang diwar-warkan akan ditiadakan juga kini sudah dikatakan tidak boleh dimansuh.

Belum lagi janji PTPTN, nasib mahasiswa dan mahasiswi yang berhutang, 
sebelum PRU janji mansuh,kini dikatanya kena bayar…aduhai,alahai…kena kaji semula?Pusing-pusing begitu juga.

Apa yang aku utarakan ini,dah klise tapi bagi aku masih releven dibicarakan, dan rasanya rakyat masih ada yang berbicara berkaitan dengannya.

Bagaimanalah corak Malaysia Baharu yang didendangkan beberapa bulan ini?

Betullah yang aku dengar,tentang rasuah mahu dihapuskan, pentadbiran Negara dengan tatakelola lebih baik.Jika begitu baguslah, usah hanya manis berbicara dan sebaliknya. Jika benar mahu perbaiki sistem kehakiman Negara, ya! Bagus.

Dari pelbagai aspek kepincangan yang ada dari kerajaan terdahulu jika sememangnya ada wujud, aku sebagai warga Negara Malaysia amatlah bersetuju dengan segala macam pembaharuan yang ingin dilaksanakan.

Perkara baik niat murni,siapa yang tidak sokong? Harap-harap,apa yang dikatakan Malaysia Baharu ini biarlah telus,khususnya untuk rakyat yang memberi kepercayaan kepada kerajaan baharu ini.

Lakukanlah demi rakyat yang mahu kehidupan mereka terjamin.Usah hanya menyalahkan kerajaan terdahulu,jika memang ada segala kedurjanaan kerajaan terdahulu adililah mereka yang banyak melakukan songlap keatas harta Negara ini.

Bagi aku, jika ada kes dan bukti usah dilewat-lewatkan segera dibawa ke pengadilan. Jika didapati bersalah hukum dan humban ke dalam penjara. 

Rakyat mahu lihat itu semua,tiada dolak-dalik,tiada tarik tali.

Kepada para YB dan menteri,bertugaslah dengan amanah, tugas anda bukan tugasa main-main,tugas anda akan dipersoalkan diakhirat terutamanya para menteri Melayu beragama islam.

Jangan ingat kamu diberi kuasa,kamu menongkat langit dengan kuasa yang ada.Tunaikan apa janji-janji yang kamu janjikan sewaktu berkempen beberapa bulan yang lalu.Ingat rakyat boleh menghukum kamu, kuasa yang ada bila-bila masa boleh hilang jika Allah SWT kehendaki.

Tugas membangkang dikalangan para pembangkang juga harus dilaksanakan dengan bijak. Para pembangkang punyai tugas yang lebih untuk menyakini rakyat jika mahu rakyat mempercayai perjuangan kalian.

Baik pemerintah atau pembangkang sewajarnya jangan suka ponteng sidang parlimen yang diadakan. 

Ingat titah sultan! Duduk jangan lari!

Jika itu pun tidak faham lagi,baik letak jawatan sebagai YB atau Menteri.

Rakyat menilai anda semua.Baik pemerintah dan pembangkang,kini anda sedang disaksikan oleh jutaan rakyat yang peka,prihatin dan tidak buta atau pekak.


Awas! Kuasa yang anda miliki milik Allah SWT.

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi