MENULIS SELAGI MASIH ADA HAYAT

Monday, March 11, 2013

Sajak: Perjalanan Suci




Perjalanan Suci

Perjalanan suci menuju ilahi
anugerah istimewa yang diberi
usah diabai dan diengkari
mesti disyukuri agar ibadah menjadi.

Beruntunglah pada diri
kerana terpilih, menjadi tetamu ilahi,
perjalanan suci elakan sifat amarah
buangkan segala mahzummah
sucikan hati untuk ziarah dan umrah.

Bersihkan diri sucikan hati
banyakkan berzikir ingatkan ilahi
perjalanan suci pasti diredai
amal ibadah pasti diberkati.

Buangkan sikap riak yang keji
betulkan niat sebelum pergi
tetap teguh pada yang PASTI
pada ilahi sudah semesti tetapkan niat nan suci
jika tidak rugi kemudian hari.

Tinggalkan dunia sementara di hati
di hadapan kaabah rendahkan hati
tunduk patuh hanya pada ilahi
DIAlah hanya yang memberi rezeki.

Berpakaian ihram putih bersih
tanda hati tulus pada ilahi
pakaian putih bersih itulah
yang akan membungkus diri bila mati.

Pada tawaf dan saie
menguji minda dan fizikal diri
hanya tautan hati pada ilahi
iman dan taqwa pasti diberi
sebagai bekal penguat emosi.

Usah sesekali dilupai sebarang seminit atau seinici
pada ilahi pabila ibadah sedang dikerjai
kerana hanya DIAlah
penolong pada diri sendiri.

Tetapkan hati banyakan berdoa
merintih-rintih, merayu-rayulah
pada setiap munajat yang dilaku
hanya DIAlah yang Maha Mendengar apa yag dihajati dan dirayu.

Semoga perjalanan suci ini tetap di atas landasan yang Satu
pada panduan yang jitu
insyallah ibadah ziarah dan umrahmu
diterima ilahi sebagai umrah yang mabrur.

Amin Ya…Rabb, begitulah impian dan harapan kami.

Masshah 2013
Bilik buku
meru

Saturday, March 9, 2013

Sajak: Pusaka Abadi




Pusaka Abadi

Pusaka abadi
peninggalan seorang nabi
jangan sesekali kau tinggali
kelak nanti kau akan rugi.

Pegangi dan ikuti
telusuri segala sirah dan sunnahnya
pakailah dan hiaslah
sebagai penghias pribadi diri.

Usah disanggahi dan diragui
segala peninggalan ini
ia adalah pusaka yang akan diwarisi
dari satu generasi ke satu generasi
hingga ke akhir zaman.

Ingati pada diri
usah sesekali mencaci dan mengeji
pusaka abadi ini,
kelak merana, akhirat menanti
rugi diri sendiri.

Agar pusaka ini terus diwarisi
amalkan pada diri, keluarga, masyarakat dan Negara.

Yakinilah dunia pasti harmoni.

Masshah 2013
Bilik buku
Meru.

Wednesday, March 6, 2013

Sajak: Ku Hadir




Ku Hadir

Ku hadir dipersetiga malam
menyahut panggilan-MU
ku sahut jemputan-MU
untuk mendapat Rahmat
dan kasih sayang-MU.

Ku hadir, tika umat sedang
nikmat dengan dengkur,
ku datang, tika jiwa
rasa rindu teramat
pada Rabb.

ku hadir, dengan harapan
cintaku kau balas.
ku dekat bermunajat
agar segala berkat dan nikmat
meresap di kalbu

Terimalah aku Ya...Rabb...!

Masshah
Bilik buku
Meru.



Monday, March 4, 2013

Sajak: Buat Perwira Pertiwi



Buat Perwira Pertiwi

Pengorbananmu
terlalu tinggi buat pertiwi
pada setiap sempadan negeri
kau kawali setiap waktu
tanpa ada rasa letih dan jemu
kerana kau tahu itu tugasmu.

Pada setiap tempat yang kau jagai
nyawamu belum tentu
kerana bila-bila masanya melayang tanpa diundang
biar berkorban atau terkorban tiada gentar dalam jiwamu
semangat perwira pembela pertiwi
kuat , kukuh, teguh dalam semangat juangmu.

Perjuanganmu bukan kerana nama,
bukan kerana pangkat,
juga bukan kerana mengejar darjat
namun, namamu akan tersemat kuat melekat
pada setiap jiwa umat,
yang sentiasa menghargai perjuangan dan pengorbanamu.

Kaulah perwira pertiwi selamanya di hati kami.

Masshah 2013
Bilik buku
Meru.

Sunday, March 3, 2013

Sajaj: Pada Usia




Pada Usia

Usia hanya pinjaman
buat insan,
jangan dilupa bekalan
kelak tiada kerugian.

Manfaatkan usia
yang masih tersedia
agar hidup tidak dipersia-sia.

Pada usia yang bertambah
bukan untuk dipersia
agar sentiasa bersedia
untuk ke sana.

Pada usia yang ada
pengingat diri yang alpa
agar nikmat tidak dilupa
ia pinjaman sementara
esok, lusa atau entah bila
kembali kepada-NYA.

Pada usia yang semakin dewasa
lupakan sengketa sesama
saling bermuhasabah
saling berjanji setia
agar usia dinikmati dan dimanfaati bersama.
Pada usia usah diingkari nikmat ilahi
syukuri yang diberi
agar  hidup bahagia dan harmoni.

Ingatlah wahai diri
pada usia yang diberi
jangan dipersia walau seinci
kelak kau akan rugi.

Masshah 2013
Bilik buku
Meru.

( Ditulis sempena ulangtahun kelahiran pada 2.3.2013 )

Sajak: Lahad Datu Oh Lahad Datu






Lahad Datu Oh Lahad Datu

Ada yang sudah tahu
ada yang tidak tahu
ada yang buat-buat tak tahu
ada yang tak nak ambil tahu
ada yang langsung tak tahu.

Lahad Datu oh Lahad Datu
ada yang terkedu
ada yang termanggu
ada yang tidak tentu
ada yang melulu
ada yang cuba mahu menipu
ada yang mahu buat salah laku
ada yang mahu bikin sandiwara.

Lahad Datu oh Lahad Datu
ada yang merayu
ada yang kelu
ada yang keliru.

Pada akhirnya…lahad datu…
ada yang sendu
ada yang pilu
ada yang sayu.

Masshah 2013
Bilik buku
Meru.

Ole-Ole Dari Karnival Gudang Akhir Tahun 2017 Karangkraf

Beberapa buah buku  untuk koleksi bacaanku dan bilik buku. Hari kelima, hari terakhir Karnival. Buku-buku untuk cenderahati Hari ...