Sajak: Perjalanan Suci




Perjalanan Suci

Perjalanan suci menuju ilahi
anugerah istimewa yang diberi
usah diabai dan diengkari
mesti disyukuri agar ibadah menjadi.

Beruntunglah pada diri
kerana terpilih, menjadi tetamu ilahi,
perjalanan suci elakan sifat amarah
buangkan segala mahzummah
sucikan hati untuk ziarah dan umrah.

Bersihkan diri sucikan hati
banyakkan berzikir ingatkan ilahi
perjalanan suci pasti diredai
amal ibadah pasti diberkati.

Buangkan sikap riak yang keji
betulkan niat sebelum pergi
tetap teguh pada yang PASTI
pada ilahi sudah semesti tetapkan niat nan suci
jika tidak rugi kemudian hari.

Tinggalkan dunia sementara di hati
di hadapan kaabah rendahkan hati
tunduk patuh hanya pada ilahi
DIAlah hanya yang memberi rezeki.

Berpakaian ihram putih bersih
tanda hati tulus pada ilahi
pakaian putih bersih itulah
yang akan membungkus diri bila mati.

Pada tawaf dan saie
menguji minda dan fizikal diri
hanya tautan hati pada ilahi
iman dan taqwa pasti diberi
sebagai bekal penguat emosi.

Usah sesekali dilupai sebarang seminit atau seinici
pada ilahi pabila ibadah sedang dikerjai
kerana hanya DIAlah
penolong pada diri sendiri.

Tetapkan hati banyakan berdoa
merintih-rintih, merayu-rayulah
pada setiap munajat yang dilaku
hanya DIAlah yang Maha Mendengar apa yag dihajati dan dirayu.

Semoga perjalanan suci ini tetap di atas landasan yang Satu
pada panduan yang jitu
insyallah ibadah ziarah dan umrahmu
diterima ilahi sebagai umrah yang mabrur.

Amin Ya…Rabb, begitulah impian dan harapan kami.

Masshah 2013
Bilik buku
meru

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi