Sajak: Buat Perwira Pertiwi



Buat Perwira Pertiwi

Pengorbananmu
terlalu tinggi buat pertiwi
pada setiap sempadan negeri
kau kawali setiap waktu
tanpa ada rasa letih dan jemu
kerana kau tahu itu tugasmu.

Pada setiap tempat yang kau jagai
nyawamu belum tentu
kerana bila-bila masanya melayang tanpa diundang
biar berkorban atau terkorban tiada gentar dalam jiwamu
semangat perwira pembela pertiwi
kuat , kukuh, teguh dalam semangat juangmu.

Perjuanganmu bukan kerana nama,
bukan kerana pangkat,
juga bukan kerana mengejar darjat
namun, namamu akan tersemat kuat melekat
pada setiap jiwa umat,
yang sentiasa menghargai perjuangan dan pengorbanamu.

Kaulah perwira pertiwi selamanya di hati kami.

Masshah 2013
Bilik buku
Meru.

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi