MENULIS SELAGI MASIH ADA HAYAT

Saturday, July 4, 2020

Menulislah Pedulikan Nama


"Betulah kata-kata, menulis bukan kerana nama,memang betulah tapi jika penulis tiada nama susah juga mahu maju kehadapan,tapi itu semua bergantung kepada nawaitu seseorang itu mahu menulis untuk apa.

 Semua perkara ada jalannya,ada petunjuk dan suluhannyaJika ada kemahuan di situ pasti ada jalannya.

Aku jika mahu menulis dan menjadi penulis janganlah menunggu ada nama,pedulikan nama. 

Belajarlah,berlatihlah,bertatih,merangkak,dan berjalanlah sendiri,yak─źn pada diri sendiri,istiqamah...

tapi jika asyik bertangguh,tertangguh, jangan salahkan  sesiapa.Salahkan diri sendiri, atau cuma berangan-angan"

masshah 2020

Rugi Jika Tidak Membaca



"Tidak membaca kamu tidak apa-apa,
cuma kamu akan kerugian"

masshah 2020

Tuesday, January 28, 2020

Kedudukan Kita Aturan Allah SWT


“Dimana pun kedudukan kita sekarang,itu aturan Yang Maha Kuasa.
Semoga kita menjadi hamba Allah yang bersyukur.”



Sunday, January 26, 2020

Masa Yang Pergi Takkan Kembali


Januari 2020 tinggal beberapa hari lagi kepenhujungnya,begitu pantas masa bergerak.Begitu juga seharusnya kita dalam mengendali kehidupan.Masa yang berlalu takkan berulang,ia akan terus meninggalkan kita.

Apapun,kita terus bergerak kehadapan  tanpa menoleh kebelakang.Di tahun manapun kita berada,hidup mesti diteruskan selagi hayat dikandung badan.Semoga kita bukan dari kalangan manusia yang kerugian.

“Sesungguhnya manusia dalam kerugian…”

Menulislah Pedulikan Nama

"Betulah kata-kata, menulis bukan kerana nama,memang betulah tapi jika penulis tiada nama susah juga mahu maju kehadapan,tapi itu se...