Posts

Showing posts with the label Nur Dania Balqis

Hadiah Dari Ummi

Image
Seperti biasalah, setiap ulangtahun kelahiran pasti ada hadiah untuk anak-anak. Buat mengembirakan hati mereka. Tahun ini, seperti tahun yang lalu, hadiah buku juga yang diberikan kepada Dania. Ummi hadiahkan buku komik untuk Dania, itu cukup mengembirakan dirinya. Sesuailah dengan usia Dania, mahu dibelikan bacaan yang berat mungkin  belum tahap dirinya, satu masa nanti sesuailah untuk Dania membaca buku yang lebih bagus sesuai dengan umurnya nanti. Semoga Dania terus menyukai buku dan membaca.

Selamat Ulangtahun Nur Dania Balqis

Image
Tanggal 14hb 04 2018, Sabtu. Genaplah usia Dania 9 tahun. Kami meraikan secara kecil-kecilan bagi mengembirakan permata hati kami yang pertama. Pejam celik-pejam celik sudah meningkat usia seiring dengan usia Abi dan Umi yang semakin bertambah. Hati mana yang tidak rasa sayu, gembira melihat anak-anak semakin membesar. Terima kasih Ya Allah memberiku nikmat anak-anak buat kami. Buat Dania Abi dan Umi sentiasa mendoakan agar sentiasa dipelihara Allah SWT,diberi kesihatan yang baik, menjadi anak solehah buat Abi dan Umi. Dan Dania menjadi contoh buat adik-adikmu. Aamiin Ya Rabb!!! AMBOI! Cerianya Dania nak potong kek, adik Huzaifah pun ikut ceria ya... Posing dulu sebelum potong kek. Semoga menjadi anak solehah dan menjadi contoh buat adik-adikmu. Sayangi Abi dan Umi serta adik-adikmu. Sayang Dania selalu!

Dania Dan Buku

Image
Memang seronok melihat anak-anak suka kepada buku. Melihat kepada Dania yang sedang menyusun buku-bukunya membuatkan aku gembira. Ada masanya tekun dengan membaca, ada masanya bermain dengan buku-buku. Macam-macam karenah dan ragam anak-anak dengan buku. Harap-harap berterusan Dania menyukai buku...