BANTAH DAN BERTINDAK SECARA BIJAKSANA
1)Beberapa hari ini, ramai mengecam serta membuat bantahan terhadap YB Pasir Puteh. Dan meminta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap beliau.
Biarlah tugas ini kita serahkan kepada mereka yang berkuasa.
2)Aku secara pribadi pun sangat tidak bersetuju dengan ungkapan atau ucapan beliau terhadap sosok tubuh sahabat Nabi SAW yang beliau sebutkan.
Tidak sewajar atau sepatutnya.
Ucapan beliau, jika sememangnya begitu dimaksudkan, wajar dikecam dan dikutuk!
3)Pun begitu secara pribadi Aku tidak menonton secara keseluruhan ceramah yang beliau sampaikan. Cuma tengok dan dengar potongan video yang tular dimedia sosial sahaja.
4) Alhamdulillah, segala respon oleh pihak yang berautoriti dalam menegur YB tersebut pun sudah dilontarkan oleh mereka yang berilmu.
Ilmuan dan cendikiawan Islam seperti mufti, para ulamak, dan agamawan turut menegur dan meminta YB tersebut menarik balik dan meminta maaf kepada seluruh Umat Islam.
5)Pak menteri, ahli politik pun bersungguh mengecam ucapan yang dianggap kurang ajar terhadap sosok sahabat Nabi SAW tersebut.
Ucapanku;
"Syabas dan tahniah atas keperhatinan kalian terhadap tidak redo atas penghinaan sosok mulia itu".
Satu sifat terpuji kerana membela sahabat Nabi SAW.
6)Pun begitu, Aku melihat isu ini semakin panas, biarpun YB tersebut sudah memohon maaf kepada semua atas keterlanjuran ucapan beliau.
Masih ada yang tidak puas hati dan meminta tindakan keras terhadapnya. Setakat yang Aku tahu hari ini beliau sudah dipanggil oleh pihak berkuasa.
7)Namun begitu kecaman,kutukan dan kritikan terhadap beliau masih berterusan dimedia sosial.
Terasa ngeri pula melihat dan membaca kritikan serta komen-komen mereka.
8)Oleh kerana beliau berucap ketika itu atas parti PAS, maka kecaman dan kritikan, bahkan cacian dan makian terhadapnya semakin menjadi-jadi, bahkan dengan sendirinya parti PAS dan pimpinanya turut sama dikecam terutamanya oleh musuh-musuh politik masing-masing.
Atas penghinaan terhadap sahabat Nabi SAW.
9)Aku yakin dan percaya, pihak pimpinan PAS telah melakukan sesuatu terhadap isu yang panas ini, terutamanya kepada YB tersebut, jika ia benar-benar telah melanggar prinsip perjuangan parti.
Tindakan telus, teliti dalam mengungkapi dan menyelesaikan isu ini dengan saksama.
Jika perlu tindakan tegas terhadap YB tersebut, buatlah, untuk merehatkan beliau beberapa waktu.
Proses muhasabah diri.
10)Cuma, Aku selaku rakyat biasa melihat isu ini sangat diambil kesempatan oleh musuh-musuh politik dan pendokong masing-masing.
Jika dilihat sebelum ini, isu-isu yang sangat menyakitkan hati rakyat tidak begitu direspon oleh mereka yang sewajarnya.
Jika ada pun selepas beberapa hari isu tersebut, itupun setelah kecaman demi kecaman barulah mereka menonjolkan diri.
Tak perlulah Aku senaraikan lambakan isu-isu yang sepatutnya segera diambil tindakan tetapi dibuatnya macam tiada apa-apa.
Terpulanglah kepada rakyat untuk menilainya.
Tepuk dada tanya iman.
Jangan tanya kepada Aiman, sebab Aiman akan jawab;
Aiman tak kisah!
11)Kesimpulannya, buatlah sesuatu dengan kebijaksanaan dan adil. Befikir dahulu bila bercakap. Ungkapan kita akan dinilai oleh masyarakat juga para musuh akan mengambil kesempatan.
Justeru itu, sesiapapun akan pernah melakukan kesalahan atau kesilapan.
Sekali lagi ditegaskan, siapapun yang buat salah, baik orang awam, Pak Menteri,YB, atau siapa sahaja dari bangsa apa, agama apa sekalipun Aku akan bantah dan kecam, jika tindakannya memudaratkan keharmonian Negara.
Aamiin Ya Rabb!
#isusemasa
#politiksemasa
#kritikkomen

Comments
Post a Comment