Posts

Showing posts with the label Koleksi Pantun

Taringnya Makin Tumpul

Image
Ucapanya masih berdegar Taringnya makin tumpul Meluat mahu orang dengar Urat otak banyak bersimpul. Masshah 20072016 Meru.

Pantun Perpaduan

Image
Pantun Perpaduan Tersipu malu duduk bersimpuh Senyum terukir dibibir manis Usah melulu dalam menuduh Kelak berpecah hilang harmonis. Jalan seiringan berpimpin tangan Berbicara bahagia indah dimuka Bersatu padu jadikan pegangan Keluarga bahagia negara merdeka. Teguhkan ikatan eratkan persaudaraan Rukun perpaduan mesti bersatu Kuatkan hubungan jauhi persengketaan Harmoni negara berkat berpadu. Sesekali jangan berpecah-belah Satu kariah bahkan negara Bersatu hati saling berhemah Hidup bahagia negara sejahtera. Masshah 08122016 Meru.

Harmoni Ceria Lebaran

Image
Harmoni Ceria Lebaran Di hari lebaran saling bersua Dengan senyuman bertaut mesra Setahun sekali kita berjumpa Usah pula di raut wajah berduka. Berkunjung-kunjungan kita raikan Bersama rakan taulan kegembiraan Saling berkasih sayang bermaafan Eratkan ukhwah tanda keimanan. Jauh merantau nun di sana Miskin kaya sama bergembira Usah dicerca dihina insan sama Kelak nanti di sana pasti bahagia. Senyum gembira di pagi lebaran Tua muda miskin kaya bersalaman Buangkan rasa besar diri keegoaan Kita raikan kesyukuran kebersamaan. Bergembiralah usah berduka lara Senyumlah dengan saudara mara Tidak lupa pula semua jiran tetangga Hidup rukun damai harmoni ceria. Hari raya rayakan penuh kesyukuran Tandanya berjaya berpuasa sebulan Tiba syawal  tanda perginya ramadan Kepada Ilahi Ya Rabbi pohon keredaan. Masshah 1072016 Meru.

Pantun Untuk Panda

Image
Pantun Untuk Panda Lama sudah cerita fasal panda Ramai dah meluat ini kisah Sekadar dengar tengok sahaja Untuk rakyat bukan dapat faedah. Nak tengok panda ke zoo Negara Untuk rakyat patut tak perlu bayar Panda ini bukan sebarangan panda Hadiah istimewa buat penyokong tegar. Untuk panda ditatang disayang Makan minum teratur dijaga Untuk rakyat disuruhnya berhutang Siang malam pagi petang kerja. Ramai sudah hati yang rusuh Pemimpin pula bagai tiada apa Barang naik nila ringgit jatuh Pemimpin sibuk melayan anak panda. Barangan naik semua naik tinggi Ada yang kata baik untuk Negara Untuk rakyat semuanya ada giesti Keuntungan giesti separuh untuk panda. Rakyat susah langsung tak peduli Pemimpin joli sini joli sana Negara boleh jatuh kerna korupsi Rakyat sengsara panda tak merana. Panda lahirkan anak, pemimpin suka Ditatang disayang bagai anak sendiri Ramai marah tengok macam celaka...

Pantun: Pelembut Nubari

Image

Pantun: Hari Raya Tanda Bersaudara

Image
Setahun datangnya hanya sekali Habis puasa kita meraikannya Itu tandanya Ramadan berlalu pergi Kini syawal harmoni datang pula. Sebulan sudah kita berpuasa Tanpa mengenal penat dan letih Ramadan kini tinggalkan kita Syawal pula disambut meriah Hari raya ziarah menziarahi Tanda kita saling bersaudara Anak-anak, suami dan isteri Saling bermaafan sesama kita. Yang jauh pulang ke kampong Mahu meraikan hari raya Usah terpekik dan melolong Pulanglah dengan hati gembira. Buangkan duka di hari raya Agar bahagia hati selalu Usah dikenang cerita lama Kita tukar dengan cerita baru. Berhari raya usah bergajet asyik Hilang semua lupa bersilaturahmi Berbicaralah bergembira usik mengusik Tanda persaudaraan semakin harmoni. Masshah 20072015 Meru.

Pantun: Raikan Raya Bersama

Image
Bersama kita meraikan Hari gembira hari raya Jaga pribadi adab sopan Agar berpahala tak sia-sia. Ada tetamu kita raikan Tak kira miskin atau kaya Hari raya bermaaf-maafan Usah diungkit kisah lama. Berbasikal atau berkereta Usah dilihat pada zahirnya Kita semua kan bersaudara Allah melihat ketaqwaanya. Tetamu datang disambut gembira Tak kira tua mahupun muda Senang hati bersua berbicara Adab bergaul kena ambil kira. Jangan pula asyik bercerita Besenda gurau terlebih pula Seruan azan usah disia dileka Tunaikan solat dengan segera. Di hari raya bermanis muka Jauhi gaduh-gaduh sengketa Semua insan mahu ke syurga Tak siapa mahu ke neraka. Maaf andai terlebih kata Kita ini kan insan berdosa Sampai masa pergi jua Mohon maaf kepada semua. Masshah 19092015 Meru.

Pantun: Pantun Semangat Diri

Image
Keluar negara mengembara Cari pengalaman buat diri Hidup jangan berputus asa Kelak  tanggung rugi sendiri. Belajar tinggi di luar negara Bawa balik berjela ijazah Usah dilupa jasa negara Jauhi diri minda penjajah. Mendaki gunung di negeri sabah Bersama rakan penuh harapan Usaha gigih penuh tabah Masa hadapan jadi tatapan. Meredah hutan mencari bakau Buat penguat tapak rumah Hindarkan dari santau menyantau Kelak menyesal hilang maruah. Membeli ikan dari peraih Buat santapan makan malam Usaha tekun penuh gigih Hidupkan bahagia takkan kelam. Menjala ikan di tengah lautan Ikan jenahak dibawa pulang Usah lupa doa pada Tuhan Hidup tenang bahagia sekarang. Memetik bunga di taman sari Untuk hiasan di atas meja Dengar motivasi semangat diri Kuat usaha pasti berjaya. Masshah 2014 21122014 Meru.