MENULIS SELAGI MASIH ADA HAYAT

Wednesday, July 6, 2016

Harmoni Ceria Lebaran


Harmoni Ceria Lebaran

Di hari lebaran saling bersua
Dengan senyuman bertaut mesra
Setahun sekali kita berjumpa
Usah pula di raut wajah berduka.

Berkunjung-kunjungan kita raikan
Bersama rakan taulan kegembiraan
Saling berkasih sayang bermaafan
Eratkan ukhwah tanda keimanan.

Jauh merantau nun di sana
Miskin kaya sama bergembira
Usah dicerca dihina insan sama
Kelak nanti di sana pasti bahagia.

Senyum gembira di pagi lebaran
Tua muda miskin kaya bersalaman
Buangkan rasa besar diri keegoaan
Kita raikan kesyukuran kebersamaan.

Bergembiralah usah berduka lara
Senyumlah dengan saudara mara
Tidak lupa pula semua jiran tetangga
Hidup rukun damai harmoni ceria.

Hari raya rayakan penuh kesyukuran
Tandanya berjaya berpuasa sebulan
Tiba syawal  tanda perginya ramadan
Kepada Ilahi Ya Rabbi pohon keredaan.

Masshah
1072016
Meru.

2 comments:

  1. Assalam. Wah! Masshah memang meminati puisi ya... terima kasih ya sbb lawat LAMAN SUTERA... kalau Masshah nak miliki Fanzine Laman Sutera tu sila whatsapp akak, 019 284 3625. T. Kasih.Salam perkenalan ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Kak Ozie, TERIMA KASIH BERKUNJUNG ke teratak puisi hamba yang entah apa-apa ini. Ya...saya kepingin memiliki buku puisi itu, nanti aku wahsupp sama kamu ya;).

      Delete

Jangan Berhenti Membaca