Catatan Ringkas Syawal 1436H/2015M (1)
Syawal Pertama: 1 Syawal 1436H/17HB 07 2015M Sebelah pagi, seusai mandi sunat ei’dulfitri aku bersiap-siap berpakaian untuk pergi ke Surau, menunaikan solat sunat ei’dulfitri, aku pergi dengan anak bujangku, Muhammad Anas, sebelum itu singgah rumah emak dan bapak, ambil mereka untuk sama-sama perg ke surau. Pada tahun ini, aku solat di Surau Darul Aman. Oleh kerana Hari Raya tahun ini jatuh pada hari jumaat, solat sunat ei’dulfitri tahun ini dipercepatkan, sekitar jam 8:15 pagi. Selesai solat ei’dulfitri, khutbah disampaikan oleh Ustaz Yazid, tanpa menggunakan teks, seperti biasa. Aku lebih suka khutbah yang tidak menggunakan teks khutbah yang disediakan, ia lebih ‘real’, ia tidak bergantung dengan teks, khatib boleh sahaja cakap, menegur apa yang berlaku di kariah masing-masing, bagi aku itulah yang sewajarnya. Banyak teguran-teguran membina yang disampaikan dalam khutbah yang disampaikannya. Walaupun khutbah tidak sampai 15 minit, namun ia tetap memberi input yang...