Posts

Showing posts from 2019

Puisi Mati

Puisiku mati Sebelum aku mati?

Dr.Zakir Naik Lagi

Dr.Zakir Naik Lagi Musuh bagai cacing kepanasan Saling mencipta bermacam alasan Zakir Naik tenang perkuat keimanan Biarpun dibenci mereka berkenaan. Dituduh terorris juga sebarkan wahabi Musuh tak senang duduk sampai mati Zakir Naik tenang berdoa kehadraat Ilahi Malaysia tenang damai terus harmoni. Gerombolan musuh bersama si dajjal Merosakkan pemikiran dan akal Zakir Naik sedar bukan penduduk asal Akhirat utamakan dunia pasti ditinggal. Ada yang suka ada yang membenci Tak kurang juga yang anti dan dengki Zakir Naik terus berjuang tak peduli Umat Islam terus pertahan Islam suci. Ahli politik bungkem diam membisu Ada juga yang bergelar doktor palsu Tentang Zakir Naik Ceramah dibeku Jelas sekarang siapa pejuang penipu. Dari utara hingga keselatan tanah air Umat Islam bersatu tidak kuatir Zakir Naik tetap dibela tidak disingkir Hingga sanggup ketitisan darah terakhir. Masshah 2019 Meru.

Salam Kemerdekaan 2019

Image
 Salam Kemerdekaan 2019,ke-62

Cerita Dua Minggu Lepas

Image
Semalam punya ceritalah,balik beraya di Ijok terus ke Aeon Bukit Rajah,Klang.Ronda-ronda sekejap, singgah Kedai Buku Popular. Sebab masa tak banyak,tak sempat sangat nak pilih buku dapatlah Dua buah buku dan majalah Gila-Gila Raya tu.Anak-anak pun dapat bahagian mereka. 1).Travelog Maaghribi-Hazamin Inteam-Terbitan Inteam Publishing 2) Cerita Abang Kadi-Imran Burhanuddin-Terbitan-Komrad Buku 3) Majalah Gila-Gila Edisi Super Meletop Aidilfitri 4) Tiga buah buku (Komik) untuk Dania Dan Anas, Dan sebuah buku Didi and Freiinds untuk Huzaifah. # MalaysiaMembaca

Buku: Ideologi Sebuah Memoir

Image
Buku: Ideologi Sebuah Memoir Tulisan: Zin Mahmud Terbitan: Republik Buku Muka Surat: 121 Muka Surat Cetakan Pertama: Mac 2019 Membaca buku ini terasa indahnya,merasai dan menikmati kehidupan seorang yang berjiwa kental dan bersemangat dengan buku dan ilmu.Semuda umur 12 tahun sudah punyai pemikiran kiri(sosialisme) yang membentuk minda pemikirannya. Ya…benarlah kata-kata ini; “Kamu adalah apa yang kamu baca” Penulis seorang yang gigih mencari ilmu dengan membaca buku-buku yang diminati,terutamnya berkaitan dengan perjuangan sosialisme. Melalui buku-buku yang dibaca, penulis merakamkan dan mengongsi apa yang   beliau dapati dari hasil pembacaanya. Biarpun, sosialisme ini terdiri daripada beberapa bentuk pemikiran, namun penulis mengakui bahawa beliau lebih memilih sosialisme yang berbentuk kedamain,aman dan bukan kekerasan. Apa yang aku dapati dari buku ini, sebahagian yang menurut pemahaman aku, penulis seorang yang rajin seawal usia

Membaca Dapat llmu Dan Tuhan

Image
"Membaca bukan sekadar memberimu ilmu tetapi Tuhan... Maka bacalah dengan nama Tuhan-Mu Yang Menciptakan"

Buku Peneman Dikala Kebosanan

Image
"Kebosanan dan kesunyian pasti hilang, bila buku menjadi peneman setia.Bila sedang asyik bersamanya,bagai tak terasa pantasnya masa berlalu.Bagai tidak mahu melepaskannya."

Sajak:: Fitnah Memusnah

Fitnah Memusnah Fitnah ada dimana-mana Dibawah diatas Didepan dibelakang Dikanan dikiri Dalam terang Dalam gelap Siang dan malam. Fitnah merata-rata Yang terkena terseksa Yang memfitnah ketawa Yang sebar buat tak apa Yang membaca senyum. Fitnah memusnah Hilang amanah Tergadai maruah Terseksa di Barzakh Masshah 2019 Meru.

Majalah Dunia Baru

Image
  Beberapa naskah Majalah Dunia Baru,terbitan Karya One yang masih tinggal dalam simpanan di Bilik Buku.Majalah tersebut terbit sekitar tahun 1995 dan1996(kalau tak silap) Ia menjadi santapan mindaku setiap bulan.Ada juga yang tertinggal beberapa keluaran. Beberapa majalah keluaran Karya One selain itu, Majalah Ayu dan Majalah Tatih juga menjadi pilihanku.Setiap keluaran menghidangkan isu-isu yang hangat dan membuka minda pembaca, cara persembahan majalah tersebut juga sangat  menarik. Rasanya majalah tersebut hanya kekal beberapa tahun sahaja. Jika tidak salah aku,rumah terbitan tersebut bertukar dari Karya One ke Galeri Ilmu selepas itu. Begitulah secara ringkas sejarah majalah yang pernah terbit di Negara kita.

Jemu Muak Politik

Image
Lama dah tak tulis fasal politik ni.Ikutkan dah jemu dan muak dengan politik kini.Membosankan dan naik muak mual dengan gelagat mereka. Bila kuasa sudah ditangan, bila janji sudah ditabur di sana sini, semuanya hancur lebur dengan kemungkiran. Janji-janji tidak ditepati, ramai rakyat pun sudah naik menyampah. Kejatuhan rejim 60 tahun amat mengembirakan majoriti   rakyat tetapi hasilnya masih tidak berbaloi untuk mereka. Berapa orang bekas penyamun yang sudah ditangkap dan dipenjarakan? Dulu bukan main cakap berdegar-degar, si polan tu rasuah, penuh skandal, juta-juta diangkut ke luar Negara, beli jet enjin hilang dan macam-macam lagi. Sekarang? Senyap sunyi…hutang Negara banyak,sebab itu PTPTN tak jadi mansuh, minyak tak boleh diturunkan,tol pun tak boleh mansuh.Banyak lagi yang dulu isu-isu berlegar berdegar-degar masuk ke telinga rakyat. Banyaklah kalau mahu tulis,tapi biarlah dulu.Rakyat sebahagiannya pun ramai dah tahu dan sedar. Kadang-kadang aku

Kemasukan Buku Terbaharu

Image
  Menantikan pesanan buku melalui 'online' seperti menanti hadirnya seorang kekasih.Setiap hari menanti terus menanti dengan penuh kasih dan rindu. Penantian satu penyeksaan.Begitulah menanti buku yang dibeli. Bila sudah hadir di sisi,alangkah indahnya.Peluk cium dengan bahagia,itulah buku...hanya mereka yang tahu erti sebuah buku,pasti akan merasai nikmatnya... Sampai akhirnya.Empat buah buku terbitan  # RepublikBuku   .Belian sempena hari Raya dari   Benz Ali . 1.Berbasikal Menuju Tuhan-Abdullah Hadi 2.Ideologi Sebuah Memoir- Zin Mahmud 3.Catatan-Catatan Si Montok-Lucy M 4.Tjokroaminoto Untuk Pemula-Republik Buku Beli empat dapat satu.Sebuah buku Benz Ali Antithesis. 😊 # MalaysiaMembaca

Selamat Hari Raya Ei'dulfitri 1440H/2019M

Image
Alhamdulillah,sudah 10 hari di bulan Syawal 1440H/2019M. Semoga kita berada di dalam rahmat dan reda Ilahi. Di hari baik bulan baik kita saling ziarah menziarahi dan maaf bermaafan. Raikan eid'ulfitri dengan rasa kehambaan dan ketaqwaan kepada Allah SWT. Dengan lafaz ucapan  SELAMAT HARI RAYA EID'ULFITRI  MAAF ZAHIR DAN BATIN. Ceria Aidilfitri 1440H/2019 Sampai di desa gembira sekali Ayah dan bonda suka hati Desa dirindui banyak memori Ramadan pergi datang Aidilfitri. Masshah 2019M

Usah Berhenti Membaca

Image
"Tidak perlu menghancurkan buku untuk meruntuhkan peradaban,sebaliknya hanya perlu memastikan orang berhenti membaca, runtuhlah segala-galanya." Ray Bradbury, petikan dari artikel tulisan pengantar dalam buku Risalah # MalaysiaMembaca  oleh Dr.Maszlee Malik.

Bukuku Akan Kutinggalkan

Image
Satu masa aku akan pergi juga.Seandainya buku-buku ini tidakku selesaikan pembacaannya,biarlah nanti anak-anakku dan pewarisnya akan menyambungnya nanti dan memanfaatkannya.Justeru,buku tetap kekal tetapi pemiliknya pasti akan tinggalkan kesemuanya kecuali buku amalannya yang dibawa.  Itu pasti!

Senarai Belian Buku

Image
Jika membeli buku tiada dalam senarai perbelanjaanmu, pastikan semak semula senarai perbelanjaanmu dan perbaikinya, masukkan barang sebuah buku dalam senarai perbelanjaanmu.

Baik Baca Buku

Image
Dari tidak membuat apa-apa, baik baca buku untuk tahu tentang apa-apa perkara

Mengembara Dengan Buku

Image
Jika dalam hidup belum pernah mengembara, meneroka kepelusuk penjuru dunia maka mengembara dan menerokalah melalui buku, pasti menakjubkan.

Buku Tidak Menjemukan

Image
Bagiku buku tak pernah menjemukan.  malah ianya menyeronokkan  bilamana dibeli dan selesai dibaca .

Bacalah Buku

Image
Sepi? Sendirian? Tak tahu nak buat apa? Jangan buang masa, bacalah ...membacalah,pasti takkan mengecewakan dirimu.

Buku Tak Menipu

Image
Kau tahu buku tak pernah menipu tetapi kaulah yang sering menipu...

Dalam Mac Ada Rejab

Image
Begitu pantasnya masa bergerak.Rejab kini sudah tiba... Google image

Oh Buku

Image
Oh buku! kau teman yang tak pernah mengecewakaknku setiap masa,waktu yang terluang kau kudakapi dengan mesra kau membawaku kesetiap penjuru warna-warni kehidupan kau teman sunyi yang istimewa Oh buku!

Mac Datang Lagi

Image
Bulan kelahiranku...

Sebelas Buah Buku Januari 2019

Image
Syukur Alhamdulillah,bulan januari masih diberi kesempatan dan kekuatan untuk membaca buku.Sibuk macam mana sekalipun,aku tetap ambil kesempatan untuk membaca. Sekadar sebelas buah buku berjaya aku baca.Buku berkaitan kewangan,novel,motivasi, dan cerita santai kehidupan.  Terima kasih kepada Tuhan yang memberikan aku kesihatan,kekuatan dan waktu untuk membaca. InsyaAllah, #MalaysiaMembaca akan terus bersemarak.

Pilihanku Januari 2019 (2)

Image
Tiga buah novel dan sebuah buku koleksi Drama terbitan Black Persona menjadi pilihanku untuk Januari 2019.Dua buah telah selesai aku baca,sebuah sedang dibaca,satu lagi menunggu gilirannya. 1.Tikus Pejabat-Suhana Basrie 2.Badut-Badut Serakah-Sheila Al-Hadi 3.Wengi Ini Kerri Pulang-SMSI 4.impian Tiga Manusia-Zana Shajiri Tetap bersama buku,walauapa terjadi.

Secangkir Kopi Sebuah Buku

Aku dan kau secangkir kopi sebuah buku  tak pernah mengecewakanku tetapi kau sering mentertawakanku pada hirupan terakhir kopi pada helaian terakhir buku mengapa? Masshah 19 Meru.

Pilihan Bulan Januari 2019

Image
Buku masih menjadi pilihanku untuk tahun 2019.Lima buah buku menjadi koleksi terbaru di Bilik Buku.Sebuah telah habis aku baca. Buku tidak pernah menjemukan,jika boleh setiap hari mahu beli buku. Itupun andai kewangan mengizinkan,jika tidak sebulan sekalipun kira ok juga.Maklumlah aku bukan tauke,wang masuk hari-hari. Apapun syukurlah masih ada bajet untuk buku setiap bulan untuk diriku. Buku-buku pilihanku januari 2019; 1- Misi Bebas Hutang -Mohd Zulkifli Shafie 2- Zombie Benar-Benar Wujud? -Muhd Nur Iman Ramli 3- Lakaran Jiwa Merdeka -Tian Chua 4- Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit -Dr.Adi Hashman 5- Pegkung Alung -Riduan A.Dullah Sekurang-kurangnya sebuah buku sebulan untuk setiap pemula yang ingin memulakan habit membaca, ini pun sudah kira bagus sekali.  Seronok bila mendengar,kerajaan pun sudah mula menggalakkan kempen #MalaysiaMembaca ini. Sebagai rakyat yang prihatin,sama-samalah kita bergerak menjayakan semoga Malaysia Memba

Tulis Dengan Tulus

Image
“Apa yang ditulis sama ada untuk bacaan sendiri atau bacaan khalayak.Tulislah dengan jujur,kerana tulisan yang lahir dari hati yang tulus akan jatuh ke hati para pembaca.Menulis adalah kerja keabadian,itu bicaranya orang bijak. Justeru,diri yang hanya sekadar menulis entah apa-apa ini,juga kejujurannya dituntut dalam hasil penulisannya.” Pena Petang 20hb 1 2019

Bukan Sekadar Membaca

Image
“Sebuah buku hanya akan tinggal menjadi sebuah buku,jika hanya dibaca dan disimpan sahaja.Ia akan menjadi sebuah gagasan kehidupan,jika ia bukan sekadar dibaca tetapi lebih bermakna jika ia difahami,dikaji,diambil ibrah apa yang tertulis,diguna pakai untuk penambahbaikan diri yang membacanya. Justeru membaca bukan sekadar membaca.” Pena Tengahari 19hb 1 2019

Lapan Puluh Sembilan 2018

Image
    Anak-anakku Dania dan Huzaifah bergambar dengan buku-buku yang telah aku lunaskan pembacaannya sepanjang tahun 2018.  Dengan waktu yang agak sibuk,waktu kerja 12 jam,shift pagi dan shif malam,syukur Alhamdulillah,aku dapat menghabiskan sebanyak 89 buah buku.Pelbagai genre yang aku baca,saiz buku,ketebalannya dan yang penting apa-apa yang aku baca dapat menambahbaikan untuk diriku.  Melihat kepada keliling bilik bukku,,rak-rak juga sudah penuh.Buku-buku semakin bertambah.Ya,biasalah membeli buku tidak berhenti,membacanya mengikut gilirannya.Ada yang belum dibaca,ada juga yang masih berbalut rapi(novellah tu). Namun apapun aku pasti akan membacanya,tapi ikutlah giliran.Itu sudah pasti!Tahun 2018, hampir 100 buah buku yang dibeli masih belum dibaca,itupun hanya disentuh-sentuh dan dibelek-belek. Yang pastinya ikut giliran,Membaca tetap pilihanku 2019.Berapa pun yang aku baca,membaca tetap pilihanku...dan yang penting anak-anakku pun turut suka dengan buku.

Kenangan Akan Ditinggalkan

Image
google image "Kenangan hanya akan tinggal  menjadi kenangan. Ia bila diingat akan mengembirakan atau mengecewakan.Ia pasti akan ditinggalkan terus bila yang punya kenangan akan meninggalkan dunia fana ini." Pena Pagi 19hb 1 2019

Masa Tak Pernah Menunggu

Image
google image "Masa tidak pernah menunggu ,ia terus meluncur laju.’Demi masa’…begitulah ia terus dengan peranannya.Disaat ia meluncur laju, ada yang terus terleka,lupa,alpa bagai tiada apa-apa.Seiring dengan usia yang semakin bertambah. Tiap detik dan saat,jika tidak dimanfaati ia bisa membinasa diri di sana.Jika ia dijaga,dimanfaati dengan segala yang indah,di sana pasti ada bahagia. Hargailah tiap saat yang ada,agar ia tidak terbuang sia-sia. Duhai diri yang sering terleka,bangkit dan sedarlah.Di manapun kau berada,usah dipersia barang sesaat yang ada. Berdoalah,agar Tuhan tetap sentiasa bersama." Pena Malam 19hb 1 2019 Sebelum tidur.

SELAMAT TAHUN BARU 2019M

SELAMAT TAHUN BARU 2019M Alhamdulillah,dengan izin Allah SWT dapatlah menjenguk ketahun baru 2019M.Masih diberi nafas,kekuatan fizikal malah dapat lagi menikmati kehidupan sementara ini. Sekejap sudah masuk tiga hari dalam tahun 2019M.Hidup harus diteruskan,nikmat Allah terus syukuri.Berdoa setiap waktu,hanya Dia tempat bergantung. Moga hidup ini beroleh petunjuk dan hidayahnya sentiasa. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya untukku diriku dan tentunya untuk kawan-kawan semua. Aamiin Ya Rabb!!!