Jemu Muak Politik
Lama dah tak tulis fasal politik
ni.Ikutkan dah jemu dan muak dengan politik kini.Membosankan dan naik muak mual
dengan gelagat mereka. Bila kuasa sudah ditangan, bila janji sudah ditabur di
sana sini, semuanya hancur lebur dengan kemungkiran.
Janji-janji tidak ditepati,
ramai rakyat pun sudah naik menyampah. Kejatuhan rejim 60 tahun amat
mengembirakan majoriti rakyat tetapi
hasilnya masih tidak berbaloi untuk mereka.
Berapa orang bekas penyamun yang
sudah ditangkap dan dipenjarakan?
Dulu bukan main cakap
berdegar-degar, si polan tu rasuah, penuh skandal, juta-juta diangkut ke luar Negara,
beli jet enjin hilang dan macam-macam lagi.
Sekarang?
Senyap sunyi…hutang Negara banyak,sebab
itu PTPTN tak jadi mansuh, minyak tak boleh diturunkan,tol pun tak boleh
mansuh.Banyak lagi yang dulu isu-isu berlegar berdegar-degar masuk ke telinga
rakyat.
Banyaklah kalau mahu tulis,tapi
biarlah dulu.Rakyat sebahagiannya pun ramai dah tahu dan sedar.
Kadang-kadang aku terfikir,
melihat dan mendengar ceramah mereka dulu,bila ingat balik bila mereka
berceramah berkaitan ekonomi Negara…fuhhh, macam mahu bankrap betul,janji-janji
pun ditabur sampailah rakyat ramai percaya,hingga 9 mei 2018,kerajaan 60 tahun
tersungkur dan terkubur.
Rakyat pun ramai yang
suka,termasuklah pembangkang yang satu lagi tu.Aku percaya ramai yang suka
kerajaan 60 tahun kalah tersungkur…macam ada harapan dan ada cahaya di hujung
terowong sana bila Pakatan Politik yang mengelarkan namanya PAKATAN HARAPAN…
Tapi…
bersambung
Comments
Post a Comment