Posts

Showing posts with the label Sajak Bulan OKTOBER 2014

Sajak: Ambil Sentuh Baca

 Ambil Sentuh Baca Genggam erat usah dilepas manual keramat penuh hikmah penyuluh hidup insani di semesta hilang jika longlai iman di dada penyuluh cahaya kegelapan petunjuk jalan kebenaran peganggan elak kesesatan. Tika atma dirundung resah gelisah ambil sentuh buka lihat baca penuh khusyuk dan tawadhuk dirikan bahagia tenang sedamainya, andai berselisih bertelagah ambil panduannya, jernihkan segala kekusutan pasti hilang, tika hilang punca mahu menghukum buka rujuklah segalanya ada pasti terbuka pintu keadilan. Percaya serta yakin telah disabda rasul mulia berpegang teguh padanya pasti hidup insan takkan lara tersesat maka ambil sentuh baca kitab suci panduan sejati al-quran dustur Ilahi menjadi teman sejati selamanya. Masshah 2014  19102014 Meru.

Sajak: Laju Terus Maju

Image
Laju Terus Maju                               Selangorku kedepan  maju terus laju pelbagai ras saling tolong membantu melayu cina india berpadu bersatu gengam erat demi perpaduan kuat jitu.                                         Sedikit anasir tohmah bersikap dengki dendam politik tak pernah berhenti sana sini laung kroni korupsi irihati parti sendiri terus fitnah sana sini. Selangor kini punyai MB baharu langkahnya laju berjiwa melayu tangkas tegap ligat terus maju digeruni lawan kawan ramai seteru. Biar berjiwa melayu lain ras disantuni india cina lain bangsa mengkagumi biar musuh kata apa jangan di...

Sajak: Jangan Lupa Diri

Image
Jangan Lupa Diri ( Ingatan Buat Menteri Besar Selangor, Mohammad Azmin Ali ) Tamatlah kisah sudah episod ngeri moga nanti tak berulang tak ada lagi strategi sumbang yang kecundang bikin lara huru hara sekejap negeri. Buat ahli politik konon-konon bijak bistari bertindaklah guna akal waras berstrategi bukan mahu memuas hati hak pribadi berintegriti utama mentadbir kuasa negeri. Jauhi jauh-jauh nepotisme apa lagi kroni rakyat keutamaan peduli itu mesti pasti usah di ketepi hak rakyat walau sesekali nanti kelak termakan mungkir janji. Mentadbir negeri jangan goyang kaki bukan semudah mentadbir sebuah faktori mesti yakin berintegriti penuh berdidikasi pasti negeri maju berkebajikan aman harmoni. Usah dikesah suara sumbang musuh dengki itu adat setiap perjuangan ikhlas di hati yakinlah, rakyat tetap bersama taat negeri asal jangan sumbang mungkir janji lupa diri. Masshah 2014 25092014 Meru.

Sajak: Terlerai Kini

Image
  Terlerai Kini Berita gembira tersebar kini selesai akhirnya sebuah tragedi negeri terkaya lagi penuh sensasi kemelut siasah akhirnya ditinggal pergi. Setelah berbulan bergelut gelisah kini terlerai kusut serabut dicipta langkah sumbang mengundang resah hikmah tersirat kini bawa bahagia. Duka lara resah bertukar manis ceria pelbagai bangsa saling gembira suka debar resah terlerai jauh pergi ke sana makin teguh tegap berdiri negeri terkaya. Sudah termetrai pahlawan jaga negeri pilihan Tuanku bijak penuh bistari usah disanggah  nanti derhaka pula diri panjatkan doa moga selangor terus lestari. Suara-suara sumbang ditinggal ketepi usah digusar siapa pun MB pilihan hati titah Tuanku melerai kusut setiap nubari kini, MB Tuan Azmin Mohammed Ali. Masshah 2014 25092014 Meru.