Sajak: Terlerai Kini

Image result for Gambar MB Selangor Azmin Ali 

Terlerai Kini

Berita gembira tersebar kini
selesai akhirnya sebuah tragedi
negeri terkaya lagi penuh sensasi
kemelut siasah akhirnya ditinggal pergi.

Setelah berbulan bergelut gelisah
kini terlerai kusut serabut dicipta
langkah sumbang mengundang resah
hikmah tersirat kini bawa bahagia.

Duka lara resah bertukar manis ceria
pelbagai bangsa saling gembira suka
debar resah terlerai jauh pergi ke sana
makin teguh tegap berdiri negeri terkaya.

Sudah termetrai pahlawan jaga negeri
pilihan Tuanku bijak penuh bistari
usah disanggah  nanti derhaka pula diri
panjatkan doa moga selangor terus lestari.

Suara-suara sumbang ditinggal ketepi
usah digusar siapa pun MB pilihan hati
titah Tuanku melerai kusut setiap nubari
kini, MB Tuan Azmin Mohammed Ali.

Masshah 2014
25092014
Meru.



Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi