Sajak: Jangan Lupa Diri

Image result for Gambar MB Selangor Azmin Ali



Jangan Lupa Diri
(Ingatan Buat Menteri Besar Selangor, Mohammad Azmin Ali)

Tamatlah kisah sudah episod ngeri
moga nanti tak berulang tak ada lagi
strategi sumbang yang kecundang
bikin lara huru hara sekejap negeri.

Buat ahli politik konon-konon bijak bistari
bertindaklah guna akal waras berstrategi
bukan mahu memuas hati hak pribadi
berintegriti utama mentadbir kuasa negeri.

Jauhi jauh-jauh nepotisme apa lagi kroni
rakyat keutamaan peduli itu mesti pasti
usah di ketepi hak rakyat walau sesekali
nanti kelak termakan mungkir janji.

Mentadbir negeri jangan goyang kaki
bukan semudah mentadbir sebuah faktori
mesti yakin berintegriti penuh berdidikasi
pasti negeri maju berkebajikan aman harmoni.

Usah dikesah suara sumbang musuh dengki
itu adat setiap perjuangan ikhlas di hati
yakinlah, rakyat tetap bersama taat negeri
asal jangan sumbang mungkir janji lupa diri.

Masshah 2014
25092014

Meru.

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi